Oleh : TS LOO
24 biji mangga dibahagikan antara dua orang, seorang dapat 12 biji, pengiraan soalan matematik tersebut boleh dikatakan pelajar sekolah rendah pun tahu nak beri jawapannya. Namun, di kampung Mungawar yang terletak di Varanasi, India, terdapat dua lelaki berjiran yang memiliki sepohon pokok buah mangga bertelingkah akibat pembahagian mangga yang dipetik. Kisahnya adalah salah seorangnya yang bernama Ramji Yadav telah memetik mangga sebanyak 24 biji dari pokok tersebut, namun mengagihkan kepada jirannya yang bernama Hakim Yadav hanya sebanyak 6 biji. Tindakan itu menjadikan Hakim tidak puas hati dan menuntut jumlah yang sepatut diperolehinya adalah 12 biji, akibatnya berlakulah pertelingkahan antara Hakim dan Ramji.
Kemudian Hakim pun membuat laporan polis atas perkara itu. Ketua balai polis Rajatalab, Sub Inspektor Deendayal Pandey yang bergegas ke lokasi kejadian terpaksa menahan Ramji dan Hakim dan buah mangga turut dirampas pihak polis setelah gagal menenangkan kedua-dua pihak. Sebenarnya dalam perihal seupama ini, sebagai jiran tetangga sewajarnya bersikap permuafakatan membawa berkat, lagipun punca pertelingkahan hanya kerana buah mangga yang remeh temeh sahaja. - CARI Infonet sumber :
|
9
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kayujati2016 replied at 11-6-2016 05:07 PM
Sambal belacan mangga.....sedap mkn mase bersahur.
ADVERTISEMENT