Oleh Izzah Abbasy
Baru sahaja menjalankan perniagaan tudung yang diberi nama Owl, terbaru Nora Danish dikatakan ingin menutup kafe Kopi & XOXO miliknya yang terletak di Bangsar. Ia berpunca daripada kadar sewa kedai yang agak tinggi. Tambah Nora, keputusan untuk menutup kedainya di situ tidak ada kaitan dengan masalah dalaman. "Sebenarnya kami menumpang perniagaan butik Rumoda, jadi bila mereka tidak berada di sana lagi, sukar bagi kami untuk menampung perbelanjaan lokasi tersebut disebabkan nilai sewa yang agak tinggi. "Dalam masa yang sama juga kami turut membuka sebuah kafe di TTDI dan Bangi, yang baharu saja beroperasi dalam waktu terdekat ini. Kedudukan kafe dan butik itu bersebelahan sahaja dan akan dibuka pada awal bulan Ramadan ini. Saya sudah dapat lihat yang sepanjang Ramadan ini saya akan berada di Bangi bagi menguruskan perniagaan saya. "Kenapa saya pilih Bangi? Saya dapat lihat pasaran di sana amat menggalakkan," katanya dipetik daripada Utusan Online. Tambah Nora, peluang perniagaan yang muncul kini membuatkan dia komited terhadap bidang tersebut malah turut berhasrat untuk memiliki produksi sendiri. - CARI Infonet
|
13
Bagus |
19
Marah |
15
Terkejut |
8
Sedih |
28
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Sebenarnya kami menumpang perniagaan butik Rumoda, jadi bila mereka tidak berada di sana lagi, sukar bagi kami untuk menampung perbelanjaan lokasi tersebut disebabkan nilai sewa yang agak tinggi”
“Dalam masa yang sama juga kami turut membuka sebuah kafe di TTDI dan Bangi, yang baharu saja beroperasi dalam waktu terdekat ini. Kedudukan kafe dan butik itu bersebelahan sahaja
mixed replied at 10-6-2016 10:03 AM
dah kata sewa tinggi bkn nya x laku
tiap hari penuh je
royaldanish replied at 10-6-2016 10:52 AM
dengar cerita.. pisang cheese je yg sodap
Esmiria replied at 10-6-2016 02:38 AM
Hmm..ak duk phg..mna leh gi
cikenet replied at 10-6-2016 10:36 AM
kalu kt Bangi kt area mana?
leh g skodeng pasni
ADVERTISEMENT