Oleh : Dean BZ
Melissani Cave atau Gua Melissani terletak tidak jauh dari Karavomilo, Greece. Ia merupakan sebuah gua yang terletak di danau yang sangat cantik dan unik, iaitu sepanjang 3.5 km, 40m lebar dan 36m tinggi. Gua Melissani merupakan fenomena geologi yang tercipta oleh satu proses mekanikal dan kimia yang dipanggil karstikopoiisi (pembubaran batu) di mana air memasuki batuan berkapur, menghakis dan mencipta rongga-rongga. Tasik bawah tanah Melissani ditemui pada tahun 1951 oleh speleontologist Giannis Petrochilos. Sebahagian besar daripada bumbungnya telah jatuh ke dasar dan menghasilkan satu pemandangan yang sangat menakjubkan. Suatu ketika dulu, tasik ini merupakan tempat ibadah khusus kepada Pan dan peri Melissani. Mitos menyebut bahawa Melissani membunuh diri dan terjun ke dalam tasik kerana Pan tidak membalas cintanya.
Pegunjung boleh melawati tasik ini melalui terowong bawah tanah dan berpeluang untuk meneroka gua yang sangat indah ini dengan menaiki bot. Yang pasti, pengunjung akan kagum melihat keajaiban alam semula jadi yang dipenuhi oleh stalaktit dan kristal serta air yang jernih bewarna biru-hijau. - CARI Infonet. |
12
Bagus |
18
Marah |
11
Terkejut |
16
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT