CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Penjara yang kejam dan teruk

22-7-2013 04:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13078| Komen: 27

Apa yang kita tonton dalam filem-filem Hollywood tentang kehidupan di penjara, sebenarnya bukan fiksyen tapi memang begitulah adanya. Yang brutal dan mengerikan, sampai anda tak mampu membayangkannya, terjadi di penjara-penjara ini.

Sungguh luar biasa, manusia seperti tidak ada harganya. Nyawa manusia lebih murah daripada sebatang rokok. Berikut, penjara-penjara paling 'mengerikan' di dunia. Disebut 'mengerikan' bukan hanya kerana keganasan, tetapi juga kerana keadaan penjara yang sebenarnya tidak layak pun digelar penjara.

Carandiru Prison
Brazil



Penjara ini pernah menggemparkan Brazil malah seluruh dunia ketika pasca rusuhan besar-besaran di penjara tersebut tahun 1992. Tragedi pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan polis tempatan. 102 mangsa terkorban, ada yang menyebut 111 banduan terbunuh.

Tragedi Carandiru bermula selepas meletusnya perang 'antara geng' di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan ramai banduan. Polis kemudian masuk untuk meleraikan pergaduhan. Sebenarnya ketika itu ramai dikalangan banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka. Mereka meminta dan perlindungan daripada polis. Namun, polis telah menembak mereka. Perlakuan ganas daripada pihak polis telah mencetuskan protes di mana-mana, termasuklah Amnesty Antarabangsa yang mengarahkan penjara tersebut ditutup pada tahun 2002.

Amnesty Antarabangsa melaporkan telah terjadi pelanggaran hak-hak asasi manusia di sana yang tak boleh diterima akal. Bukan itu saja kemudahan penjara juga terlalu buruk sehingga menyebarkan wabak penyakit.

Pada masa itu Ketua Polis Metropolitan Sao Paulo adalah Ubiratan Guimaraes. Dia dianggap orang yang bertanggungjawab menyebabkan meletusnya tragedi ini.

Kes yang menimbulkan kemarahan dunia ini membawa Guimaraes ke hospital kerana tekanan. Dia sempat diadili dengan tuduhan pembunuhan terhadap 102 orang. Namun Mahkamah kemudian membebaskan Guimaraes dengan alasan pihak polislah yang telah menembak para banduan sehingga terkorban. Kerajaan Brazil sebaliknya menganggap tragedi yang berlaku bukan tanggung jawab pihak polis.

Bang Kwang Prison
Thailand

Dikenali sebagai "Bangkok Hilton". Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi digelar penjara. Selain penuh sesak, juga kekurangan warden. Para banduan dirantai. Khabarnya ramai banduan menjadi gila akibat tekanan pada bulan bulan pertama di penjara ini. Pengarah penjara, Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah yang paling teruk diseluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minimum, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan yang sangat teruk. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu rawatan (kalau ada).

ADX Florence Supermax Prison
Colorado

Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap para banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini mereka menerapkan sistem 'maximum security' untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap warden ataupun kakitangan penjara. Kerana itu, para banduan diasingkan daripada kakitangan penjara.

Para banduan mengalami penyeksaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan disel mereka. Banduan tidak boleh kemana-mana. Menjadi banduan di sini adalah suatu mimpi buruk yang tidak mampu dilupakan banduan. Di sini mereka menerima keadaan paling jijik dari yang terjijik. Kerana mereka yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas 1 termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara.

Di sinilah 'neraka' penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup. Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh di ADX Florence. Salah satunya ialah Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan dia membunuh diri.

Alcatraz Island Prison
San Francisco, CA



Penjara ini, yang dikenali sebagai "The Rock", atau "Devil Island". Dibina pada 1920-an. Segala ketidak nyamanan ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amat kecil kemungkinan banduan boleh melepaskan diri. Alcatraz benar-benar telah mencipta dunia sendiri. Para banduan benar-benar terputus hubungan dengan dunia luar.

Pegawai penjara yang sombong, warden yang kasar, dasar yang tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana. Tidak menghairankan, ramai yang mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa.

Bayangkan, di penjara ini ada larangan untuk tidak bercakap dengan banduan lain, kalau tidak, hukuman akan di terima banduan. Banduan dilarang meluahkan emosi mereka. Mereka dipaksa diam! Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabul sepenuhnya.

Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus 'hidup' dan menjadi legenda.


San Quentin Prison
California



Tahun 1930-an, pengurusan penjara ini sarat dengan rasuah, sehinggalah muncul pengarah baru, Clinton Truman Duffy yang melihat keadaan tidak berperikemanusiaan dari penjara ini. Dia memutuskan untuk melakukan penambahbaikan pada tahun 1940-an.

Tapi sebelum kehadiran Clinton Truman Duffy, penjara ini diketahui sangat tidak berperikemanusiaan terhadap para banduan.

Kepala mereka dibotakan.dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor dan diberikan sel sempit tanpa sebarang lampu. Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan kerap terjadi kerana nisbah antara warden penjara dan banduan menyebabkan banyak perkara diluar kawalan sering terjadi.



Diyarbakr Prison
Turki



Penjara ini disebut sebagai penjara terkejam di Turki di mana segala keganasan dan kesadisan begitu lumrah terjadi. Dari 1981 sehingga 1984, 34 orang tawanan mati kerana penyeksaan berlebihan. Belum lagi kes penyelewengan seksual yang berleluasa. Para banduan sebenarnya telah melakukan protes terhadp pengurusan penjara. Mereka mogok makan, malah membakar diri sendiri sebagai protes. Namun tidak diendahkan. Kemudahan penjara juga 'sangat mengerikan'. Di sini pernah terjadi peristiwa menggerikan di mana kanak-kanak dipenjarakan dan dihukum penjara seumur hidup. Penindasan terhadap nilai kemanusian seperti perkara biasa saja. Tidak hairanlah penjara ini termasuk dalam salah satu penjara yang paling menyeramkan di dunia.

La Sabaneta Prison
Venezuela




Venezuela juga mempunyai penjara yang tidak kurang ganasnya, iaitu penjara La Sabanetaa, di mana keganasan menjadi 'santapan' harian. Kemudahan yangg sangat minimum, menyebabkan wabak penyakit begitu mudah merebak. Perkhidmatan kesihatan juga sangat minimum, malah hampir tidak ada.

Makanan juga kurang dengan menu tidak menyihatkan. Keadaan banduan di Penjara La Sabaneta  sangat menjijikkan. Tidak hairanlah wabak kolera telah mengorbankan 700 banduan.

Di penjara ini juga pernah menyaksikan tragedi pembataian yang telah mengorbankan ratusan banduan pada tahun 1994. Kematian berleluasa di La Sabaneta. Salah sedikit, nyawa boleh melayang. Para kakitangan penjara sangat malas menguruskan banduan, sehingga para banduan secara berleluasa boleh melakukan apa saja. Mereka berkelahi malah membunuh sesama sendiri. Para warden hanya 'menutup mata' atas kejadian-kejadian ini.


La Sante Prison
Paris, Perancis



Seperti penjara 'maut' yang lain, di sini pun nyawa manusia tidak berharga. Perlakuan ganas berleluasa. Sikap tidak peduli pengurusan penjara membuatkan kehidupan banduan benar-benar tidak berharga. Ramai banduan menjadi gila. Sel-sel penjara yang penuh dengan kutu dan tikus, membuatkan banduan sangat tertekan.

Sungguh ironis dengan erti kata 'La Sante' yang bererti health (kesihatan) dalam bahasa Inggeris. Kerana pada hakikatnya hidup di sana sungguh tidak sihat. Perhambaan antara warden terhadap banduan, banduan sesama banduan, adalah perkara biasa. Kes perkosaan antara sesama banduan juga sangat tinggi dan terjadi setiap hari.

Tak hairanlah ramai banduan yang tidak tahan akhirnya membunuh diri atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 dilaporkan 122 kejadian bunuh diri. Disusuli 73 banduan lagi pada pertengahan 2003.

Kecenderungan bunuh diri ini kemungkinan kerana keadaan hidup yang mengerikan di sana. Penjara yang terlalu padat, kemudahan minimum, serta pelbagai kekerasan yang terjadi di sana, dikatakan sebagai pencetus tindakan bunuh diri.


Rikers Island Prison
New York



Penyeksaan ganas membuatkan penjara ini begitu dikenali di Amerika Syarikat. Pada tahun 2007, tawanan Charles Afflic mengalami penyeksaan yang berlebihan dari warden penjara sehingga perlu menjalani pembedahan otak. Seramai 6 banduan membunuh diri di sel kerana tidak tahan dengan suasana penjara yang terlalu menekan pada 2003.


Tadmor Prison
Syria



Kematian di penjara ini seperti tidak terhitung banyaknya. Kekerasan di Tadmor begitu mengerikan dan benar-benar tidak mengenal ampun. Seorang bekas banduan Tadmor menggambarkan penjara ini sebagai kerajaan maut dan kegilaan mengerikan Tadmor kerana mempunyai warden yang haus darah dan tawanan politik.

Pada 1980, sesudah percubaan pembunuhan terhadap Presiden (di Damsyik), banduan terpaksa membayar mahal. Pasukan keselamatan menyerang penjara, mereka menggunakan helikopter dan mendarat di Tadmor. Askar-askar ini telah membantai 500 orang tawanan di sel mereka. Para banduan mati, tidak dapat menyelamatkan diri kerana para warden merantai kaki mereka di sel.

Guantanamo Prison
Cuba

Penjara Guantanamo adalah kompleks penjara tentera di bawah Joint Task Force Guantanamo (JTF-GTMO) dan merupakan sebahagian daripada pangkalan angkatan laut Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo yang luasnya 117 km per segi.

Kem tahanan paling mengerikan itu dikendalikan pihak Amerika sejak Januari 2002. Lokasinya berada tepat di kepulauan yang bersatu dengan Cuba. Kawasan kem tahanan Guantanamo terdiri dari 3 kem iaitu Kem Delta, Kem Iguana dan Kem X-Ray (yang sudah terlebih dahulu ditutup) yang merupakan kediaman tentera AS.

Jumlah seluruh tahanan yang ada di dalam "Kem X-Ray" dianggarkan seramai 660 orang. Mereka berasal dari 44 negara, semua berkaitan dengan tuduhan sebagai sebahagian daripada "keganasan" antarabangsa. Sebahagian besar adalah pejuang al-Qaeda dan Taliban yang ditangkap di Afghanistan. Dan para pengganas yang disyaki Amerika melakukan serangan terhadap bangunan WTC pada 11 September 2001.

Ramai banduan yang di penjarakan tanpa sebarang proses mahkamah, tidak dibuktikan sebarang penglibatan mereka dengan tindakan keganasan harus meringkuk di dalam sel-sel gelap Guantanamo untuk mengalami penyeksaan yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Jika Amerika sudah menunjukkan bahawa seseorang adalah pengganas, maka dialah pengganas dan hampir seluruh dunia merestuinya!

Laporan TIME pernah menyebutkan, tahanan di Guantánamo diperlakukan sesuka hati. Setiap tahanan baru akan diberikan seluar pendek, seluar panjang, semua berwarna oren, alas kaki untuk mandi, tuala, ubat gigi, syampu, sejadah, topi haji warna putih, sebuah Al-Quran dan alas tidur tanpa bantal.

Tahanan hanya dibenarkan mandi sebanyak 2 kali dalam seminggu. Itupun, hanya 20-30 minit. Begitulah tidak berperikemanusiaannya perlakuan di penjara ini.

Sudah berlaku lebih dari 28 kali usaha untuk membunuh diri, namun tidak ada satu pun yang berjaya, tetapi seorang diantaranya kini masih koma dengan otak yang rosak. Guantanamo memang telah di tutup, namun kisah kekejaman sadis yang pernah terjadi disana tetap akan dikenang selama-lamanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizsrose 22-7-2013 03:37 PM
sadis dan ngeri nak mengambarkannya..hurm..
gud info..
Quote BabeYSHa 22-7-2013 03:43 PM
itulaaa... buat jahat berpada2....  kalo tkmo kena seksa.. tkyahla buat menda bukan2 smpai masuk penjara....
Quote Betara_Indera 22-7-2013 03:44 PM
buat jahat tak fikir....dah kene, ambik la ubat
Quote zuerinaBP 22-7-2013 04:09 PM
xsanggup nk tgk
Quote mitnick 22-7-2013 06:16 PM
colorado nmpk cam canggih sket nak banding ngn lain2
Quote syasyafina 22-7-2013 06:46 PM
alcatraz tu dh tutup jadi tempat perlancongan ke?
Quote Artemesiaa 22-7-2013 09:49 PM
Teruknya keadaan nampak cam kena hukuman mati je semuanya
Quote SukaMain 22-7-2013 10:37 PM
Menakutkan bila fikirkan orang yang tak bersalah masuk penjara macam ni.
Quote mabelesrossa 22-7-2013 11:40 PM
Omaiigodddd..!
Quote AcikLijah 23-7-2013 12:44 AM
Teringat reality citer 'beyond scared straight' yang banduan citer makan jello berintikan rambut..
Quote kivio 23-7-2013 07:22 AM
Dalam byk2, alcatraz n guantanamo jer penah dengo..
tu je paling femes huhu
Quote naganigi 23-7-2013 12:00 PM
kivio:   Dalam byk2, alcatraz n guantanamo jer penah dengo..tu je paling femes huhu


sbb byk kuar dlm muvie org putih.
Quote cikatilia 23-7-2013 12:44 PM
good info
xsanggup aku baca sampai abis



Quote mamarayyan2010 23-7-2013 02:06 PM
syasyafina posted on 22-7-2013 06:46 PM
alcatraz tu dh tutup jadi tempat perlancongan ke?

tu lah negara luar sibuk nak abadikan penjara jadi monumen sejarah .. kite ade dirobohkan .. hampeh ..
Quote jarikuku 23-7-2013 02:23 PM
nyawa semua tidah berharga di dalam penjara ni..
kesian pun ada.. tapi tu la siapa suruh buat jahat
Quote syasyafina 23-7-2013 03:05 PM
mamarayyan2010 posted on 23-7-2013 02:06 PM
tu lah negara luar sibuk nak abadikan penjara jadi monumen sejarah .. kite ade dirobohkan .. hampe ...

haah, x sempat melawat pun pudu masa diorang bukak jadi museum hari tu, mungkin rakyat malaysia ni tak suke kan sejarah kot.. ape jadi dh dgn tapaknye? naek shopping complex ke?? malaysian kan loves shoppinggg gituu

Quote RedClip 23-7-2013 03:38 PM
menakutkan tinggal dalam tu
tapi iols suka pulak tengak prison break hehe
Quote amyainsamad 23-7-2013 03:50 PM
baca pn dh seram
Quote hakuu 23-7-2013 07:36 PM
dah buat jahat sesangat mmg sesuai la dok tempat cenggini.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.337372 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top