CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dalam Masa 90 Saat Terdapat 7 Kereta Pandu Secara Bertentangan Arah, Apa Dah Jadi?

13-6-2016 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7934| Komen: 12

Oleh : TS LOO




Setelah kebelakangan ini berlaku kejadian di mana pemandu kereta yang salah guna lorong kecemasan sehingga mengakibatkan kematian mangsa kemalangan.


Ini berikutan kereta ambulan yang dalam perjalanan untuk membawa mangsa ke hospital dikatakan telah dihalang oleh beberapa kereta ketika mengguna lorong kecemasan. 

Terbaru, terdapat pula pemandu yang dikatakan sekali lagi bertindak mencabar peraturan jalan raya, cuma kali ini bukan disebabkan peggunaan lorong kecemasan, tetapi memandu secara bertentangan arah di jalan raya.


Paparan sebuah video di internet menunjukan ramai pemandu kereta hilang kesabaran menunggu dan kelihatan memandu kereta secara bertentangan arah akibat kesesakan jalanraya yang teruk.

Hasilnya pemandu kereta lain yang sepatutnya dapat memandu secara lancar terpaksa menghentikan kereta mereka untuk memberi laluan kepada pemandu yang datang dari arah bertentangan, hasilnya cara pemanduan yang bahaya itu mengundang pertikaian orang ramai berhubung etika pemandu-pemandu di negara kita.




Walaupun tarikh rakaman kejadian tersebut tertera 1hb Januari 2011, namun menurut tuan punya kereta tersebut sebenarnya tarikh yang tertera belum diperkemas kini lagi, jadi tarikh sebenar kejadian itu berlaku adalah pada Khamis lalu iaitu 9hb Jun, 12 tengahari. 


Ketika itu, tuan punya kereta yang menghadapi situasi itu sedang berada di lorong kereta depan Jabatan RISDA Kuantan, Pahang. Daripada paparan visual jelas kelihatan sebuah kereta MyVi berwarna putih pandu masuk ke lorong kereta yang bertentangan arah. Pemandu kereta MyVi biarpun nampak ada kereta datang dari arah depan, dia bukan sahaja tidak menghimpit ke sebelah kiri di lorong yang betul, sebaliknya terus himpit ke sebelah kanan dan terus memandu keretanya.



Bukan hanya pemandu MyVi yang memandu secara salah, terdapat juga 5 kereta yang berada di depan turut memandu secara bertentangan arah. Oleh kerana kesesakan yang teruk di lorong sebelah, bagi mereka yang memandu secara bertentangan arah itu memang langsung tidak dapat kembali semula ke lorong kereta yang betul. 

Jadi tuan punya kereta terbabit terpaksa bertolak ansur bagi ruang kepada mereka yang bergerak secara bertentangan arah itu lalu dahulu. 

Dalam paparan video yang berdurasi seminit setengah itu, kelihatan 7 buah kereta sanggup melanggar peraturan jalan raya dengan memandu secara bertentangan arah di lorong kereta. 

Kemana mereka nak pergi dengan cara pemanduan yang begitu terburu-buru dan merbahaya?  




Setelah video tersebut disebarkan secara meluas, rata-rata netizen mencadangkan tuan punya kereta tersebut sepatutnya menyerah rakaman visual berkenaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis untuk tindakan lanjut. 


Selain itu, terdapat juga netizen menyelar kebanyakan pemandu di negara kita sering bersikap meletak undang-undang di atas tangan sendiri : " tindakan yang kelihatan nak menunjuk-nunjuk kehebatan cara pemanduan. Enggan beratur panjang, tetapi lebih rela membiarkan orang lain tunggu lama."- CARI Infonet





11

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 13-6-2016 02:58 PM
sistem pengangkutan negara kita semakin kritikal

tgk la tak lame lg  silap2 tak bleh jln trus atas jln raye

kenderaan semakin byk..pemandu2 semakin stress& hilang pertimbangan

sbb masing2 nak cepat
Quote kikuri 13-6-2016 03:36 PM
owh ini sebab kes tgh buat flyover nih... so jalan utama dari Indera Mahkota ke bandar tutup... sebab tu jadi jem kreng ginih... lepas tu jenis tak nyabor.. aci redah ajer...
Quote apech 13-6-2016 03:38 PM
Sebabnya situ je jalan masuk utama nak ke perumahan dalam tu. Sana tu ada berapa biji kampung, berapa biji perumahan.

Kawasan padat. Telan je la bulan-bulan puasa ni mmg pack org nak balik rumah.
Kalau apek, langgar je. Dapat la korang bayar rosak kereta ku.  
Quote Artemesiaa 13-6-2016 03:39 PM
Puncanya penguatkuasaan selagi ianya tak di beri perhatian selagi tu le mereka dengan suka melanggar peraturan jalanraya
Quote nicuya 13-6-2016 03:41 PM
baser bodo...
Quote kherztie 13-6-2016 03:51 PM
org meleisiya ni nk jd indon kot..ataupn indion.. x pandai sabar
Quote krustykrab 13-6-2016 03:54 PM
esok2 ni bila ko accident, cash la kalau ambulan tak sempat sampai kat ko....nanti masa tu jgn pulak ko/ waris2 ko nangis2 kuat tv marah sbb org buat kau cenggini....

Quote sambaldurian 13-6-2016 07:12 PM
Msia je jrg guna black box dlm kereta. Ni guna nye ada black box
Quote jijienur 14-6-2016 12:15 AM
masa ai balik keja td ada satu keta buat gini. xpasti la kenapa. kereta terrosak ke. terover konar baring ke.. depan dia lori kot. klo lori tu laju mmg mendapatla.
Quote dinopower 14-6-2016 09:48 AM
jijienur replied at 14-6-2016 12:15 AM
masa ai balik keja td ada satu keta buat gini. xpasti la kenapa. kereta terrosak ke. terover konar b ...

smlm ade kereta dok hon2 nak suruh org bagi laluan.... ingat polis ke apa.....
mcm samseng kg dusun pun ade..... tetiba hon rapat gile ko main masuk kot tepi.....
Quote tintabiru73 14-6-2016 10:34 AM
Kalau report tak laku sebab tarikh tak betul.
Quote Lollipop111 14-6-2016 06:42 PM
tak tahan nk melepaslah tew....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.044773 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top