oleh Adib Za
Saban tahun, iklan sempena hari lebaran sering ditunggu-tunggu kerana pasti meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat. Namun, berbeza dengan iklan raya yang satu ini, memang 'rare' habis. Memaparkan adegan yang agak lucu tapi dalam masa yang sama memberi mesej berguna. Iklan dari jenama alat tulis terkenal, Faber Castell ini menceritakan bagaimana sebuah keluarga menjadi paranoid kerana bakal dikunjungi oleh saudara yang mempunyai anak nakal.
Bimbang jikalau barangan dalam rumah dirosakkan, pecah dan hilang 'dikerjakan' budak nakal itu. Siapa sangka, penyelesaiannya terdapat pada pelekat yang mudah alih dipanggil Tack It. Ternyata iklan mencuit hati ini telah memecahkan monopoli iklan raya yang sedih dah pilu, dengan memberikan idea untuk menghias rumah dengan lebih berkesan gitu. Apa pendapat anda tentang iklan yang satu ini? Menarik tak? - CARI Infonet |
epis replied at 14-6-2016 04:50 PM
ok baru lps tgk video tu... nampak beno nipunye hah... takdenye pasu tak jatuh klu lekat bende alah ...
ADVERTISEMENT