Oleh Izzah Abbasy
Biar betul McDonald’s menawarkan nugget bersalut emas? Ha, kali ini bukan cubaan atau tipu-tipu. Peraduan media sosial ini memerlukan pelanggan perlu mencari maskot 'pencuri nuggets' yang dikenali sebagai Kaito Nuggets. Restoran makanan segera ini sememangnya popular dengan simbol 'Gerbang Emas' atau ‘Golden Arches’, namun kali ini benar-benar akan memberi emas kepada para pelanggannya. Ini kerana McDonald’s di Jepun kini memperkenalkan satu peraduan sempena musim panas bagi memperkenalkan dua sos baharu. Pelanggan berpeluang untuk memenangi ketulan nugget bersalut emas 18 karat yang bernilai AS$1,500 (RM6077.92). Maskot ini akan berada di beberapa lokasi McDonald’s di Jepun, dan pelanggan perlu tweet gambar maskot berkenaan. Ini bukan pertama kali McDonald’s menawarkan peluang "keemasan" sebegini. Pada bulan Mei, McDonald’s Jepun menawarkan peluang memenangi kentang goreng bersalut emas. - CARI Infonet
Kredit : www.mirror.co.uk |
13
Bagus |
12
Marah |
28
Terkejut |
24
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT