Oleh : TS LOO Setalah kejadian tembakan yang berlaku di kelab malam di Orlando, Amerika, ratusan masyarakat tempatan beratur panjang di depan setiap bank darah di bandaraya tersebut, dengan niat untuk menderma darah kepada mangsa-mangsa penembakan. Walaupun tindakan tersebut hanya merupakan sumbangan yang biasa, tetapi sudah membuatkan ramai pihak rasa amat terharu.
Dalam pada itu, salah seorang penderma yang bernama Mahmoud telah menulis 9 ayat yang mudah faham tetapi menyentuh hati buat mereka yang membaca di facebooknya. Catatan status itu telah dikongsi lebih 170 ribu kali dalam tempoh masa satu hari sahaja dan berjaya mengumpul lebih 400 ribu orang memberi 'like', malah ratusan orang beri komen memuji tingkah laku Mahmoud.
Terjemah keseluruhan ayat yang ditulis Mahmoud: - Ya, saya bernama Mahmoud, saya bangga pada diri kerana saya seorang Amerika Muslim. - Ya, saya tetap derma darah biarpun dalam keadaan tanpa makan minum ketika bulan puasa, - Ya, saya marah dengan kejadian tembakan yang berlaku dan menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. - Ya, saya sedih, kecewa dan marah, kerana perbuatan keji yang dilakukan oleh seorang individu gila yang menganggap dirinya seorang muslim. - Ya, saya menjadi saksi ribuan orang berdiri dibawah matahari terik untuk menunggu giliran derma darah, biarpun dimaklumkan jangkamasa tunggu akan mengambil kira-kira 5 hingga 7 jam, itu semua saya tidak ambil kisah. - Ya, inilah negara yang paling hebat di atas bumi ini, kelihatan orang ramai dari pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak yang secara sukarela mengagihkan air, jus, makanan, payung, krim sun block. Turut kelihatan ramai warga emas tampil menderna darah, di sebelah tepi saya terdapat wanita muslim yang bertudung memberi makanan dan minuman buat penderma darah yang sedang beratur. - Ya, kami akan berada dalam satu barisan yang bersatu untuk sama-sama menentang segala ideologi permusuhan, ekstremis dan perkauman. - Ya, kami mempunyai jenis darah yang sama, jadi kami datang mendermanya. Ini kerana terdapat rakyat Amerika mengalami kecederaan, mereka memerlukan darah kami. - Ya, kami masyarakat yang duduk di bahagian tengah Florida rasa amat pilu, tetapi kami mengetepikan segala persepsi seperti warna kulit, kaum, daerah, jantina dan pandangan politik, sebaliknya berganding bahu menentang anasir yang cuba merosakkan kami. Mohmoud turut memuat naik gambar ketika dirinya sedang menderma darah pada status facebooknya. Susulan 'posting' nya mendapat perhatian orang ramai, kebanyakan media utama berpusu-pusu menemuramah dia. Antaranya yang melaporkan, Mahmoud seorang penasihat kewangan dan kini berusia 38 tahun. Dia berhijrah ke Amerika sejak 14 tahun dahulu. Ketika itu dia hanya mempunyai beberapa US dollar dalam poketnya. Dia bekerja keras daripada seorang kerani di kedai serba guna, berubah menjadi seorang pegawai bank, dan kini telah berjawatan sebagai seorang penasihat kewangan. Setakat ini, dia merupakan seorang ayah yang mempunyai dua orang anak, oleh kerana anak lelakinya pernah masuk wad pada dua tahun lalu, pada masa itu, anak tersebut perlukan dua bungkusan darah setiap hari untuk terus hidup, hasil daripada pengalaman anaknya, membuatkan Mahmoud menyedari kepentingan darah. " Saya sedar mereka perlukan darah, jadi saya harus menderma"- CARI Infonet
|
33
Bagus |
16
Marah |
19
Terkejut |
14
Sedih |
10
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Esmiria replied at 15-6-2016 05:05 PM
tpi aku rsa, x baik tunjuk kebaikan kita pda org
Esmiria replied at 15-6-2016 05:05 PM
kloaku..idokle..tuk org tersyg jew
Esmiria replied at 15-6-2016 05:05 PM
kloaku..idokle..tuk org tersyg jew
ADVERTISEMENT