CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rakyat Israel Bangga Dapat Masuk Ke Malaysia Untuk 'Memohon Kesedaran'

16-6-2016 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8058| Komen: 12

Oleh : TS LOO



Saksikan gambar berikut, anda rasa ada apa masalah tak? 


sumber foto: Facebook Rochman


Rochman adalah seorang aktivis Israel yang dilahirkan di Paris, Perancis, jadi dia memiliki dwi pasport iaitu Perancis dan Israel, kini menetap di bandar New York, Amerika Syarikat.

Bagi dia, saat berpegang pasport sambil mengambil gambar bersama Menara Berkembar Petronas adalah amat bermakna buat dirinya, selain situasi itu perlu digambarkan dan dikongsikan bersama. 

Yang lebih penting dia nak memberi kesedaran kepada semua orang. Apa yang dia nak sedarkan? Jom saksikan apa yang dinyatakan oleh Rochman dalam status di facebook nya.


sumber foto:  Facebook Rochman


Pada 11hb Jun lalu, Rochman memuat naik satu status yang bertemakan " Memohon Kesedaran" menerusi akaun facebook peribadinya. negara 

Dalam catitan tertulis : " lokasi penggambaran adalah di Kuala Lumpur, Malaysia, sebuah negara yang melarang mereka yang memiliki pasport Israel untuk mengunjungi. Setiap tahun ribuan warga Israel setelah menjalani latihan khidmat negara, pasti akan kunjung ke negara Asia untuk menyelami dan belajar pelbagai budaya di sana. Tetapi, Malaysia langsung melarang rakyat Israel masuk ke negaranya.

" Di belakang saya adalah menara Berkembar Petronas yang merupakan destinasi pelancongan yang terkenal."

" Sebagai warga Israel, saya berjaya memasuki  Malaysia sehari, disebabkan latar belakang kaum keluarga membolehkan saya memiliki identiti imigresen yang sah iaitu pasport Perancis."

" Walaupun saya tidak bercadang datang ke Malaysia, tetapi saya beranggapan adalah perlu mengambil gambar tersebut untuk meningkatkan kesedaran ketika transit di Malaysia dalam perjalanan terbang ke Sri Lanka selama 12 jam."


" Pada masa ada segelintir rakyat Malaysia dalam senyap menyokong Israel, kerajaan dan rakyat mereka pula tetap terus membenarkan syarat-syarat yang melarang orang Israel datang melancong."

" Jika anda tidak mengetahui perkara tersebut, sila kongsikan agar lebih ramai orang sedar masalah yang tidak boleh dikompromi ini."


sumber foto: Facebook Stand With Us


Selepas itu, posting tersebut menarik perhatian akibat dikongsi muat naik oleh Organisai Pendidikan Israel Antarabangsa yang bernama Stand With Us ke satu laman khusus yang mempunyai kira-kira 900 ribu orang peminat. 

Kemudian Stand With Us  memberi komen dengan menyatakan : Kami berharap kerajaan Malaysia dapat menghayati gambar itu, akibatnya mengundang ketidakpuasan kebanyakan netizen kaum Melayu.

sumber foto: Facebook Stand With Us



Ada pihak menyelar, biarpun pasport Malaysia melarang kami mengunjung ke Israel, tetapi masih ada rakyat tempatan menerusi pelbagai cara yang haram masuk ke dalam Israel, oleh itu, orang Israel turut boleh melakukannya.

sumber foto: Facebook Stand With Us



Ada pihak pula mengejek Rochman, dengan mengatakan lazimnya orang Israel gemar membunuh mereka yang tidak berdosa, tanpa disangka-sangkakan mereka juga suka melancong, sekaligus minta Polis Diraja Malaysia , PDRM menjalankan siasatan ke atas Rochman. 

sumber foto: Facebook Stand With Us



Terdapat juga netizen yang memberi kenyataan yang bersifat diplomatik, berpendapat kerajaan Malaysia tidak menghalang rakyat Israel memasuki Malaysia, cuma disebabkan kedua-dua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik, jadi rakyat Malaysia adalah tidak digalakkan mengunjungi ke Israel bagi mengelakkan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang mencemaskan, tiada wakil dari Malaysia di Israel yang boleh memohon bantuan. - CARI Infonet

sumber foto: Facebook Stand With Us






15

Bagus
24

Marah
15

Terkejut
23

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mujer_in_espejo 16-6-2016 07:24 PM
Hmmmm menarik
Quote manjalara_01 16-6-2016 08:19 PM
Edited by manjalara_01 at 16-6-2016 08:29 PM

Triple AAA hole....

Quote mdhelmi 17-6-2016 08:21 AM
aku pon mcm rasa atas urusan melancong diorg bole masuk malaysia
teringat dulu time liverpool buat friendly ada sorg player yossi bernayoun bangsa israel bole je masuk malaysia
Quote Loloq89 17-6-2016 08:41 AM
dia masuk pkai passport lain kan?

kalo pkai israel punya mmg xlepas
Quote missinpiece 17-6-2016 12:31 PM
Bongoks bertingkat2 :
Quote Artemesiaa 17-6-2016 01:35 PM
Dah dia ngaku masuk guna pasport Perancis mesti le lepas
Quote LuLu^Lost 17-6-2016 10:26 PM
Artemesiaa replied at 17-6-2016 01:35 PM
Dah dia ngaku masuk guna pasport Perancis mesti le lepas

Haa kan? Pastu amik gmbr klcc, dia dgn pasport israel dia tu. Entah ape2. Interesting topic. Suka baca yg komen2 tu semua. Nasib baik ayat depa very dewasa gitu..takde maki hamun..setakat yg sy baca kat sini la. Dlm read more tak tau plak mcm mana. Haha.. harap2 rakyat malaysia semua sila balas secara intelektual sikit. Suka baca ayat yg perli2 tu...killing innocent people tu. Hehe
Quote nuyunnisa 28-4-2017 11:09 AM
LIKE utk sume komen2 di atas..intelligent and yet makan dalam
Rochman..sudah2 la tunjuk bodo kat dpn org.buat malu bangsa israel je
Quote samasam90 28-4-2017 11:15 AM
sedihhhhh tak kena promo datang mesia
Quote palmolive 28-4-2017 11:52 AM
camni ker sikap bangsa terpilih ???
Quote AyaqMeloSuam 2-5-2017 03:10 AM
Mamat ni vongok ruphanya... pki paspot prancis msuk mesia... tu pn nk bangga ka? Pastu snap pic paspot israel dpn klcc...
Apa yg bangganya??? Lain la dia mai naik tongkang ka sludup mai mesia ka... dia TULEN RAKYAT ISRAEL... haruslah mmbanggakn dri...
Quote faraway1 2-5-2017 08:52 AM
dia mesti masuk malaysia guna passport france...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.358262 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top