Oleh : Dean BZ
Pilihan Raya Kecil (PRK Kuala Kangsar) berlangsung pada hari ini, Sabtu, 18.6.2016 bermula seawal 8 pagi tadi. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi, berkata pegawai dan anggota polis bersedia di semua pusat pengundian seawal jam 6 pagi. Katanya, sehingga kini, keadaan keselamatan di kawasan Parlimen Kuala Kangsar terkawal. "Polis mengambil tugas sejak 6 pagi tadi dan menempatkan kira-kira 3,000 anggota, termasuk pegawai kanan polis bagi memastikan keamanan dan ketenteraman ketika proses pengundian berada dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Muzwin di sini, sebentar tadi. Abd Rahim berkata, sejak penamaan calon sehingga pengundian hari ini, polis menerima 29 laporan polis, dengan tujuh kertas siasatan dibuka.
"Kertas siasatan terakhir dibuka petang semalam membabitkan sedikit kekecohan antara penyokong parti politik dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. Sepanjang tempoh itu, sebanyak 161 ceramah dijalankan tanpa gangguan penyokong mana-mana parti. PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah pilihan raya kecil ke-11 selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013. - CARI Infonet. Sumber - BharianOnline |
15
Bagus |
18
Marah |
6
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kemaruk replied at 19-6-2016 10:47 AM
fakta- kalau PAS dan PAN tak berpecah pon, UMNO BN tetap menang
ADVERTISEMENT