Oleh : TS LOO Tindakan melarikan diri dari sesuatu tempat biasanya hanya berlaku ke atas manusia yang mungkin ketika itu berdepan masalah tekanan emosi seperti dimarah atau dihalau.
Tetapi kajadian yang pelik tapi benar berlaku di Rusia di mana terdapat sebuah robot dikatakan 'melarikan diri' dari sebuah makmal. Menurut laporan Portal UPI, dalam kejadian yang berlaku di bandar Perm itu, robot prototaip yang dinamakan Promobot itu sedang diuji bagi mengukur kemampuannya bergerak secara sendiri sebelum secara tiba-tiba meluru ke pintu pagar yang terbuka.
Pengasan bersama makmal, Oleg Kivokurtsev beritahu, Promobot merupakan robot yang direka khas untuk berinteraksi dengan manusia, sama ada menjawab soalan mahupun memberi tunjuk arah. Namun hasratnya untuk pergi jauh tidak kesampaian apabila ‘mesin’ itu mengalami kegagalan fungsi di luar premis berkenaan sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas. " Bagaimana pun, apa yang terjadi sebenarnya berpunca daripada jurutera yang bertugas terlupa untuk menutup pintu pagar mengakibatkan mesin berkenaan ‘melarikan diri." " Promobot berkenaan bergerak sejauh 50 meter dari pintu pagar dan kehabisan tenaga." Rakaman video Promobot menghalang lalu lintas di tengah-tengah jalan raya berjaya diambil oleh seorang saksi yang kebetulan berada di sekitar lokasi itu.
|
10
Bagus |
9
Marah |
19
Terkejut |
23
Sedih |
10
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT