CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Habis Tonton Filem Seram 'The Conjuring 2, Pasangan Kekasih Dikacau Hantu!

20-6-2016 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13394| Komen: 37

Oleh : TS LOO





Sudahkah anda menonton filem seram Conjuring 2 yang diarah oleh James Wan, seorang pengarah terkenal Hollywood kelahiran Kuching, Sarawak. 

Conjuring 2 adalah filem yang diadaptasi daripada sebuah kisah benar yang dialami oleh keluarga Hodgson di mana rumah mereka yang bertempat di London England dirasuk hantu.

Bagi sesiapa yang telah menonton filem seram ini, pastinya akan terbayang-bayang dengan suasana menakutkan yang ditunjukkan dalam filem tersebut sehingga takut nak tidur dalam kedaan gelap, kan?


Sepasang kekasih dari Singapura mengambil kesempatan menonton filem Conjuring 2 di pagawam ketika bercuti ke Miri, Sarawak. 

Namun tanpa disangka berdepan insiden yang sangat pelik dan menyeramkan di bilik hotel setelah balik ke hotel pada pukul 2 pagi menyebabkan mereka segera minta tukar bilik.




Pada 11 Jun yang lalu, Lelaki yang bernama Damian berkongsi penglamannya dengan menulis status di facebooknya. 

Menurutnya ketika itu dia bersama teman wanitanya sedang berehat sambil lelap atas katil di bilik hotel setelah habis menonton filem seram The Conjuring 2. 

Teman wanitanya yang bernama Voronia setelah melelapkan mata selama 15 minit, barulah bangun untuk menggosok gigi di tandas. 

Selepas siap gosok gigi, Voronia tanya Damian kenapa melukis tanda salib untuk menakutkannya. Ketika itu teman lelakinya rasa amat hairan dan pelik kerana sebenarnya sepanjang masa itu dia hanya baring atas katil, jadi Damian beranggapan Voronia cuba nak menakutkannya pula.

Apabila mereka berdua mengesahkan tidak pun melakukan apa-apa untuk takut-takutkan antara satu sama lain. 



Kemudian Damian segera pergi ke tandas untuk meninjau dan mendapati terdapat tanda salib yang kelihatan baru sahaja dilukis pada cermin bilik tandas. 

"Saya dapat melihat ada titisan air di sebelah tepi lukisan tanda salib itu dan kesan kekotorannya masih baru lagi."

Sejurus itu, Damian beritahu Voronia, jika dialah yang melukis, kenapa pula Voronia yang sepanjang masa berdiri di depan cermin gosok gigi tak kan tak perasan kewujudan dia pada masa itu. 

Mereka berdua yang mula diselubungi perasaan takut dan dengan segera minta tukar bilik di kaunter pelanggan.

Mujurlah, pihak hotel tidak tolak permintaan mereka dan bilik hotel berjaya ditukar sekitar pukul 3 pagi. Menurut Damian, setelah bilik ditukar, insiden seram tidak berlaku lagi.

Keesokan hari barulah mereka mengemas barangan di bilik asal itu, yang anehnya tanda salib pada cermin itu didapati sudah hilang.

Damian memuat naik gambar selfie ketika dirinya sedang mengambil gambar di depan cermin tandas itu di akaun facebooknya dan tanda salib pada cermin memang jelas kelihatan. 

Tetapi ada segelintir netizen berpendapat segalanya adalah rekaan cerita yang dilakukan oleh pasangan kekasih terbabit. 

Ini kerana sekiranya ketika itu dalam keadaan takut, macam mana ada keberanian pergi ke tandas meninjau dan ambil gambar tanda salib di cermin.  

Ada juga netizen menganggap, ini hanya merupakan sejenis langkah pengiklanan bagi mempromosi hotel tersebut di laman facebook, apa pula pandangan anda?- CARI




28

Bagus
38

Marah
28

Terkejut
18

Sedih
28

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (156 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 20-6-2016 10:26 PM
Kt meritz ke?
Quote hasniey 20-6-2016 10:57 PM
eh antu miri xtakot salib kah?antu conjuring pon jerit2 nmpak salib
Quote Hulkmalaya 20-6-2016 11:32 PM
Bak kata pak jabit dalam hantu kak limah "banyak tengok vcd bebudak ni "
Quote Super-M 21-6-2016 01:12 AM
Aku ni jenis penakut.tp aku tak paham kenapa aku tengok the conjuring2 ni aku tak rasa menakutkan pun.Cuma pelik knp org terjerit memekak kat wayang.
Quote melinda_kerr 21-6-2016 06:04 AM
Super-M replied at 21-6-2016 01:12 AM
Aku ni jenis penakut.tp aku tak paham kenapa aku tengok the conjuring2 ni aku tak rasa menakutkan pu ...

yerlah. yg i takut nk tgk filem antu dr asian jer. Thailand, Philipines dan Indo.
Quote merrissa 21-6-2016 07:51 AM
dah tengok..tak takut sangat tapi aku x tau kenapa aku suke cara james wan directing nih....

biler plak james wan nak wat the conjuring ep 1 ....kisah lorraine and ed lak...before they were famous...hehehe
Quote CrowneGlory 21-6-2016 10:07 AM
Edited by CrowneGlory at 21-6-2016 10:10 AM

apa la yg ada kat miri yg ko nk bercuti tu...

lagi satu bukan setan patut takut dgn cross ke.. cross pun setan dah x takut? siap lukis sendiri lagi...maju betul setan2 kat miri
gigih lukis sendiri pastu viral...attention whore sgt korg ni
Quote nononcrux 21-6-2016 10:20 AM
best sgt ke conjuring 2 nh
Quote chinta89 21-6-2016 10:23 AM
Hulkmalaya replied at 20-6-2016 11:32 PM
Bak kata pak jabit dalam hantu kak limah "banyak tengok vcd bebudak ni "

kahkahkah.. penangan cter tu sentiasa aku aplikasikan. like ayat yg u guna.
Quote chinta89 21-6-2016 10:24 AM
Edited by chinta89 at 21-6-2016 10:25 AM
Super-M replied at 21-6-2016 01:12 AM
Aku ni jenis penakut.tp aku tak paham kenapa aku tengok the conjuring2 ni aku tak rasa menakutkan pu ...
aku pun rse mcm tu.. xde la nk rse takuttttt sgt2. takut biasa2 pun xde.
kawan aku ckp mmg takut gilaaaa.. aku pun jwb "napok beno nipunya"--->petikan filem kata2 Hantu Kak Limah Balik Rumah.


Quote Chesire_Epilog 21-6-2016 10:34 AM
Sama la..i jenis penakut tp conjuring 2 ni tak lah seram sangat pun, Maybe sebab dia panggil  antu tu terus keluar kot. Cuma bab jumpa gigi kat bilik bawah tanah tu mmg riuh panggung sebab tkezut. Haha.

Tapi cite ni aku kesian tgk janet, antu tu gunakan dia, pastu dorang yang menyiasat pun gunakan dia untuk communicate. Nampak sgt dia letih + lemah. Then bab ed nyanyi lagu elvis depan dorang anak beranak touching la juga

Tak sabar nak tgk movie James Wan seterusnya
Quote Hulkmalaya 21-6-2016 10:40 AM
chinta89 replied at 21-6-2016 10:23 AM
kahkahkah.. penangan cter tu sentiasa aku aplikasikan. like ayat yg u guna.

Hahahah deep kan movie tu hahahah banyak kritikan sosial haha
Quote zameyla 21-6-2016 10:51 AM
kalau dah ada tanda salib tu watpe nk takut?? lagi selamat pe...
Quote Loloq89 21-6-2016 11:06 AM
aku salib dahi sekor2 kang..haha
Quote Intanmahsuri 21-6-2016 11:25 AM
Chesire_Epilog replied at 21-6-2016 10:34 AM
Sama la..i jenis penakut tp conjuring 2 ni tak lah seram sangat pun, Maybe sebab dia panggil  antu t ...

Tunggu Lights Out bulan 8 ni. Yang ni nampak seram..main tutup lampu..ekekekek
Quote Chesire_Epilog 21-6-2016 11:52 AM
Edited by Chesire_Epilog at 21-6-2016 11:56 AM
Intanmahsuri replied at 21-6-2016 11:25 AM
Tunggu Lights Out bulan 8 ni. Yang ni nampak seram..main tutup lampu..ekekekek

Lights Out ni arahan James Wan eyh? Kalau ye, mmg i look forward nak tengok. Thanks for your info
Edit: I baru goggle, directed by David F. Sandberg. Dia punya rating, makk aii 9.1/10. Mesti seram bebeno nih
Quote Super-M 21-6-2016 12:13 PM
chinta89 replied at 21-6-2016 10:24 AM
aku pun rse mcm tu.. xde la nk rse takuttttt sgt2. takut biasa2 pun xde.
kawan aku ckp mmg takut g ...

Tulah valak tu tak seram pun. Yang seram org yang menyemak terjerit2 tak pasal2.
Quote Intanmahsuri 21-6-2016 12:16 PM
Chesire_Epilog replied at 21-6-2016 11:52 AM
Lights Out ni arahan James Wan eyh? Kalau ye, mmg i look forward nak tengok. Thanks for your info  ...

James Wan producer je untuk movie ni. Tapi i rasa ini memang akan seram gilo..haha
Quote rosasen 21-6-2016 12:53 PM
mcm dia lukis sendiri jer...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.096289 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top