CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bangsa Melayu Menghadiahkan RM5,000 Untuk Mengesan Pembunuh Anjing

21-6-2016 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8507| Komen: 26

Oleh : TS LOO


sumber foto: Facebook Sharul 



Seekor ibu anjing yang masih menjalani penyusuan kepada anak-anaknya ditembak mati oleh seorang individu ketika sedang mencari makanan di luar.

Perbuatan kejam itu mengundang kecaman eorang netizen bernama Sharul Nizam, dengan memuat naik gambar bersama tulisan di facebooknya. 

Dalam tulisan status di facebooknya, Sharul menyifatkan kejadian pembunuhan anjing yang berlaku di Taman Junid Perdana, Muar, Johor sebagai satu perbuatan yang sungguh kejam.

Di lokasi kejadian, hanya meninggalkan mayat ibu anjing yang berlumuran darah dan sarung peluru termasuk juga 5 ekor anak anjing yang kini sudah kehilangan maknya.


Dengan memuat naik gambar di facebook, Sharul berharapan pembunuh kejam itu dapat dikesan dan diberkas.

"Saya sanggup menghadiahkan wang tunai RM5,000 untuk mencari individu yang memilki senjata itu." 

"Sila hubungi saya, 012741xxxx. Jika kita berjaya membawa 'iblis; tersbut ke mahkamah, saya pasti akan bayar jumlah wang itu."


sumber foto: Facebook Sharul 



Ujar Sharul, berhubung kejadian tersebut laporan polis telah pun dibuat dan juga kepada semua yang sayangkan haiwan adalah wajar turut serta membuat laporan polis di balai polis berdekatan, berikutan mereka yang melakukan pembunhan kejam itu disyaki amat ketara menyalahgunakan senjata yang dimilikinya. 

Memetik laporan akhbar Cina Sin Chew tahun lalu, Ketua Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, DBKL, Mariapan Chinniah mengatakan terdapat 2 cara untuk menangkap anjing liar. 

Antaranya dengan menggunakan tali tangkapan anjing liar atau dengan menggunakan sangkar, manakala satu lagi adalah cara anesthesia.

Semua cara tersebut di atas itu adalah untuk memastikan kecederaan yang mungkin terjadi ke atas haiwan itu pada tahap yang paling minimum, jadi dengan cara menembak adalah dilarang.


sumber foto: Facebook Sharul 


Setakat ini, seramai lebih 1500 orang telah berkongsi status tersebut dan komen yang diutarakan rata-rata berunsur kecaman. Terdapat netizen yang sedih dengan anak-anak anjing yang dilahirkan tanpa ibu.  

Sebahagian netizen pula sanggup menambah RM2,000 dalam jumlah wang hadiah yang berjaya mengesan individu yang membunuh anjing itu.

Ada pula netizen beritahu, berdasarkan gambar peluru yang ditunjukan jelas ianya dimiliki senapang yang digunakan untuk pemburuan haiwan. 

Oleh kerana setiap peluru biasanya mempunyai nombor bersiri, jadi dengan menyemak turutan nombor bersiri itu, pasti dapat mengesan individu yang menembak anjing itu.- CARI 



40

Bagus
39

Marah
25

Terkejut
36

Sedih
35

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (202 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minah_kidal 21-6-2016 12:59 PM
da dapat kesan belum? sukati je nk tembak binatang tu
Quote kentel 21-6-2016 01:01 PM
apa la dibunuhnya anjing x bdosa tu...
Quote Esmiria 21-6-2016 01:09 PM
Betul ke tawaran tu?fuyoo..byk duet
Quote outcast 21-6-2016 02:09 PM
Esmiria replied at 21-6-2016 01:09 PM
Betul ke tawaran tu?fuyoo..byk duet

sy kenal mamat ni
and yes dia ada duit..cakap x kosong
dia  buat freelance tuh build website  ,workshop  
dia mmg aktivis haiwan , perangi rasuah  dll
Quote heywana 21-6-2016 02:12 PM
dah ada update tak? dah kene tangkap belom??
Quote M.Rose 21-6-2016 03:40 PM
Yang menembak tu emang binatang ya. :
Quote Artemesiaa 21-6-2016 04:39 PM
Apa le salahnya sangat sampai dihukum sebegitu.  Moga si pelaku diketahui juga akhirnya
Quote manjalara_01 21-6-2016 04:41 PM
Esmiria replied at 21-6-2016 01:09 PM
Betul ke tawaran tu?fuyoo..byk duet

harus la tinggi tawarannye..
i  mean..x tgk kelongsong bullet tu?...ni bukan jenis handgun 9mm..
ni mesti senapang besar ni...some one please help me ..bg pencerahan skit..jenis firearm yg digunakan?

Quote HibinoSama 21-6-2016 04:41 PM
Jgn sampai dia yg tertembak plk dh la
Quote sabbath_shalom 22-6-2016 12:01 AM
Comelnye anak anjing tu...tertiba tingatkan Qitmie yg setia ...nanges
Quote sabbath_shalom 22-6-2016 12:03 AM
Esok nk mandikan Qitmie la...
Quote wolverine90 22-6-2016 02:38 AM
manjalara_01 replied at 21-6-2016 04:41 PM
harus la tinggi tawarannye..
i  mean..x tgk kelongsong bullet tu?...ni bukan jenis handgun 9mm..
...

Hdgdgdhishsbsns
:zz
Quote cap_ayam 22-6-2016 06:28 AM
Kesiannya.. Bengkak kan kantung susu.. Tengah banyak susu untuk puppy..apa buat anjing tu macam ni.. Zalim betul manusia tu.
Quote -electrifying- 22-6-2016 09:24 AM
5k tu... untung spe dpt tu
Quote AisyDani13 22-6-2016 09:51 AM

7k kot.. ada yang nak tambah tu.. perrghhhhhhhh
Quote -electrifying- 22-6-2016 09:52 AM
AisyDani13 replied at 22-6-2016 09:51 AM
7k kot.. ada yang nak tambah tu.. perrghhhhhhhh

nk cri kt system sat
mana taw dpt trace
Quote AisyDani13 22-6-2016 10:00 AM
-electrifying- replied at 22-6-2016 09:52 AM
nk cri kt system sat
mana taw dpt trace

lekaih cari sama2.. dapat 7k bahagi 2 ok
Quote amukgemuk 22-6-2016 12:37 PM
rasa best pula baca komen para forum-er yg semaken matang---
harap komen2 pertunjukan kepandaian dapat dielakkan----
orang tu punya wang---dia rasa itu patut ---maka jangan kacau dan tunjok pandai---
support and respect
Quote zeed 22-6-2016 01:59 PM
Siannya..tak berhati perut betul..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.093227 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top