CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kecoh Hafiz Mahamad Layan GF Bagai 'Princess', Wanita Ini Tampil Beri Pesanan

21-6-2016 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 34044| Komen: 94

Oleh Izzah Abbasy

Siapa Hafiz Mahamad yang menjadi trending di laman media sosial beberapa hari ini?

Dek penangan video 'sweet' ala-ala 'pre wedding', Hafiz Mahamad seorang Instagramer popular meraikan hari jadi kekasih hati yang juga merupakan model pakaian muslimah dengan menaiki limousine rupanya. Video yang berdurasi 4 minit itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Sebenarnya, jika anda perasan, pasangan kekasih ini telahpun popular sejak tahun lepas lagi kerana mereka dikatakan terlajak manis dan romantik.

Kedua-duanya berkenalan dan berkawan sejak dari bangku sekolah lagi.

Klik untuk lihat video dan gambar : Instagram Hafiz Mahamad 


Namun, disebabkan ada yang tidak senang melihat kelakuan Hafiz Mahamad melayan teman wanitanya bagaikan 'princess' kerana merasakan ia tidak elok dipamerkan kerana mereka belum mempunyai ikatan yang sah, seorang wanita yang dikenali Ika Mat Bakhir tampil menegur dan menasihati semua yang cemburu dengan pasangan tersebut di laman Facebook miliknya.

Wanita ini mengecam tindakan pasangan itu yang terlampau menunjukkan kemanisan hubungan, katanya realiti selepas kahwin taklah semanis yang disangka.

Mendapat hampir 3000 perkongsian di Facebook, ramai yang bersetuju dengan apa yang disampaikan kakak ini. Kehidupan selepas kahwin tu lebih realiti sebenarnya. Tak ada maknanya selepas kahwin pun nak dilayan seperti 'princess', betul tak?

Bukan sahaja
Ika Mat Bakhir memberi nasihat, malah Hafiz Hamidun turut 'sound' pasangan ini apabila Hafiz Mahamad telah menulis  “guys, it’s okay if your boyfriend bukan macam Hafiz Mahamad, at least your boyfriend bukan macam Hafiz Hamidun buat status Facebook, screenshot then masuk buku. smh (shaking my head/geleng kepala).”

Disebabkan kapsyen tersebut, Hafiz Hamidun yang 'tersentap' dikritik terus membalas komen itu dengan menulis di Twitter;

“Yang mengutuk orang ni, sebenarnya sejenis tak bergaul dengan orang lain. Duduk dalam tempurung. Tak boleh tengok orang senang. Dia panas.

“Kau kutuk orang lain, apa dapat? Puas hati? Sebenarnya, kau dah sakitkan hati kau sendiri. Belajar kasi habis dulu.

“Jangan mengata orang lainlah. Cermin diri sendiri dulu. Bila kau rasa dah bagus sangat, then ko kutuk orang, terus level kau jadi zero,”
tulis Hafiz Hamidun. 


Pesanan buat adik Hafiz Mahamad dan Aina, semoga cepat-cepat naik pelamin. Barulah terlajak manis dan boleh bergelar 'Prince and Princess Forever' - CARI Infonet




Kredit : Facebook Ika Mat Bakhir






19

Bagus
16

Marah
26

Terkejut
13

Sedih
17

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 21-6-2016 04:22 PM
Macam2. Sampai Hafiz midun pon terselit dan tersentap skali
Quote MeetJoeFly 21-6-2016 04:30 PM
Hahahaha... Hafiz hamidon siap bengang.... .... Ini kelakar... Win lah sampai hafiz midon sentap ...swntap forever
Quote zameyla 21-6-2016 04:43 PM
yang kutuk hafiz hamidun tu, hafiz mahamad tu ka?
Gigih aku follow dak hapiz mahamad tu sbb nk tgk video...
Quote mokcikKSKB 21-6-2016 04:57 PM
CARI-IIN replied at 21-6-2016 04:16 PM
Oleh Izzah Abbasy

Siapa Hafiz Mahamad yang menjadi trending di laman media sosial beberapa hari ini ...

Sibuk je minah tu nk bahankan org..lantak dianlah nk belanjanawek dia naik limo.nnti dh kawen taulah dia realiti hidup.
Hang jga laki hang sudah..sat lg sibuk hal org laki hang dok belanja skandal naik limo baru tau.
Quote munchkin 21-6-2016 05:02 PM
Itu yg masing masing berlumba nak show off hadiah from bf gf surprise bodoh bodoh ni upload kat ig. Yang lain nak ikut gak tiau duit mak bapak amik personal loan just to show off. Stupid sangat. Aku kecam yg terikut nak bersaing tapi tak mampu. budak budak ubun lembut ni camtulah
Quote miu84 21-6-2016 05:44 PM
Hafiz whateva his name ni anak orang kaya kah? Kemain semangat kau dek celebrate besday gf. Besday mak kau jangan lah pulak gigih type HB jah kat wassap. Celaka sangat kalau sebegitu
Quote Siputjelly 21-6-2016 06:00 PM
hafiz mahamad ni memang dari sekolah lagi duk buat surprise sweet sawit romantik gitu. cuma kalini macam debomb sangat. huhuhu
Quote mujer_in_espejo 21-6-2016 06:18 PM
Biarlah dia nk bawak awek dia naik limo ke ape.. dah dia mampu kan. X salah nk uplod ig ke apa. Kita tgk tumpang hepi alolo suet la kan...

Cuma dari diri kita sndiri yg tgk ig tu..setakat mana kita leh tahan godaan cemburu tu. Godaan napsu tamak nk ikut gaya hidup org lain... dan godaan napsu riak nk merendahkan n mengutuk org lain.. Tak selamanya kita bersenang lenang dikk..

Apa yang kau ucap melambangkan peribadi. Time marah n sentap klu boleh jauhkan diri dr online mana2 media sosial. Sebab marah kita lebih menguasai dari akal masa tu
Quote mujer_in_espejo 21-6-2016 06:19 PM
munchkin replied at 21-6-2016 05:02 PM
Itu yg masing masing berlumba nak show off hadiah from bf gf surprise bodoh bodoh ni upload kat ig.  ...

Budak2 ubun lembut        
Quote Greenbutterfly 21-6-2016 08:24 PM
Siapa mereka semua ni??haram i x kenal
Quote naina 21-6-2016 08:35 PM
Bg aku pun sukati dia la nk surprise gf dia.sok2 dia tawla realiti hdup
Quote AbukRokok 21-6-2016 08:39 PM
penangan novel drama TV3

dari dulu aku dah cakap tv3 ni pemusnah budaya asal melayu...tv3 start dulu astro ikut.
Quote JENABREJAM89 21-6-2016 08:39 PM
Kat fb ramai ler dok share vid ni .... dalam hati akak hala2 adik2 oiii .....
Quote aderaderker 21-6-2016 08:59 PM
Yg dok tag boyfriend masing2 tu aku rasa lagi bodoh..
Quote M.Rose 21-6-2016 09:19 PM
AbukRokok replied at 21-6-2016 08:39 PM
penangan novel drama TV3

dari dulu aku dah cakap tv3 ni pemusnah budaya asal melayu...tv3 start d ...

Setujuk  
Quote Nham22 21-6-2016 09:48 PM
Baik lah wat suprise beli rumah sebijik kasi awek tu...buat agreement terus once aweks tu curang consider rumah tu akan dijual... baru dabombbbbb
Quote seeriesagain 21-6-2016 09:59 PM
BBNU jer buat camni... yg berfikiran matang slalunya celebrate sendiri diam2 jer sudah
Quote Orix 21-6-2016 10:51 PM
motif gmbar kiri berbaju melayu laki tu nmpak straight tp ttve gmbar kanan nmpak x brp straight?
Quote munchkin 21-6-2016 11:24 PM

yelah takat bf kasi bonga ceklat suprise kat ofis semua dok upload. setakat suami cium tangan potong kuku, upload. suami kasi henbeg kasi emas letak dalam aiskrim pun upload. aku tak berminat pun. baca gitu gitu udah. ni yang udah nak terikut tapi pow duit mak pak. pinjam duit kawan family duit bos buat personal loan sebab berlumba nak upload mmg nak makan penampar dah. kalau ubun ubun keras dah leh berfikir dah.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.112165 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top