CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Maut Digilis Kereta Ibu

23-6-2016 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8061| Komen: 54

Oleh : TS LOO


sumber foto: Oriental Daily News


Di Pulau Pinang, seorang kanak-kanak ketika sedang menunggu ibunya di dalam kereta, secara tidak sengaja tersentuh gear kenderaan mod mengundur, mengakibatkan kenderaan mengundur secara perlahan.

Berikutan panik, kanak-kanak terbabit bertindak membuka pintu dan terjun keluar sebelum cedera parah digilis tayar kereta.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 7 malam kelmarin di kawasan letak kereta kediaman mangsa yang bertempat di Balik Pulau, Pualu Pinang.

Ketika kejadian, mangsa yang berumur 4 tahun bersama kakaknya yang berusia 6 tahun ditinggalkan dalam kereta ibunya yang enjinnya tidak dimatikan. 

Difahamkan kedua adik beradik pada asalnya dibawa keluar oleh ibunya untuk membeli belah, tapi sebelum bertolak, ibunya tiba-tiba masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil barang dan tinggalkan mereka berdua di dalam kereta.

Tanpa disangka, dalam beberapa minit sahaja tragedi keluarga yang menyayat hati itu terjadi. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Lai Fah Hin mengesahkan kejadian tersebut menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Ibu mangsa yang menyedari kejadian membawa mangsa ke Hospital Balik Pulau (HBP) bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius dialami di Unit Kecemasan HBP.

Disebabkan terlalu sedih, buat masa ini ibu mangsa tidak dapat menjalani hadir ke balai polis untuk membantu siasatan, tambah Superintenden Lai. 

Difahamkan ibu bapanya setuju menyumbangkan mata kornea si mangsa kepada sesiapa yang memerlukan kerana percaya mendapat keberkatan Tuhan. - CARI 


sumber berita : Oriental Daily News
23

Bagus
39

Marah
19

Terkejut
35

Sedih
39

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (171 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi 23-6-2016 12:06 PM
malang tak berbau. sekelip mata jer kan
takziah pd keluarga mangsa
Quote minah_kidal 23-6-2016 12:17 PM
tak faham beritanya.
Quote Artemesiaa 23-6-2016 12:45 PM
Bahaya tinggalkan kanak2 dalam kereta sendiri macam2 boleh jadi
Quote Esmiria 23-6-2016 12:46 PM
Kejak je malaikat wat. Sian giler
Quote fifie_olin 23-6-2016 12:48 PM
mak dia pkir tggl kejap xde ape2..
ms singkat camne pon..mcm2 leh jadi...
Quote pearl.silver 23-6-2016 12:54 PM
Gear letak kt N?
Klu gear kt P, kne tekan brake br leh tukar R kn..
Quote chinta89 23-6-2016 12:59 PM
Difahamkan ibu bapanya setuju menyumbangkan mata kornea si mangsa kepada sesiapa yang memerlukan kerana percaya mendapat keberkatan Tuhan.

semoga ada sinar baharu utk sesiapa yg memerlukan... mata anaknya akan sentiasa hidup di dunia ini...
Quote imthegirl 23-6-2016 01:00 PM
Kenapa ayat wartawan cari macam pelik
Quote prettyuglybabe 23-6-2016 01:01 PM
dah banyak kali jadi pun masih tak nak amik iktibar..

Quote talapia 23-6-2016 01:05 PM
peringatan utk diri sendiri jugak... Aku pon slalu gak tinggalkan anak kejap dlm kete dgn running engine. Mcm2 precaution dh take note la.. tingkap bukak... gear di P. hand brake tarik. Biasanye tinggalkan utk bukak or tutup gate le. Klau tinggal utk masuk kedai ke.. off engine.. bukak tingkap sket n lock.

mungkin ada cara yg lebih baik.. hmm
Quote CariCari621 23-6-2016 01:19 PM
Something wrong dgn berita ni. Tp xpe la, buat2 faham.

x tarik handbrake ke ? Kut ye pun x sengaja tersentuh mod undur tu xkn  dgn hndbrake sekali tersentuh? Confuse.

Maybe dh ajal dia dgn cara camtu. Hrp2 pasni xd la jd cmni lg
Quote nenekglamer 23-6-2016 01:29 PM
aku bawak manual... so xleh nk imagine kes nih.

anyways... takziah...
Quote CincinKristal 23-6-2016 01:30 PM
peringatan utk aku jgk...jgn tinggal anak dlm kereta..kalo boleh laaa...sbb ade mase nye trpaksa tggl kejap anak dlm keta tu...depends on situation
Quote famri7 23-6-2016 01:38 PM
ramai2 jah ummah2 lokalis rasa diri mureka immune drpd kejadian sebegini...letih jah peliharaanak sampai umor 4 tahun ujung3 mati karena kebimboaan sundri..

semoga roh diccucuri elohim.
Quote anakmak 23-6-2016 01:48 PM
talapia replied at 23-6-2016 01:05 PM
peringatan utk diri sendiri jugak... Aku pon slalu gak tinggalkan anak kejap dlm kete dgn running en ...

Berapa umur anak dek? Berapa org?




Quote mikasa 23-6-2016 01:51 PM
keta yg handbrak kat kaki selamat sikit...


kalau handbrake jenis eletronik lagi bahaya...kaki budak boleh sampai..diorg cepat belaja
Quote talapia 23-6-2016 02:00 PM
anakmak replied at 23-6-2016 01:48 PM
Berapa umur anak dek? Berapa org?

10 / 7 / 2

tapi yg biasa dgn saya yg 2 tahun tu. klau abg n kakaknya ada.. dorang yg kena turun bukak gate.
kalau singgah kedai kejap2.. tiga2 dok dlm kete.. engine off. tingkap bukak. kunci saya pegang. pintu locked. tapi ye la.. dh amik mcm2 precaution pon... kadang kita terlepas pandang jugak.

Quote haryatie 23-6-2016 02:04 PM
kesiannnya..
Quote wajevo 23-6-2016 04:19 PM
Pompuan elok bawak Kereta manual. Demi keselamatan.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.050133 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top