Oleh : TS LOO
Pernah keluar membeli barangan persiapan pada pukul 4 pagi pada malam raya kerana terlalu mengambil mudah soal persiapan raya. Itu pengakuan aktres Nabila Huda apabila ditanya mengenai persiapan raya yang akan tiba tidak lama lagi. Nabila ditemui pada majlis pra tonton filem televisyen (FTV) siaran Astro First Eksklusif baru-baru ini. Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, dia terus-terang mengakui dirinya bukan seorang yang gemar merancang dalam membuat persiapan hari raya kerana tidak dapat membuang tabiat melakukan kerjaya pada saat-saat akhir. "Tidak seperti sesetengah wanita lain yang begitu teruja membuat persiapan lebih awal menyambut ketibaan lebaran, saya sebaliknya lebih selesa menyediakannya pada saat-saat akhir terutama membeli pakaian raya kerana mood raya lebih terasa"
Tambahnya lagi, biarpun perkara itu sudah berlaku beberapa tahun lalu, dia tidak pernah serik untuk membuat persiapan pada saat-saat akhir kerana sudah terbiasa dengan tabiat berkenaan sejak bujang. Sementara itu dia masih belum memikirkan apa-apa persiapan raya pada kali ini termasuklah memikirkan dimanakah lokasi beraya bersama suami tercinta, Mohd Izwan. Untuk tahun ini, dia akan bercuti raya selama 5 hari dan juadah raya kegemarannya adalah masakan lodeh dan rendang paru ala minang air tangan nenek sebelah ibunya.- CARI sumber : mstar |
16
Bagus |
19
Marah |
21
Terkejut |
9
Sedih |
24
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
deekhan replied at 26-6-2016 07:22 AM
Laki die keje pe? Pengurus tu bukan owner ke?
ADVERTISEMENT