Oleh Izzah Abbasy
Seringkali kita lihat knak-kanak bersendirian dengan keadaan yang terurus dan comot di pasar malam, kaki lima, kedai makan dan sebagainya. Adakah anda terfikir untuk membantu mereka atau menghalau? Inilah persoalan bagi eksperimen sosial yang dilakukan oleh pihak Unicef untuk melihat adakah orang ramai akan melayan kanak-anak kecil itu berdasarkan pemakaiannya. Unicef, ataupun United Nations Children's Fund, memuat naik satu video di laman Facebook mereka semalam (28hb) akhirnya membuahkan hasil yang sangat mengejutkan. Video tersebut kini telah ditonton sebanyak 5.3 juta netizen semenjak ia dimuatnaikkan dan menerima sebanyak 2.5 ribu jumlah komen dari orang ramai serta 123 juta perkongsian.
Pada mulanya eksperimen itu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang juga seorang pelakon bernama Anano dipakaikan dengan pakaian yang elok dan berdiri dikhalayak ramai. Eksperimen ini diadakan di Tbilisi, Ibu negara Georgia. Tidak mengambil masa yang lama untuk orang ramai mula memberi perhatian dan mendekatinya bertanya adakah dia sesat. Setelah itu, senario ditukar, kali ini Anano dipakaikan dengan pakaian seolah-olah dia adalah seorang kanak-kanak gelandangan dengan pakaian kotor, kesan-kesan kotor pada muka dan rambut. Kali ini kita boleh melihat tiada seorang pun yang berhenti dan memberi perhatian walaupun dia berada di tempat yang sama pada senario sebelumnya. Eksperimen diulangi lagi di sebuah restoran dan hasilnya tetap sama. Orang ramai kelihatan mengalihkan beg mereka apabila "gelandangan" itu mendekati mereka seakan-akan dia seorang penyeluk saku. Lebih teruk lagi, seorang lelaki dalam restoran tersebut memanggil pekerja retoran untuk menghalau dia keluar. Tidak dapat menahan rasa sebak, sedih dan tertekan diperlakukan sebegitu, pelakon kanak-kanak itu secara emosi terus melulu keluar sambil menangis dari restoran berkenaan. Mendengar kata-kata dari kanak-kanak itu walaupun dia hanya sekadar berlakon sebagai seorang budak gelandangan seakan-akan merasa dan mengerti apakan perasaan kanak-kanak gelandangan sebenar. Bukannya rakyat kita hari ini tidak ingin membantu mereka, tetapi lambakan agen yang mengupah mereka untuk melakukan aktiviti tersebut membuatkan ramai yang tidak percaya dengan anak gendalangan ini. Mungkin pihak Kebajikan Masyarakat perlu membuat pantauan yang lebih dan mengesan anak-anak gendalangan ini dari mana datangnya mereka. Itu lebih banyak membantu. - CARI Infonet |
36
Bagus |
15
Marah |
34
Terkejut |
16
Sedih |
21
Lawak |
44
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 30-6-2016 10:46 PM
Penampilan banyak mempengaruhi keadaan dan layanan yang diberikan tak kira dia seorang kanak2 atau o ...
Andyscenes replied at 30-6-2016 09:41 PM
aku jumpa budak kat masjid india, tnya nama sekor pun xjwb. x reti ckp melayu. kau rasa?
shi_jewel replied at 1-7-2016 10:34 AM
kalau iols...iols akan blnja diorang makan.
teringat 2/3 minggu lepas..uncle cina (rasanya dibuan ...
krustykrab replied at 1-7-2016 11:29 AM
iolls teringin nk buat camtu, tp kadang rasa cam malu takut org tu campak kat iolls balik ke
shi_jewel replied at 1-7-2016 10:34 AM
kalau iols...iols akan blnja diorang makan.
teringat 2/3 minggu lepas..uncle cina (rasanya dibuan ...
hest replied at 1-7-2016 09:54 AM
masalah kat kl tu ramai yang rohingya..
aku kalau datang dorang nak duit. aku tanya mak ayah m ...
shi_jewel replied at 1-7-2016 10:34 AM
kalau iols...iols akan blnja diorang makan.
teringat 2/3 minggu lepas..uncle cina (rasanya dibuan ...
Andyscenes replied at 1-7-2016 04:35 PM
apa kata kita buat NGO, buat kerjasama ngn JKM, sama2 selamatkn dorg. peminta sedekah ni, makin la ...
AMDTurion replied at 16-7-2016 10:41 AM
JKM tu goverment punyalah tuh.....
alasan dr JKM mesti diorg nak tunggu laporan baru bertindak. ...
ADVERTISEMENT