CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tips Buang Bulu Atas Bibir Sempena Raya Untuk "Gadis Bermisai"

5-7-2016 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10559| Komen: 22


Oleh : Dean BZ


Jangan ingat lelaki je ada misai, perempuan pun kadang-kadang ada yang mempunyai bulu halus yang lebat disekitar atas bibir. Mungkin kerana faktor keturunan atau genetik.


Sudah tentu kehadiran bulu-bulu halus ditempat yang sangat ketara dapat dilihat oleh orang ramai membuatkan perempuan hilang keyakinan dan malu.

Gambar hiasan.


Jika anda merupakan salah seorang dari perempuan yang mempunyai "keistimewaan" ini, usah risau seandainya anda tidak gemar dengan bulu-bulu itu, bolehlah ikuti cara-cara dibawah ini untuk membuang bulu. 

Dipercayai pertumbuhan semula bulu-bulu halus akan lebih lambat selepas menggunakan cara ini. Atau lebih bertuah, bulu-bulu tersebut tidak akan pernah muncul lagi selepas menggunakan cara dibawah.




#1 Serbuk Kunyit
Campurkan dua camca teh serbuk kunyit bersama dua camca teh susu segar. Gaul sebati sehingga menjadi pes, lalu sapukan terus ke bahagian atas bibir yang berbulu itu.

Setelah kering, bilas dengan air bersih. Harus diingatkan, kunyit bakal meninggalkan warna pada kulit anda, jadi cubalah pada bahagian kulit yang lain sebelum anda meletakkanya pada bahagian kulit atas bibir.

#2 Tepung Kosong
Konsepnya sama seperti serbuk kunyit tadi. Anda perlu membuat pes menggunakan tepung biasa bersama susu. Jika mahu, anda boleh tambahkan serbuk kunyit.

Urut bancuhan di kawasan atas bibir. Biarkan ia kering. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut.

#3 Gula + Lemon
Fungsinya sama dengan proses pengelupasan. Bahkan cara ini dapat bantu mencerah kulit serta melembutkan rambut-rambut halus berkenaan agar ianya mudah gugur.

Anda perlu hangatkan gula di dalam kuali, setelah itu tambahkan pula jus lemon untuk menghasilkan cecair yang likat.

Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.

Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).

#4 Putih Telur
Penulis pasti, di rumah anda mesti ada telur ayam lebih. Ini cara senang untuk anda buang ‘misai’ secara ringkas.

Campurkan tepung jagung dan gula bersama putih telur untuk dijadikan pes.

Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.

#5 Topeng Pengelupasan Gelatin
Mask ini bukan sahaja berkesan untuk menarik keluar semua rambut-rambut halus yang ada di bahagian atas bibir malah diserata tubuh anda tahu?

Campurkan serbuk gelatin yang boleh anda beli dari mana-mana kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek mahupun di pasaraya bersama susu dan beberapa titis jus lemon. Hangatkan ia sebentar di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).

Sapukan pes di bahagian yang berbulu. Tunggu selama 5 minit sebelum anda mengupas ia seperti “peel of mask”. Cuci dengan air suam untuk bersihkan sisa gelatin yang tertinggal.

#6 Skrub Madu & Aprikot
Proses pengelupasan ini dapat menghakis sel kulit mati yang tersisa pada permukaan kulit di samping membuatkan kulit anda halus dan mulus. Namun, sedikit sebanyak ia juga dapat bantu menghilangkan bulu-bulu halus.

Campurkan buah aprikot kering bersama madu.

Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit.

Dengan lembut, skrub keseluruhan wajah dengan gerakan membulat terutamanya di tempat yang berbulu.

Bilas dengan air suam. Siap!

#7 Minyak Tea Tree & Lavender
Campurkan beberapa titis minyak pati Lavender bersama beberapa lagi titis minyak Tea Tree.

Sapukan campuran minyak di tempat yang berkenaan menggunakan bebola kapas sebanyak 3 kali sehari.

Dalam beberapa bulan Insha Allah, anda bakal mendapat hasil yang anda idamkan. Semakin lama, bulu-bulu halus itu semakin berkurang dan hilang (gugur dengan sendirinya).


Terdapat 7 cara yang anda boleh pilih sebelum hari raya nanti. Jom tampil cantik dan lebih yakin tanpa misai. Selamat mencuba! - CARI



Sumber: Wanista
8

Bagus
1

Marah
10

Terkejut
3

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikPuanNor 5-7-2016 05:05 PM
iols pakai benang (threading) perit juga tapi lebih okey la dari cukur. Kalau sapu2 macam kat atas tu, tak pernah try pulak
Quote Andyscenes 7-7-2016 09:26 PM
aku lelaki boleh x buat cara ni? rimas nk potong misai hari2
Quote misscendol 7-7-2016 11:25 PM
Kalau x obvious better xyah. Sbb once dah start cukur mmg akan bertambah lobat
Quote turboturtle 9-7-2016 06:32 PM
Pernah jumpa pompuan berjanggut, ngeri
Quote SuRiaGreeNz 11-7-2016 11:02 AM


evelin ni sapa pernah try?? ok x?
Quote certiorari 12-7-2016 02:02 AM
My friend rajin gi Benefit Brow Bar...kat shopping malls tu...takyah buat sendiri...buat yg malas lah...hehehe
Quote NOWORD 12-7-2016 05:15 AM
Pakai benang sakit.kena cari org yg betul2 pandai buat baru muka licin.sebelum tarik dgn benang tepek bedak cap amoi.
Quote iloveyou 12-7-2016 03:12 PM
i guna wax strips je .. ada jual kt watsons/guardian .. x suka threading, seksa tgk, i prefer wax utk buang bulu2, eyebrow pun hehe

klu malas, p je trus benefit bar counter or salon yg ada service wax-wax services yg murah & affordable bg iols
Quote fofuler 14-7-2016 04:53 PM
iloveyou replied at 12-7-2016 03:12 PM
i guna wax strips je .. ada jual kt watsons/guardian .. x suka threading, seksa tgk, i prefer wax ut ...

Normally kalau pegi benefit brow bar tu berapa rate dia? Macam mahal je. Aku selalu thread eyebrow dengan upper lip baru 11 ringgit je every two months
Quote iloveyou 14-7-2016 05:31 PM
fofuler replied at 14-7-2016 04:53 PM
Normally kalau pegi benefit brow bar tu berapa rate dia? Macam mahal je. Aku selalu thread eyebrow ...

mahal .. i prefer wax eyebrow kt situ, coz x jumpa lg yg provide service tu, lagipun i suka staff situ buat .. sbb ada kenal satu staff benefit. dgn dia je i buat .. ngn org lain i x confident

Quote fofuler 14-7-2016 05:44 PM
iloveyou replied at 14-7-2016 05:31 PM
mahal .. i prefer wax eyebrow kt situ, coz x jumpa lg yg provide service tu, lagipun i suka staff  ...

Oo okay nak try lah someday, kumpul duit dulu. Thanks  
Quote mbhcsf 14-7-2016 07:36 PM
just make sure not polycystic ovarian syndrome
Quote green~tea 14-7-2016 08:39 PM
Wax je la kat kedai.. Konpem xlebat pun kalo tumbuh balik & lama gak baru tumbuh balik
Quote iloveyou 15-7-2016 08:48 AM
fofuler replied at 14-7-2016 05:44 PM
Oo okay nak try lah someday, kumpul duit dulu. Thanks

wax eyebrow dlm RM50++ i xpenah wax eyebrow saja, selalu skali dgn upper lip, total RM75 kot. i x ingt .. rutin setiap 2 bulan. within 2 months bru bulu full tumbuh balik

Quote fofuler 15-7-2016 09:00 AM
iloveyou replied at 15-7-2016 08:48 AM
wax eyebrow dlm RM50++ i xpenah wax eyebrow saja, selalu skali dgn upper lip, total RM75 kot. i x  ...

Oh my mahalnya. 5 kali ganda dari apa yang aku bayar sekarang. Selalu buat kat brow bar mana?
Quote iloveyou 15-7-2016 09:54 AM
fofuler replied at 15-7-2016 09:00 AM
Oh my mahalnya. 5 kali ganda dari apa yang aku bayar sekarang. Selalu buat kat brow bar mana?

bubblegumwax (yg i ada attach link kt atas tu) murahhh, upper lips RM9
so ingt nk cuba kt situ since dekat ngn rumah
alternative lain utk upper lips, guna wax strips yg jual kt pharmacy,
tp utk eyebrow, still x jumpa lagi kt mana ada buat.

Quote fofuler 15-7-2016 11:25 AM
iloveyou replied at 15-7-2016 09:54 AM
bubblegumwax (yg i ada attach link kt atas tu) murahhh, upper lips RM9
so ingt nk cuba kt situ si ...

Macam best je bubblegumwax tu. Ada service lain juga, nice. Harga pun not bad utk service dia. Gotta try this out very soon, thanks for the recommendation
Quote shin_ah81 16-7-2016 12:25 AM
iloveyou replied at 12-7-2016 03:12 PM
i guna wax strips je .. ada jual kt watsons/guardian .. x suka threading, seksa tgk, i prefer wax ut ...

Ohh ada jual ekkk.. kalau guna, agak2 tahan berapa hari nak tumbuh balik? Nak wax kat tempat selain muka.
Ingat nak try yang dian punya tu tapi x sure sbb tengah cari yang blh pakai banyak kali last2 tak tumbuh langsung
Quote hareeeesah 19-7-2016 09:55 PM
paling tak suka guna wax,sebab ada yang residue melekit tu. Tapi kalau yhreading dapat yang ganas, sakit melampau pulak.

Kalau guuna cara alternatif ni, lambat sikitlahkesannya.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.266622 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top