Oleh : TS LOO
Awal pagi tadi, pertembungan dua gergasi bola sepak Eropah iaitu Perancis dan Jerman menyaksikan aksi menarik sejak sepak mula apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan corak permainan pantas. Perancis akhirnya berjaya menghancurkan impian Jerman untuk mara ke perlawanan akhir Euro 2016 menerusi dua gol Antoine Griezmann di Stade Velodrome.
Meskipun Jerman memiliki lebih banyak peluang untuk membuka tirai jaringan menerusi percubaan Thomas Muller dan Emre Can, pasukan tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan pada waktu kecederaan separuh masa pertama. Kesilapan kapten Jerman, Bastian Schweinsteiger menampan bola menggunakan tangan menyebabkan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Griezmann. Babak kedua menyaksikan Jerman melancarkan serangan bertali-arus untuk mencari gol penyamaan tetapi Griezmann sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-72 selepas barisan pertahanan lawan melakukan kesilapan. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan Perancis akan bertemu Portugal di perlawanan akhir pada 11 Julai ini.- CARI sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/ sumber : www.dailymail.co.uk |
9
Bagus |
9
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT