Oleh : Dean BZ
Perwatakan dan sikap antara lelaki dan wanita sudah tentunya berbeza walaupun mungkin ada segelintir yang mempunyai sifat-sifat yang berlawanan dengan gender. Sebagai wanita yang sedang mencari pasangan atau merancang untuk berkahwin, sangat penting untuk anda mengetahui apa yang disukai dan apa yang kurang digemari oleh kebanyakan golongan lelaki. Berikut merupakan antara perkara-perkara yang kurang digemari oleh lelaki, walaupun bukan semua dalam kalangan lelaki yang tidak suka tetapi majority mengatakan YES I DON'T LIKE IT. 1. Menonton Drama Bersiri yang Romantik Kebanyakan lelaki kurang berminat untuk menonton drama bersiri lebih – lebih lagi cerita yang romantik, kalau anime bolehlah. Kebanyakan perempuan amat suka menonton cerita yang berunsurkan romantic atau percintaan lebih-lebih lagi cerita Korea.
2. Membaca Novel Romantis Perempuan mempunyai sifat kelembutan yang lebih besar dibanding lelaki sehingga dia minat membaca novel romantis atau mendengar lagu - lagu cinta. Namun kebanyakan lelaki lebih suka membaca buku yang penuh aksi dan pertarungan seperti komik ( lebih kepada gambar, senang nak faham. 3. Bergosip Sebenarnya perempuan dan lelaki suka membicarakan hal orang lain ketika sedang berkumpul dengan teman-teman. Namun, tidak semua lelaki sedemikian, kalau berkumpul dengan kawan-kawan pun mesti bercerita mengenai perkara-perkara yang lebih kepada hobi. Sebaliknya wanita pula suka bercerita mengenai orang lain tanpa tahu kepastiannya. 4. Ambil Berat Penampilan Sebahagian besar lelaki tidak terlalu mengutamakan penampilan. Pakai kemeja, seluar panjang dan mungkin jam tangan sebagai aksesori itu sudah memadai. Sedangkan bagi perempuan, penampilan adalah segalanya kerana senang dipuji sehingga mereka menghabiskan waktu cukup lama untuk bersiap. 5. Bermain Bersama Anak Kecil Perempuan memiliki naluri keibuan sehingga mudah bagi mereka mendekatkan diri dengan anak kecil. Sedangkan lelaki umumnya kurang minat bergaul dengan anak-anak. Lelaki kurang suka bermain, memanjakan anak, kerana mereka tidak ingin memperlihatkan sifat kelembutannya. Penting ke nak tahu lelaki suka ke tidak? kisah? Ya sememangnya anda perlu kisah jika anda benar-benar cinta kan seseorang. Anda perlu tahu apa yang disukai dan kurang digemari olehnya. Bila dah tahu perkara-perkara yang kurang digemari, janganlah terlalu "over" membuat apa yang tidak disukai oleh golongan ini hingga mereka rasa terabai. Contohnya make up sampai berjam-jam dan 24 jam mengumpat saja. - CARI |
ADVERTISEMENT