oleh AdibZa Memang seksa rasanya bila jerawat banyak tumbuh di bahagian tertutup terutamanya punggung, betul tak ladies?
Bukan sahaja menyebabkan penampilan terjejas, rasa keyakinan diri juga makin merudum. Tak mengapa, apa kata cuba tips ini, moga-moga menjadi solusi kepada masalah jerawat di punggung. 1. Gunakan scrub atau lulur bagi membersihkan kulit pada bahagian punggung. Ini membantu sel kulit mati disingkirkan. Jangan gosok terlalu keras untuk mengelakkan iritasi pada kulit. 2. Selepas kulit di zon tersebut dibersihkan, oleskan minyak tea tree untuk memberi kelembapan. Selain itu, ia mampu menghapuskan kuman penyebab jerawat.
3. Gunakan pakaian yang dapat menyerap peluh dengan baik. Ini kerana peluh bercampur kotoran boleh menyebabkan kegatalan, iritasi dan jerawat. - CARI |
ADVERTISEMENT