CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Dewasa Tidak Terkecuali Dijangkiti Difteria- Datuk Dr Noor Hisham

18-7-2016 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10975| Komen: 80

Oleh : TS LOO



Seorang suri rumah berumur 41 tahun disahkan dijangkiti difteria pada16 Julai lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ini adalah kes sporadik (terpencil) dan pesakit dalam keadaan stabil. 

Bagaimana pun, tegas beliau orang dewasa juga tidak terkecuali daripada dijangkiti difteria.

Sebanyak 15 kes difteria, termasuk lima kematian, direkodkan di negara ini sehingga hari ini. 

Pecahan kes mengikut negeri menunjukkan Melaka mencatatkan tiga kes dengan satu kematian, Kedah tujuh kes dengan satu kematian, Sabah empat kes dengan tiga kematian, dan Negeri Sembilan satu kes.- CARI




Sumber : http://www.bharian.com.my/


21

Bagus
10

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
34

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 18-7-2016 09:35 AM
FC suka thread seperti ini ..

tapi alangkah lebih bagus sekira nya wartawan Cari selain dari mengambil berita dari media berita lain ( Sumber : http://www.bharian.com.my/ ) ,
boleh tambah lagi sendiri :

- apa itu Difteria
- cara mencegah
- symptom-symptom
- alternatif untuk merawat


Quote FanTasyCreaTioN 18-7-2016 09:40 AM
Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae.

Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 hingga 50 peratus.

Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b).

Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan.

Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.

Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan.

Ibubapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap.

Ia merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang. - MalaysiaGazette


Quote FanTasyCreaTioN 18-7-2016 09:43 AM
Tanda-tanda dan Gejala Penyakit Difteri

   Ada membran tebal warna abu yang melapisi tekak dan tonsil (ciri khas)
    Sakit tekak dan suara serak
    Sakit ketika menelan
    Kelenjar di leher membengkak
    Kesukaran bernafas dan nafas cepat
    Keluar cairan dari hidung
    Demam dan menggigil
    Malaise
    Kanak-kanak tidak mahu bercakap
    Batuk-batuk
    Sakit kepala serta keluar air mata

Quote FanTasyCreaTioN 18-7-2016 09:45 AM
Langkah-langkah Pencegahan Difteria

   Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
    Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
    Banyakkan minum air, jangan minum produk tenusu
    Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
    Rehat secukupnya
    Elak dari menghirup udara yang kotor
    Elak dari bakteria
    Amalkan minum madu/air asam jawa
    Jangan minum minuman berkafien
    Jauhi minuman yang beralkohol



Quote FanTasyCreaTioN 18-7-2016 09:47 AM
Rawatan bagi penyakit ini termasuk anti-toksin difteria yang melemahkan toksik dan antibiotik Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin.

Umumnya Difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Radang tekak atau pharyngitis, adalah suatu penyakit radang yang menyerang batang tekak.

Penyakit yang kerap disebut radang tenggorok itu ditandai dengan adanya penebalan/pembengkakan dinding tekak, berwarna kemerahan, ada bintik-bintik putih, disertai rasa sakit menelan.


Quote FanTasyCreaTioN 18-7-2016 09:49 AM
Bagaimana terjangkit ?

Ia dijangkiti daripada seorang individu kepada individu yang lain. Cecair dari rongga pernafasan (respiratory droplet) yang dipindah melalui batuk dan bersin akan membolehkan kuman bakteria ini merebak. Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan objek yang telah dicemar dengan cecair yang mengandungi kuman tersebut.

Penyakit ini boleh dikesan melalui sampel cecair yang diambil di tekak.
Quote zeed 18-7-2016 09:51 AM
Thank u anti vacc...banyak dah penyakit pelik2 muncul kembali..tak lupa juga pendatang haram yg tak dpt imunisasi di negara sendiri..menyusahkan org je..
Quote chazey 18-7-2016 09:59 AM
zeed replied at 18-7-2016 09:51 AM
Thank u anti vacc...banyak dah penyakit pelik2 muncul kembali..tak lupa juga pendatang haram yg tak  ...

Ai ada tanya dokter, menurut heol yang kes kat Sabah tu semuanya pendatang.
Quote zeed 18-7-2016 10:08 AM
chazey replied at 18-7-2016 09:59 AM
Ai ada tanya dokter, menurut heol yang kes kat Sabah tu semuanya pendatang.

Mmg..sebab tu meols benci dgn depa..
Quote zulka 18-7-2016 10:10 AM
FanTasyCreaTioN replied at 18-7-2016 09:49 AM
Bagaimana terjangkit ?

Ia dijangkiti daripada seorang individu kepada individu yang lain. Cecair  ...

tq atas info yg diberikan....
sangat berguna
Quote iznanaziz 18-7-2016 10:15 AM
zulka replied at 18-7-2016 10:10 AM
tq atas info yg diberikan....
sangat berguna

ha ah.
masa kita baca posting yg pertama, kita pun tertanya2
penyakit apa ni ya?
apa punca?

tgk2 dah ada dlm posting kedua

terima kasih sesangat.
Quote lazim 18-7-2016 10:26 AM
dulu aku selalu kena tonsil bengkak sampai xleh bernafas. siap berlmbt2 g sepital klinik .. tkut kena operate. pasni x brni dh la, tkut penyakit lain tros mati
Quote Simunggu 18-7-2016 10:31 AM
moral of the story ikut arahan kerajaan...bawa kanak kanak ambil imunisasi...jangan melawan tak nak bagi anak imunisasi...

tapi di UK mcm mereka dah tak ambil imunisasi utk bayi mungkin sana kurang penyakit berjangkit kot..
Quote azimodin 18-7-2016 10:54 AM
Disebabkan kes difteria ni sanggup aku berdiri berjam-jam kat klinik kerjaan. Sebelum ni aku gi swata tapi bila call dorang ckp stock xde. nampaknya bekalan stock vaksin 18bulan belum stabil.
Quote mokcikKSKB 18-7-2016 11:13 AM
org tua pon bolehlah amik booster difteria ni..nak2 yg keja kat taska daycare kindie...korang dh x immune sgt dah sbb after 10 years dr last dose...
jgn nk sebok salah menyalah org dah....amik precaution hokeh.
Quote FanTasyCreaTioN 18-7-2016 11:21 AM
zulka replied at 18-7-2016 10:10 AM
tq atas info yg diberikan....
sangat berguna
Sesama

sangat suka thread seperti ni
lebih-lebih lagi dengan info-info yang terkumpul dari kengkawan yang mengomen
tak perlu merata tempat nak mencari

Bagaimana difteria boleh menyebabkan kematian ?

Selain daripada menyebabkan kesesakan nafas yang serius, toksin ini boleh diserap ke dalam sistem saluran darah. Ia akan menyebakan kelumpuhan sistem saraf dan serangan otot jantung yang akan membawa maut.

Apakah rawatan untuk difteria ?

Sekiranya pesakit itu mempunyai tanda-tanda penyakit ini, rawatan harus bermula tanpa menunggu keputusan ujian makmal supaya tidak terlambat.

Pesakit dirawat dengan antitoksin untuk menghentikan kerosakan sel oleh toksin kuman ini, dan ubat antibiotik untuk membunuh kuman bakteria ini.


Quote zulka 18-7-2016 11:29 AM
FanTasyCreaTioN replied at 18-7-2016 11:21 AM
Sesama

sangat suka thread seperti ni

anak sy ada simptom difteria ni..
tu yg risau sgt...dah la sorang tu je lelaki

Quote FanTasyCreaTioN 18-7-2016 11:45 AM
zulka replied at 18-7-2016 11:29 AM
anak sy ada simptom difteria ni..
tu yg risau sgt...dah la sorang tu je lelaki
... berat nya dugaan yang abang hadapi ni ..
moga d permudahkan oleh NYA ..
FC doa kan dari kejauhan..moga bukan penyakit tu

seperti yang FC tulis awal tadi
Sekiranya pesakit itu mempunyai tanda-tanda penyakit ini, rawatan harus bermula tanpa menunggu keputusan ujian makmal supaya tidak terlambat.

When the bacteria that cause diphtheria get into and attach to the lining of the respiratory system, which includes parts of the body that help you breathe, they produce a poison (toxin) that can cause:

    Weakness
    Sore throat
    Fever
    Swollen glands in the neck


The poison destroys healthy tissues in the respiratory system. Within two to three days, the dead tissue forms a thick, gray coating that can build up in the throat or nose. This thick gray coating is called a "pseudomembrane." It can cover tissues in the nose, tonsils, voice box, and throat, making it very hard to breathe and swallow.

The poison may also get into the blood stream and cause damage to the heart, kidneys, and nerves.


A child with swollen neck due to diphtheria infection.  

It is important to start treatment right away if a doctor suspects diphtheria and not to wait for laboratory confirmation. In the United States, before there was treatment for diphtheria, up to half of the people who got the disease died from it.

Diphtheria treatment today involves:

    Using diphtheria antitoxin to stop the poison (toxin) produced by the bacteria from damaging the body
    Using medicines (called antibiotics) to kill and get rid of the bacteria


Even with treatment, about 1 out of 10 people who gets diphtheria will die.

Diphtheria patients are usually kept in isolation, until they are no longer contagious — this usually takes about 48 hours after starting antibiotics. After the patient finishes taking the antibiotic, the doctor will run tests to make sure the bacteria are not in the patient’s body anymore.

Abang .. boleh baca lebih lanjut kat sini :
READ MORE


Quote hambaallah1709 18-7-2016 02:26 PM
kes orang dewasa kena jangkitan difteria kat nismilan tu adalah mak budak sekolah saya...
so, sekarang ni 1 family kena kuarantin kat rumah..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.097592 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top