Oleh Izzah Abbasy
Pernah terfikir tak, beli seterika mahal-mahal tapi langsung tak boleh menghilangkan kedutan pada pakaian dengan cepat. Baik beli seterika murah saja kan? Secara tidak langsung ia boleh menambah tekanan kepada para ibu dan si kakak yang memang kerjanya seterika baju anak-anak, si ayah, baju sendiri dan adik-adik. Si bujang lelaki gosok baju tak? Eh, mestilah kan? Hilanglah macho bila kenakan baju yang berkedut, betul tak? Punyalah gosok baju berjam-jam, kedutannya tak juga hilang. Nah, DIY mudah untuk anda semua bagaimana cara paling senang untuk hilangkan kedutan pada baju dengan cepat. Paling bagus, ia menjimatkan eletrik dan masa! Jom ikut cara mudah ini. Sediakan :
Papan seterika Seterika Kepingan aluminium (foil)
Bagaimana caranya : 1. Tanggalkan dahulu sarung papan seterika. 2. Letak kepingan aluminium di atas papan seterika anda dan pastikan bahagian yang berkilat diletak pada permukaan atas. 3. Sarungkan kembali alas atau sarung papan seterika seperti biasa. 4. Panaskan seterika dan mula gosok pakaian seperti biasa. 5. Tahukah anda ketika proses menggosok pakaian ini, akan berlaku pemanasan haba pada permukaan kepingan aluminium. Disebabkan itu, ia membantu menghilangkan kedutan pada kedua-dua belah permukaan baju dengan cepat. Kedutan bahagian belakang pun hilang! Tak perlu susah-susah gosok dibahagian belakang baju dah. Senang kan? Tips mudah ini bantu anda untuk jimat masa dan juga jimat tenaga elektrik. Balik rumah boleh cuba buat, yang penting beli dahulu kepingan aluminium. Yang dah ada, boleh teruskan mencuba! |
10
Bagus |
5
Marah |
12
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT