|
oleh Adib Za Pelakon dan pengarah Jackie Chan kembali lagi dengan filem terbaharunya, Skiptrace.
Filem berbentuk aksi dan komedi ini bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 21 Julai ini, dan diarahkan oleh Renny Harlin. Apa yang menarik tentang filem Skiptrace ini? Seorang detektif dari Hong Kong, Bennie Chan (Jackie Chan) telah menjejaki ketua kumpulan penjenayah paling dikehendaki, Victor Wong selama lebih sedekad.
Malangnya, anak buah kepada Bennie, Samantha (Fan Bing Bing) telah berhadapan masalah besar dengan sindiket Wong tersebut. Ini menyebabkan Bennie terpaksa melibatkan bantuan seorang penjudi dari Amerika iaitu Connor Watts (Johnny Knoxville). Mampukah gabungan Bennie dan Connor menghapuskan penjenayah dan menyelamatkan Samantha? - CARI |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.271445 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.