Oleh : TS LOO
Pemuda PAS tidak perlu terlalu peduli soal seksi atau tidak penyanyi terkenal Selena Gomez yang bakal mengadakan konsert di Malaysia minggu depan. Demikian kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung gesaan pengerusi Biro Dakwah Pemuda PAS menyekat kehadiran Gomez yang boleh “merosakkan akidah, ibadat dan akhlak umat Islam”, selepas menghadiri majlis rumah terbuka Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam. “Seksi adalah ciptaan Tuhan. Apa kita boleh buat? Ia ciptaan Tuhan.” “Ada orang seksi, ada yang tidak seksi. Ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Ia biasa sahaja tetapi jangan terlalu teruja tentang hal itu."
Portal-portal Berita Harian dan Free Malaysia Today, yang memetik laporan Sin Chew Daily, juga melapor kenyataan yang seumpama ini. Memetik laporan portal New Straits Times, beliau berkata adalah wajar sesorang itu menilai lagu dan lirik penyanyi Amerika Syarikat itu — yang dijadual mengadakan konsert “Revival Tour” di stadium tertutup Shah Alam pada 25 Julai ini. Isnin lalu pengerusi Biro Dakwah Pemuda PAS menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengeluarkan kenyataan bantahan atau surat rasmi bagi menyekat kehadiran Gomez, 24, bekas bintang kanak-kanak Disney. Difahamkan, setakat ini permohonan untuk mendapatkan permit bagi penganjuran konsert ini telah diterima oleh MBSA dan permit kelulusan telah pun dikeluarkan.- CARI sumber info: www.themalaymailonline.com
|
5
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
15
Sedih |
19
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Seksi adalah ciptaan Tuhan. Apa kita boleh buat? Ia ciptaan Tuhan.”
namirulmukminin replied at 20-7-2016 11:51 AM
Hohohohho... tunggu la akibat mulut ko ni nanti...
Just wait n see pengakhiran karier politik ...
shernazz replied at 20-7-2016 12:32 PM
selena ni seksi mcmana pon xnampak cm seksi .. haha
ADVERTISEMENT