Oleh : TS LOO Petang tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang media di pejabat Ketua Menteri yang terletak di tingkat 28 bangunan Komtar.
Tujuan sidang media diadakan adalah untuk memberi penjelasan dan maklum balas kepada pihak media samada kerajaan negeri Pulau Pinang akan melakukan pembubaran awal Dewan Undangan Negeri (DUN) Hadir sama di sidang media termasuk Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dari Parti PKR, Ahli Parlimen Kawasn Pantai, Nurul Izzah Anwar dari Parti PKR dan pengarah strategik PKR, Saifuddin.
sumber video : facebook CM Lim Guan Eng Menurut Lim Guan Eng, berikutan buat masa ini, DAP masih tidak dapat memperolehi persetujuan daripada parti komponen lain Pakatan Harapan, maka kerajaan Pulau Pinang tidak akan mengumumkan pembubaran DUN buat sementara waktu ini. Tetapi tegasnya, DAP akan terus berunding dengan parti komponen Pakatan Harapan berhubung perihal tersebut supaya persefahaman dapat dikecapi oleh semua parti komponen Pakatan Harapan. sumber video : facebook CM Lim Guan Eng 4.12pm Selepas sidang media selesai, Lim Guan Eng segera bergegas ke kediaman Yang Dipertua Negeri untuk menghadap Tun Abdul Rahman Abbas. 3.55pm Lim Guan Eng muncul di pejabat ketua menteri! Tegasnya, DAP akan terus berunding dengan semua parti komponen pakatan harapan berhubung perkara pembubaran awal dewan undangan negeri. Sekiranya tidak dapat persetujuan semua parti komponen, dia tidak akan mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri Pulau Pinang. 2.52pm semua media bersiap sedia di pejabat Ketua Menteri, namun Lim Guan Eng tidak kelihatan. 2.30pm Beberapa gambar berkaitan mesyuarat telah dimuat naik di laman facebook rasmi Lim Guan Eng. Menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dari Parti PKR, Ahli Parlimen Kawasn Pantai YB Nurul Izzah Anwar dari Parti PKR dan pengarah strategik PKR, Saifuddin semuanya kelihatan hadir ke mesyuarat terbabit. Khabar angin Pulau Pinang bakal mengadakan pilihanraya mengejut semakin memuncak. Semua ahli jawatankuasa negeri, ahli parlimen dan ahli dalam negeri turut dikatakan menerima makluman bahawa satu mesyuarat tergempar mengenai pilihanraya mengejut akan diadakan di Komtar pada jam 12 tengahari tadi dan kehadiran adalah diwajibkan. Menurut laporan Oriental Daily News, Lim Guan Eng juga akan mengadakan sidang media pada pukul 2.30 petang tadi.- CARI |
14
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
30
Sedih |
11
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT