CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Serangan' 400 Ekor Labi-Labi, Operasi Lapangan Terbang JFK Terjejas!

21-7-2016 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6079| Komen: 14

Oleh : TS LOO



Setiap tahun selepas mengawan, labi-labi yang habitat asalnya di Jamaica Bay akan bertelur dalam tempoh sebulan dengan kemuncak musim itu berlaku pada pertengahan Julai dan kebanyakan haiwan berkenaan bertelur berhampiran lapangan terbang.


sumber foto: https://static01.nyt.com


Susulan itu, sejak bulan ini, kira-kira 400 ekor labi-labi kelihatan muncul di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy. 

Akibatnya operasi penerbangan pesawat termasuk operasi beberapa buah jet penumpang terjejas. 


sumber foto: http://2fa2zo36sbhf4amfvv3dwj3q.wpengine.netdna-cdn.com/


sumber foto: http://farm8.staticflickr.com/


Menurut Ketua Biologi Hidupan Liar Pihak Berkuasa Pengangkutan New York dan New Jersey, setiap benda boleh dianggap berbahaya kepada kapal terbang termasuk labi-labi. 

"Labi-labi yang dikesan berada di kawasan landasan akan diperiksa, diletakkan tanda sebelum dikembalikan ke habitat asal."


Menurut pihak pengurusan lapangan terbang, Lembaga Pengangkutan New York dan New Jersey, labi-labi jenis diamondback terrapin yang boleh hidup di habitat air tawar dan air masin dikesan memasuki kawasan sempadan lapangan terbang yang mempunyai permukaan berpasir untuk bertelur dan membina sarang.

Malah, ada antara reptilia itu merangkak memasuki kawasan landasan dan laluan pesawat sehingga memaksa penerbangan ditunda beberapa minit sementara pekerja mengalihkan haiwan berkenaan.


sumber foto: https://usfwsnortheast.files.wordpress.com/


Tahun lalu, penghadang plastik yang dipasang untuk menghalang labi-labi daripada memasuki kawasan lapangan terbang menemui kegagalan.

Ketika itu, sebanyak 163 ekor labi-labi ditemukan dalam lapangan terbang dengan beberapa ekor dijumpai di kawasan pembinaan landasan.- CARI 




Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khairul88hazwan 21-7-2016 06:39 PM
Labi Oh Labi
Quote kiambang 21-7-2016 10:58 PM
Kalau kat china nie mesti dah pupus..
Quote chichik 22-7-2016 09:08 AM
labu labi
Quote diamondvii 22-7-2016 07:10 PM
kiambang replied at 21-7-2016 10:58 PM
Kalau kat china nie mesti dah pupus..

Takyah tunggu kat china kat sarawak ni pun dh pupus. Makanan exotic ni susah nak dpt. Masak sup sodap ni. Mostly nak makan benda ni nak drive jauh ke kwsn terpencil skit.  
Quote kiambang 22-7-2016 09:20 PM
diamondvii replied at 22-7-2016 07:10 PM
Takyah tunggu kat china kat sarawak ni pun dh pupus. Makanan exotic ni susah nak dpt. Masak sup so ...

Asian suka exotic animals    
Quote Artemesiaa 22-7-2016 11:22 PM
Gigh le pulak tukang ngutipnya bila dah kena serbu cam tu
Quote furbythecat 23-7-2016 01:29 AM
labi labi terbang tinggi..ohh
Quote SuteraPurple 23-7-2016 12:29 PM
dah nak kena berkutip pulak
Quote NOWORD 24-7-2016 04:44 AM
Comel pulak anak labi ni
Quote yayah8989 24-7-2016 02:57 PM
sekali prap kene lanyak
Quote selyusi 24-7-2016 07:00 PM
kenapa diorang tak ternak pastu export ?
Quote misscendol 24-7-2016 11:11 PM
mane lah dtg nye labi2 tu
Quote babynina30 26-7-2016 07:58 AM
Labi2 tu tortoise ke ? Kura2 tak sama ?
Quote aliaa 27-7-2016 03:31 PM
kutip jangan x kutip

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.059758 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top