CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rempuhan Kuil Erawan Bangkok : Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

23-7-2016 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 3163| Komen: 9

Oleh Izzah Abbasy

Sebuah kereta terbabas lalu melanggar melepasi pintu pagar dan merempuh Kuil Erawan Bangkok pada Jumaat.


Sekurang-kurangnya empat orang cedera apabila seorang pemandu yang mengalami sawan merempuh keretanya ke kuil Hindu di sini yang sebelum ini dicemari peristiwa berdarah tahun lalu.


AFP melaporkan, kereta itu gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pintu pagar Kuil Erawan yang pada Ogos tahun lalu menyaksikan 20 orang mati dan ramai lagi cedera dalam serangan bom.


“Ia hanya kemalangan. Seorang wanita mengalami serangan epilepsi sewaktu memandu dan tidak dapat mengawal kenderaannya lalu merempuh kuil tersebut. Empat orang mengalami kecederaan,” ujar komander polis, Pornchai Chalodet.

Kuil yang popular dalam kalangan pelancong Asia Timur itu dipenuhi pengunjung dan penganutnya ketika insiden itu berlaku.

“Pada mulanya kami sangkakan ia adalah serangan bom yang dipasang pada kenderaan. Tapi ada orang disekeliling kami yang sangat tenang hadapi situasi itu,” ujar seorang pelancong dari Vietnam, Kristy, 21.

Mereka yang cedera dilaporkan berasal dari China, Singapura dan Indonesia.

Kredit : Astro Awani
5

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • shasha79


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 23-7-2016 08:12 AM
Keadaan di pekarangan Kuil Erawan selepas sebuah kereta terbabas lalu melanggar melepasi pintu pagarnya. - Foto sumber Twitter Panu Wongcha-um.
Quote GhostWalking 23-7-2016 11:51 AM
Risky dek kalau ada sawan memandu
Quote saladin780 23-7-2016 12:06 PM
Kesiannya..sawan time driving plak tu
Quote GhostWalking 23-7-2016 12:55 PM
saladin780 replied at 23-7-2016 04:06 AM
Kesiannya..sawan time driving plak tu

Ingatkan kes amuk  
Quote Changa 23-7-2016 12:56 PM
Berhala kena cash dek elohim?
Quote AbukRokok 23-7-2016 01:30 PM
ingatkn serangan isis bangla
Quote HazeLJoseph 23-7-2016 01:32 PM
Mengendali kenderaan samada motor,kereta ,lori ,bas mmg bahaya kalau ada sawan , myocardiac infarction,pitam ,pengsan dan segalanya
Quote misscendol 24-7-2016 11:09 PM
macam macam hal
Quote shasha79 26-7-2016 06:10 PM
last year the was bomb! this year someone got epilepsy. probably that area needs to be gated.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.170454 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top