Oleh Izzah Abbasy
Kalau bercuti ke Cameron Highlands pasti tercari-cari hotel yang murah tapi selesa untuk menginap. Maklumlah Cameron Highlands merupakan tumpuan pelancong yang kepingin rasa udara sejuk seperti di luar negara. Tapi, di mana hotel yang 'best' jadi pilihan? Nah, 10 hotel paling 'best' di Cameron Highlands dengan harga bawah RM200. Tapi, perlu diingatkan harga hotel sewaktu musim cuti sekolah mungkin berbeza. A. AREA BRINCHANG 1. Nama Hotel: Snooze Too Url: www.facebook.com/SnoozeCH Harga: Dari RM145 Rekabentuk hotel dengan tema warna-warni. Ada lif, perkhdimatan dobi manual dan akses internet wifi percuma. 2. Nama Hotel: Rosa Passadena Url:hotelrosapsdn.com.my Harga:Dari RM128 Antara hotel bajet terbesar di Brincang. Walaupun bajet, bilik penginapannya selesa dan lokasi yang strategik iaitu di pusat bandar Brinchang. Senang nak pergi jalan-jalan. 3. Nama Hotel: Parkland Express Url: parkland.cameron.com.my Harga: Dari RM159 Hotel dengan lokasi paling strategik dalam kawasan bandar. Dikelilingi kedai-kedai makan, kedai cenderamata, kafe butik dan restoran steamboat-memang sesuai pekena time-time sejuk. Asalnya nama hotel ni Kowloon Hotel. 4. Nama Hotel: Parkland Hotel Url: parkland.cameron.com.my Harga: Dari RM158 Terletak tak jauh dari kembarnya, Parkland Express, apa yang membezakan kedua-duanya ialah Parkland Hotel berkonsepkan hotel butik dengan gaya kontemporari. Dari luar nampak macam bangunan pejabat kecil saja tapi di dalam deretan perabot dan konsep bilik yang ringkas tapi moden benar-benar mengujakan sesiapa saja ke sini. Ada kafe untuk menjamu selera di sebelah ruang resepsi di sini. 5. Nama Hotel: Sri Juliana Villa Emel: [email protected] Harga: Dari RM220 Penginapan stail rumah banglo di lereng bukit dengan sentuhan seni bina Tudor. Memang nampak macam filem-filem Inggeris zaman dulu. Memang mengimbau kenangan silam bila menginap di sini. Paling best, lokasinya yang dekat dengan Taman Agro Pelancongan dan Cactus Valley. Korang yang datang bawak anak-anak untuk di taman macam ini memang sesuai menginap di Sri Juliana Villa. 6. Nama Hotel: Hotel Rainbow Url: www.hotelrainbow.com.my Harga: Dari RM165 Satu lagi hotel sesuai untuk korang yang datang dengan anak-anak. Ada tab mandi, almari pakaian, peti sejuk mini dan akses wifi. Paling best, ia berdekatan dengan gerai-gerai penjaja, kafe, kedai runcit, kedai cenderamata yang boleh anda kunjungi dengan hanya berjalan kaki. B. AREA TANAH RATA 1. Nama Hotel: TM Resort Sri Intan Emel: [email protected] Harga: Dari RM200 Hotel ni sangat sesuai untuk orang kerja gomen atau kakitangan Telekom Malaysia. Sebabnya korang akan dapat diskaun apabila menginap di sini. Kawasan hotel ini tak ramai orang dengan pemandangan luar bandar yang tenang dan mendamaikan. Sesuai untuk suami-isteri yang nak ‘feeling-feeling’ sambil bersantai bersama. 2. Nama Hotel: Jim Thompson Cottage Url: www.thompsoncottage.com Harga: Dari RM150 Klasik, anggun dan mendamaikan. Buat korang yang inginkan suasana seperti dalam filem-filem lama Inggeris dan inginkan privasi bersama keluarga, hotel berkonsep binaan banglow dan garaj ini merupakan pilihan tepat. Lokasinya terletak di puncak bukit berhampiran padang golf dan boleh diakses melalui susur jalan bersebelahan Strawberry Park Resort. Datang dengan famili besar memang best tempat ini sebab ada ruang laman luas dengan pemandangan indah Cameron Hingland yang menakjubkan! Jim Thompson Cottage pernah jadi lokasi pembikinan drama Melayu. Abang Ohsem pernah tengok tapi tak ingat tajuk dia. Yang Abang tahu Intan Ladyana berlakon.Banglow di sini pernah dimiliki peniaga sutera Jim Thompson yang hilang di Cameron Highlands pada tahun 1967. C. AREA BERTAM VALLEY Nama Hotel: Rain Forest Inn Facebook: www.facebook.com/loverainforestinn Harga: Dari RM198 Hotel ini sesuai untuk korang yang berjiwa mencabar dan cintakan alam semula jadi sebab ia terletak dalam kawasan hutan di Lembah Bertam, berhampiran Kampung Orang Asli Menson. Walaupun dalam hutan, pengalaman menginap di sini sangat menarik sebab korang boleh sertai aktiviti treking hutan dan menjejak air terjun yang indah. Walaupun hutan, hotel ini boleh diakses dengan kereta melalui jalan di Ringlet. Sumber : ohmymedia
|
5
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
6
Sedih |
12
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT