Oleh : TS LOO
Syarikat usaha niaga terbaru Jepun, AgIC mencipta sejenis pen penanda yang mengandungi logam perak yang konduktif dan mempunyai dakwat yang mudah kering bagi membolehkan lukisan bersinar. Penanda litar ini membolehkan litar elektrik yang dilukis oleh seseorang pengguna menanggung kuasa arus elektrik sebanyak 100 watt dan boleh menyinarkan perkakas lampu serta menghidupkan motor.
Pada kertas yang mempunyai arus elektrik, pencipta AgIC menunjukkan lukisan beberapa buah bangunan dengan menggunakan penanda litar tersebut, selepas dihidupkan, terhasilnya sebuah pekan berbentuk 3D sekaligus dengan lampu jalanraya dan kereta yang sedang bergerak. Menurut ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut, Shimizu Aoki, " secara tradisi, litar arus elektrik adalah berbentuk pepejal, sangat tebal, tidak mudah dipaparkan pada dinding dan atas lantai. Dengan adanya pen penanda litar kami, anda boleh melukiskannya dengan mudah. " Modal tunggal untuk jenis pen penanda tersebut adalah bernilai AS$ 14.99, sekeping kertas bersaiz A4 yang bernilai AS$37.49. Kempen sokongan melalui pembentukan dana setempat juga akan membantu dalam pembangunan pen pemadam. Shimizi percaya barangan-barangan tersebut akan membantu syarikat usaha niaga yang baru dalam pembangunan prototaip. sumber foto: http://www.japantimes.co.jp/ Gambar di atas menunjukkan sebatang pokok krismas bersinar yang dilukis dengan menggunakan pen penanda litar itu.- CARI |
29
Bagus |
16
Marah |
28
Terkejut |
22
Sedih |
11
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT