Oleh : Dean BZ
Demam aplikasi Pokemon Go sudah melanda dunia sejak ia mula dilancarkan hampir sebulan yang lalu. Apa yang lebih menariknya, seorang trainer bernama Nick Johnson, dari Brooklyn, New York, telah ditaja menjelajah dunia kerana dia telah berjaya menangkap semua 142 watak animasi Pokemon yang boleh ditemui di Amerika Syarikat. Menurut laporan portal CNN, pakar IT berusia 28 tahun itu mengambil masa dua minggu untuk berbuat demikian. Dalam temuramah bersama portal The USA Today, Johnson memberitahu, aplikasi kesihatan di telefonnya menunjukkan dia berjalan sejauh kira-kira 12 kilometer sehari untuk mencari dan menangkap watak-watak animasi tersebut.
Malah, berat badannya juga turun 4 kilogram. Johnson kini bakal memulakan jelajah dunia untuk menangkap banyak lagi watak animasi itu dan lebih menarik, keseluruhan kos perjalanannya ditaja oleh sebuah agensi pelancongan. Kisah Johnson ini mungkin akan menaikkan lagi semangat pemburu-pemburu Pokemon diseluruh dunia. Bak kata pepatah Melayu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Maksudnya jika nasib baik akan mendapat kejayaan jika nasib malang akan mendapat kerugian. Tapi yang terang lagi bersuluh tentang kebaikan dari permainan ini, berat Johnson turun 4 kilogram selama 2 minggu? Mungkin boleh dijadikan juga sebagai diet cepat cara baru untuk sesiapa yang mahukan badan slim. - CARI Sumber - AstroAwani |
9
Bagus |
1
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
1
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Chilliflakes replied at 28-7-2016 05:30 PM
Game ni masuk mesia x?
Chilliflakes replied at 28-7-2016 05:30 PM
Game ni masuk mesia x?
kemaruk replied at 28-7-2016 04:40 PM
Kat carigold, lobai kat sana kata pokekmon go ni ciptaan yahudi.. padahal sah2 dari jepun
ipin replied at 29-7-2016 10:25 AM
sudah ada
ADVERTISEMENT