CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Makanan Dipesan Rupanya Basi, Adakah Salah Pelayan Restoran?

29-7-2016 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9086| Komen: 40

Oleh : TS LOO


sumber foto: suntingan visual dari video



Adakah pekerja yang hantar makanan wajar dipersalahkan sekiranya makanan itu didapati sudah basi? 

Baru-baru ini, tersebar luas sebuah video berdurasi hampir 3 minit di media sosial yang memaparkan terdapat pelanggan di sebuah restoran mamak kelihatan bukan sahaja mengadu daging ayam sudah basi, malah memaksa dua orang pekerja restoran itu makan habis daging ayam tersebut. 

Paparan video tersebut dikatakan telah menimbulkan kecaman hebat di kalangan netizen mengenai tindakan kurang ajar pelanggan berkenaan.

Video tersebut dimuat naik di laman facebook yang berakaun nama 'My Scandal' pada 26hb Julai dan turut tertera tulisan yang menyatakan bahawa video tersebut diambil dari laman facebook seorang lelaki yang bernama Haqeem.





Setelah video berkenaan dikongsi dan dimuat naik di laman facebook pihak lain, ianya sekali gus menimbulkan perbincangan hangat di kalangan netizen. 

Setakat ini, paparan video tersebut telah ditonton dan dikongsi oleh hampir 200 ribu orang. 

Berdasarkan visual yang ditunjukan, dua orang pekerja tersebut kelihatan berdiri di sebelah tepi tempat duduk pelanggan.

Salah seorang pelanggan lelaki perintah pekerja itu hubungi pemilik restoran dan kemudian memaksa kedua-dua pekerja itu makan daging ayam yang sudah basi itu pada ketika itu juga. 
 

sumber foto: suntingan visual dari video


Pada mulanya, pekerja terbabit kelihatan dalam keadaan dipaksa dan enggan makan, tetapi setelah digertak pelanggan terbabit yang berkata: " kalau awak tidak makan, saya akan pukul awak", akhirnya pekerja yang bertopi itu terpaksa akur dan makan satu demi satu daging ayam.

Akan tetapi pelanggan tersebut masih tidak puas hati dan terus sambung perintah seorang lagi pekerja makan habis semua daging ayam itu.

Setelah dikongsi, salah satu laman facebook khas bertanya: " Ini sebenarnya salah siapa? Adakah kesalahan pelanggan yang pilih masakan, atau pun peniaga yang hanya mencari keuntungan?" 

sumber foto: laman facebook 'My Scandal'


Sementara itu, kebanyakan netizen dikatakan mengecam pelanggan yang kelihatan kuat memaki pekerja terbabit. 

Biarpun makanan sudah busuk pun tidak perlu hina dan paksa mereka makan, adalah lebih wajar cakap baik-baik dan minta tukar yang baru. 

Salah seorang netizen berpendapat, pekerja yang hantar makanan sebenarnya tidak salah pun, pelanggan berkenaan seharusnya memaklumkan kepada tukang masak dan pemilik kedai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan. 

Tindakan memaksa kedua-dua pekerja itu makan habis daging ayam yang sudah basi adalah tidak wajar dan melampau.

Harus diingat, permuafakatan membawa berkat!- CARI



sumber info : Laman Facebook 'My Scandal'
12

Bagus
10

Marah
23

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 29-7-2016 01:26 PM
Jadi dia nak cemana...tiap kali sblm waiter antar makanan kat dia, kena rasa dl ke apa?
Xbaik la marah2 paksa org camtu
Quote MamaMima711 29-7-2016 01:32 PM
Sape pelanggan tu?bodoh bangang.pastu rakam konon nk viral mtk simpati ke?last2 kena maki sebab perangai cm haprak.marah tu normal tp x perlu salahkan waiter .dia maybe x tau
Quote jazaa100 29-7-2016 01:34 PM
sukacactus replied at 29-7-2016 01:26 PM
Jadi dia nak cemana...tiap kali sblm waiter antar makanan kat dia, kena rasa dl ke apa?
Xbaik la ma ...

Tu lahhh...

Nampak sgt nk tunjuk samseng.  Bgtau dah busuk dah lah...aku pun pernah kena, mkn rojak ayam....ayam tu memang dah busuk tak blh mkn....aku bgtau je...pastu dia tukar lain...aku tanak...tak lalu aku....bila nk balik  dorang bungkuskn aku rojak sebagai ganti....aku amik & bg kat mat pit yg jaga keta.....takut aku nk mkn kot-kot dia ludah dlm tu....dah lah pekerja restoran tu indon...

Mentang-mentang pekerja tu bangla....nak tunjuk samseng pulak....
Quote Mary_jane 29-7-2016 01:37 PM
Harap kpdnkk siasat pemilik restoran & pekerja kenapa hidangkan pelanggan makanan yang sudah basi?

Dan @kbab51 siasat dua pelanggan sunni yang telah melakukan extortion keatas dua pekerja itu dengan memaksa mereka makan ayam yang basi. Pikir diri tu dewa ke treat orang rupa itu?? ::

Quote fulusss 29-7-2016 01:45 PM
Kawan Ai penah terambik udang galah goreng busuk.. Time die nak kopek tu Ai dah terbau.. Ingatkan ade lori sampah lalu.. Bile kawan Ai nak suap masuk mulut tu boleh pulak die still tak bau.. Masuk mulut baru sedar udang busuk.. Pegi sinki terus termuntah. Time tu makan dengan bos. Bos Ai pun panggil la bos dieorang. Cakap je baik2.. Siap nak bagi ganti tapi kawan Ai tu dah hilang selera..

Kite pun faham.. bukan die sengaja pedajal kite. kalau la setiap makanan tu dieorg sentuh ke bau dulu ke.. jadi kes macam orang jual durian tu pulak..
Quote pooh~key 29-7-2016 01:46 PM
jazaa100 replied at 29-7-2016 01:34 PM
Tu lahhh...

Nampak sgt nk tunjuk samseng.  Bgtau dah busuk dah lah...aku pun pernah kena, mkn r ...

Lalu mat pit tu yg makan ludah?  
Quote pyropura 29-7-2016 01:51 PM
..client tu mesti belongs to one of the following organizations:
1. pemuda umno
2. puak baju merah Jamal lombu
3. pukeyda
4. ali tinju goyang punggong
5. rani Kulop raja repot pulis
6. perkatak

. ...keyword nya: suka pakai OTOT tanpa OTAK...

Quote jazaa100 29-7-2016 01:59 PM
pooh~key replied at 29-7-2016 01:46 PM
Lalu mat pit tu yg makan ludah?

Klu ada ludah lah....

Dari dorang amik makanan kat tong sampah tu....lg kesian...


Quote si-buta 29-7-2016 02:10 PM
Dah banyak kali buat. Sekali ni kantoi. Tapi sepatutnya paksa tukang masak makan. Bukan waiter
Quote milanhawkin 29-7-2016 02:20 PM
patutnya suh le org yg masak tu yg bedal.. waiter ni kan keje nye ngantor makanan jek... hadoila...
tp papepun x baik la nk marah2...ckp elok2 pun ok. melainkan dh byk kali terkena.
Quote drvn182 29-7-2016 02:26 PM
Nk jimat le tu hidang benda semalam
Quote missinpiece 29-7-2016 03:25 PM
Pelanggan tu melampau sgt. Tapi peniaga n pekerja kena sentiasa pantau benda2 camni. Ni kan sumber rzeki dieorg. Dah mcm melepaskan batuk di tangga je
Quote Samm_BM 29-7-2016 03:37 PM
Semalam aku baru makan Naan Cheese Set dekat Kedai Nasi Kandar Kapitan (Lunas).

Makan sedap (boleh la tekat aku terima) tetapi servies out, tukang ambil order siap main phone, ada yang bergurau senda.. Aku tunggu hampir sepuluh minit.. Last sekali aku pergi dekat orang jaga kaunter (incharge), tengah orang berbaris nak bayar aku cakap "Tolong ambil order sat.."

Sebab apa aku buat mcm nie, sebab baru incahrge dia nampak yang budak-budak dia mengular..
Quote berusjamban 29-7-2016 03:51 PM
bodoh stupid malay man... tunjuk kau tuan sgt... ntah2 keje drebar je
Quote saladin780 29-7-2016 04:14 PM
Certain org mmg suka tunjuk lagak marah2 tengking2 cashier..pelayan restoran etc..babi sgt perangai
Quote zackje 29-7-2016 04:15 PM
semua salah bijan sis
Quote mdhelmi 29-7-2016 04:17 PM
"bro, ayam ni macam basi la tolong bg yg lain"
simple
Quote bidacool 29-7-2016 04:20 PM
biasa yg tunjuk hero depan bangla, indon atau PATI ni keje busuk2 je....  kuli batak orang tempatan dan hanya mampu tunjuk terror depan pekerja yg gigih ke mari cari rezeki... depan org local takde hebat manapun...
Quote shielammb 29-7-2016 04:24 PM
adoi,aku pon pernah kena,ikan tak masak berdarah lagi isi dalam dia,jumpa taukeh dia then dia mintak maaf dan gantikan yg baru,tapi sebab aku dh tak de selera nak amik makanan lain so bos dia kasi free je. Senang tak payah nak marah2 bising2 paksa makan bagai dia bukanya tukang masak pon.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 1.005571 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top