CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pokemon Ditemui Di Atas Kaabah, Cemar Kesucian Rumah Ibadah

30-7-2016 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10389| Komen: 45



Oleh : Dean BZ

PAPARAN permainan Pokemon Go menunjukkan karakter yang boleh ditemui di Masjidilharam.


Makkah: Tempat suci Kota Mekah dan kawasan sekitarnya turut tidak terlepas dari menjadi lokasi permainan Pokemon Go yang kian menjadi fenomena baru di seluruh dunia.

Permainan itu dilaporkan menetapkan lokasi pertempuran antara karakter Pokemon di Kaabah dan hadiah juga boleh ditemui di pintu masuk Masjidilharam.

Beberapa pihak berpendapat Pokemon Go mencemarkan kesucian Masjidilharam dan masjid lain kerana ada karakter diletakkan di dalam rumah ibadah dan permainan itu juga boleh mengintip pemainnya.

Ahli Majlis Ulama Arab Saudi, Sheikh Abdullah Al-Munea berkata, Pokemon Go bahaya kepada keselamatan negara kerana ia bertujuan membongkar lokasi rahsia yang dianggap satu penderhakaan di negara itu. Ketika pasukan laman web majlis itu melawat Makkah, mereka menemui antara lokasi pertempuran Pokemon berlaku di atas Kaabah.

Mereka juga mendapati lima jemaah bermain Pokemon Go di kawasan mataf yang baru dan jumlah pemain semakin meningkat. Hadiah dan karakter Pokemon pula boleh ditemui di hadapan beberapa pintu masuk masjid suci berkenaan.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Rayuan yang juga anggota Majlis Syura, Sheikh Issa Al-Ghaith berkata, Pokemon Go tidak haram walaupun karakter Pokemon ditemui di atas Kaabah dan pemainnya bermain tanpa bergerak.

“Secara keseluruhan, saya berpendapat tiada yang haram dalam permainan itu,”
katanya. 


Pokemon Go berjaya memikat hati ramai pengguna aplikasi ini selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat pada 5 Julai lalu. Konsep yang dibawakan di dalam permainan Pokemon Go adalah menangkap dan berinteraksi dengan Pokemon. - CARI



Sumber - Agensi/HarianMetro

14

Bagus
7

Marah
13

Terkejut
23

Sedih
12

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizzzzek 30-7-2016 08:58 AM

mungkin pokemon sudah insaf...
Quote MamaMima711 30-7-2016 09:00 AM
Nk main..main lah tp xyah la kacau tmpt ibadat..xkisah la agama mana2
Quote finesse 30-7-2016 09:00 AM
Hamdalah! Insyaallah lbh ramai jemaah pg ke masjid... moga2 syiar isele terus terpancar terik..

@famri7
Quote famri7 30-7-2016 09:16 AM
finesse replied at 30-7-2016 01:00 AM
Hamdalah! Insyaallah lbh ramai jemaah pg ke masjid... moga2 syiar isele terus terpancar terik..
...

hoiiii lahanat kna pukimon sis..sudah terang benderang pukimon adalah ciptaan games department of mossad dlm usaha menhancurin isle...EHHH tapikan tanah haram x boleh masuk benda2 non moslem nanti terbakar...pokemon boleh jah masuk?? JADINYA POKEMON ADALAH BERUGMA ISLE??

TAKBIRBIBBIBIBIBIIBIBIIBBIBIBIRRRRR
Quote makkaupurple 30-7-2016 09:40 AM
famri7 replied at 30-7-2016 09:16 AM
hoiiii lahanat kna pukimon sis..sudah terang benderang pukimon adalah ciptaan games department of  ...

Komen bodoh dengan kau bagai aur dengan tebing
Quote AbukRokok 30-7-2016 09:43 AM
Adakah sengaja diletakkan atau create randomly?
Quote finesse 30-7-2016 09:44 AM
makkaupurple replied at 30-7-2016 09:40 AM
Komen bodoh dengan kau bagai aur dengan tebing

Sindiran bagaikan aur dan tebing di ci.. jgn sentap cam lelobai blh x.. x ske pi main jejauh   
Quote finesse 30-7-2016 09:47 AM
AbukRokok replied at 30-7-2016 09:43 AM
Adakah sengaja diletakkan atau create randomly?

Bergantung pd geografi... kat padang pasir sesuai la letak burung.. burung menghinggap kat atap bangunan bagai..
Quote AbukRokok 30-7-2016 09:50 AM
finesse replied at 30-7-2016 09:47 AM
Bergantung pd geografi... kat padang pasir sesuai la letak burung.. burung menghinggap kat atap ba ...

developer mmg manually letak ke atau software alghorithmnya yg automatik buat kerja?
mmg dalam 1 kilometer persegi mmg byk la pokemon di merata rata tempat?
Quote jetrofa 30-7-2016 09:51 AM

Haji/Hajah Pokemon bin Go?
Quote makkaupurple 30-7-2016 09:53 AM
finesse replied at 30-7-2016 09:44 AM
Sindiran bagaikan aur dan tebing di ci.. jgn sentap cam lelobai blh x.. x ske pi main jejauh   :lo ...

Sindiran bodoh low class selayaknya dihentam..yang menyokong sindiran bodoh tu pun sama bodoh..aku lepak ci sejak 2007..kau bbnu tau apa
Quote finesse 30-7-2016 10:07 AM
makkaupurple replied at 30-7-2016 09:53 AM
Sindiran bodoh low class selayaknya dihentam..yang menyokong sindiran bodoh tu pun sama bodoh..aku ...

Jgn nak perasan ko sorg la yg otai..  bajet org lama konon..    jgn bodoh membazir masa membalas komen2 yg ko fikir bodoh  gitu..  
Quote finesse 30-7-2016 10:10 AM
AbukRokok replied at 30-7-2016 09:50 AM
developer mmg manually letak ke atau software alghorithmnya yg automatik buat kerja?
mmg dalam 1 ...

Perisiam punya kerja la kot.. x reti sgt ak nak ckp terperinci sgt tp mmg diorg cuba ikut geografi la selagi blh.. lbh kpd kebarangkalian la.. kat kwsn pantai mmg senang nak jumpa pkmn air tp dlm rumah atas kuali pun blh jumpa kalau nasib baik..
Quote alien3d 30-7-2016 10:15 AM
fake. Release pun belum. biasa lah umah jew mau sesatkan .
Quote taikor 30-7-2016 10:28 AM
kalau release kat mdia, dpt spot pokemon2 dlm rumah jibi boleh mintak masuk utk 'tangkap'  
Quote dodolgemok 30-7-2016 10:32 AM
Jrum2 halus yahudi berjaya menembusi rumah ibadah moslem. Ayuh kawan2!
Quote finesse 30-7-2016 10:40 AM
alien3d replied at 30-7-2016 10:15 AM
fake. Release pun belum.  biasa lah umah jew mau sesatkan .

Mmg x release lg tp ereb saudik ni antara negara yg dh x geoblock.. maksudnya blh main guna apk version.. ummah asia jah belum lg..

Hrp bang @dodolgemuk bertabah la ye... hujung2 ummah ereb jgk yg dpt main..
Quote alien3d 30-7-2016 10:56 AM
finesse replied at 30-7-2016 10:40 AM
Mmg x release lg tp ereb saudik ni antara negara yg dh x geoblock.. maksudnya blh main guna apk ve ...

https://www.reddit.com/r/pokemon ... elease_status_asia/
mana mana... jangan caya sangat umah jew 2.. ngaku islam je .. developer dia pun sekarang duk remove sensetive location sampai ada map pun hilang kat us..
Quote Andyscenes 30-7-2016 11:04 AM
pokemon go ni x sesuai dimainkan di kaabah, rumah ALLAH kot, org datang untuk beribadat. tukarlah kat tempat len cth boleh men kat menara jam ke, hotel yg berdekatan ke. hurmmm...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.239487 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top