CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rahsia Kesuburan Disebalik Ukuran Jari-Jari Tangan Lelaki

2-8-2016 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8905| Komen: 5


Oleh : Dean BZ

Gambar Hiasan 


Mungkin ada yang pernah mendengar mitos atau cerita-cerita dari nenek moyang mengenai ukuran jari-jari lelaki dan kaitannya dengan tahap kesuburan seseorang. 

Sekumpulan penyelidik pernah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar).

Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.

Gambar hiasan


Memetik dari artikel Utusan Malaysia keluaran 2014, satu kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan.

Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar. Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.

Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.

Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi.

Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta. Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.

Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya.

Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara.

Mungkin selepas ini ilmu ini boleh dipraktikkan oleh kaum wanita bagi menentukan tahap "kesuburan" teman lelaki, tunang atau suami? Semoga bermanfaat.- CARI.




Sumber rujukan - Utusan.com.my
19

Bagus
17

Marah
14

Terkejut
23

Sedih
32

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 3-8-2016 08:39 AM
konfius sikit
nk cite pasal subur ke saiz ni?
saiz besar xsemestinya subur
saiz kecik xsemestinya xsubur
Quote misscendol 4-8-2016 12:47 AM
aku pon pening bace tajuk dan contentnyer
Quote cikcikebom 15-8-2016 10:45 AM
aku pon pening bace tajuk dan contentnyer
Quote umairah55 17-9-2016 08:49 PM
kihkihkih

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.030931 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top