CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anda Fikir Pekerja Di Jepun Bahagia Dengan Cara Kerja Mereka? Fikirkan Semula

3-8-2016 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6969| Komen: 19

oleh Adib Za

Jika anda berasa terinspirasi dengan cara kerja masyarakat Jepun yang begitu komited dan sentiasa bekerja lebih masa, anda seharusnya berfikir semula. 


Ini kerana pakar percaya terdapat beribu-ribu kematian di kalangan pekerja di sana akibat situasi yang dipanggil 'karoshi' atau kematian disebabkan bekerja terlalu keras, lebih masa. 

Bagaimanapun kes yang dicatatkan secara rasmi hanyalah sebanyak 189 kes. 




Jepun memang terkenal dengan budaya kerja lebih masa dan ia termasuklah masa bersosial dengan superior mahupun bos anda! Lebih teruk, tambahan masa kerja itu bukan dibayar pun. Ya, itulah kenyataan. 


Memetik laman Washington Post, karoshi ini terjadi dalam bentuk serangan jantung, strok mahupun sakit mental. Koji Morioka, profesor dari Kansai University berkata,

"Di tempat kerja di Jepun, kerja lebih masa sentiasa diamalkan, meskipun tidak terdapat dalam jadual kerja, dan tidak dipaksa oleh sesiapa, namun pekerja selalu berasakan ia sesuatu yang wajib."

Jika dahulu karoshi sering berlaku di kalangan lelaki, kini ia semakin membimbangkan bila kaum wanita juga makin ramai yang mati akibat karoshi, malah pada usia 20-an mereka. 

Meskipun di negara tersebut diwujudkan jabatan kerajaan untuk memantau situasi ini, namun Setiausaha Kerajaan, Hiroshi Kawahito berkata usaha dari kerajaan terlalu sedikit. 

"Terdapat banyak kempen dan poster mengenai masalah ini, namun ia hanyalah propaganda. Seharusnya masalah ini diatasi dengan mengurangkan jam bekerja."

Apa pandangan anda dengan situasi ini dan kaitannya dengan cara kerja di Malaysia? - CARI


Sumber: Nextshark.com



Foto: Nextshark

2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
15

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kimchipedas 3-8-2016 01:33 PM
Bisnes sendiri xpe nk keje lbh masa..
Quote Star_el 3-8-2016 02:46 PM
benda yg bagus kita followla, tp budaya kt jepun ni mmg aku tgk cam ekstrem sgt.
Bila tgk dorama, anime, to some extent bila sembang dgn kwn jepun, kekdg aku mcm tak faham kenapa diorang tertekan or constricted sgt utk benda yg pd aku kecik je. Gamaknya hidup stress gini penyebab ramai uncle fans kt group2 akb48, momusu etc
Quote batu_bergolek 3-8-2016 03:06 PM
Budaya jepun ni pelik2. Contohnya walaupun jepun antara negara yg aman, tapi institusi polis jepun antara yg paling banyak gunakan force confession dan dera secara mental untuk suruh suspek mengaku walaupun sebenarnya suspek tu tak bersalah.
Quote Artemesiaa 3-8-2016 04:28 PM
Ni betul2 penat kerja ke sebab mabuk lepas balik karok minum2 lepas kerja.  Kan ke kebanyakan mereka ni akan karok dan minium2 dulu lepas kerja baru balik rumah dah macam satu budaya.
Quote Star_el 3-8-2016 04:35 PM
Artemesiaa replied at 3-8-2016 04:28 PM
Ni betul2 penat kerja ke sebab mabuk lepas balik karok minum2 lepas kerja.  Kan ke kebanyakan mereka ...

Kena keluar dgn superior, wajib k. Walaupun kau takleh minum, dpt org atasan yg pembuli psikopat, dipaksanya minum. Eh aku terlebih tgk jdramakah? Haha tapi mmg betul pun, diorang kena g minum dgn bos tu.
Quote -electrifying- 3-8-2016 05:35 PM
keje skrg pon aku dh xthn wlwpon kena stayback 30mnit
Quote hasniey 3-8-2016 06:00 PM
diorg trpaksa entertain bos g mnum 2-3 round
kalau x, xmerasa la naek pngkat wlaupondh brtahun2 keje

pnat keje,pnat layan bos
mne x stress smpai mati
Quote Lollipop111 3-8-2016 08:16 PM
ini sudah dikira sebagai "EXTREME"... tak elok diikut.

Quote spankee_fili 3-8-2016 10:49 PM
yang si bos tu takde rumah ke untuk balik berehat?
balik rumah mandi dinner ngan family tengok tv baca buku..
banyak menda yang relaxing daripada minum sampai midnite pastu pagi esok nak kerja lagi...
Quote zorrro_03 3-8-2016 11:04 PM
batu_bergolek replied at 3-8-2016 03:06 PM
Budaya jepun ni pelik2. Contohnya walaupun jepun antara negara yg aman, tapi institusi polis jepun a ...

dan itu lah cara mereka kekal dan tingkatkan disiplin rakyat...  kita je rasa tak patut.  

Quote revoc 3-8-2016 11:18 PM
sebab tu wujud nya hikikomori

derg pilih jln tu............x mau ikut role model.............lalu disisihkan..............baik puaskan hati sendiri.............dari ikut kata masyarakat
Quote misscendol 4-8-2016 12:01 AM
Aku sendiri tengok dgn mata kepala aku sendiri org jepon jatuh landasan keretapi. xtau la mabok or penat sgt. nasib baik org jaga keretapi cepat2 bunyikan loceng nak selamatkan mamat tu. takut aku nengoknye. tp org jepon relax je tgk mamat tu. maybe dah terbiase tgk situation mcm tu kat sana. yg penting mamat tu sgt hencem n smart
Quote PongKang 4-8-2016 12:27 AM
mmg ada certain company demanding sgt. tp percayalaj dorg pun mcm org mesia gak ada yg pemalas gak. surf movie time keje gak. yg best kje kt JP ni bonus confirm2 6 bulan contractual. gomen dorg mmg tetapkan. pastu kalo pompuan dpt sehari extra cuti dlm sebulan. ramai colleague aku dlu apply kje kt JP pastu xtahan tukar ke SG or MY or HK. murah sikit kos sara hidup.
Quote batu_bergolek 4-8-2016 12:40 AM
zorrro_03 replied at 3-8-2016 11:04 PM
dan itu lah cara mereka kekal dan tingkatkan disiplin rakyat...  kita je rasa tak patut.

Isu dia, org yg tak bersalah yg kena hukum.
Quote mommymonster82 4-8-2016 06:32 AM
Isu ni pnh me argue ngan bos..
Quote arffa 4-8-2016 04:31 PM
Omg scarynya dengar cara kerja orang jepun ni. stress sesangat kalau aku kerja gitu.
Quote kukukatablog 4-8-2016 05:05 PM
budaya dorang kalo lelaki balik kerja sebelum malam dikira lelaki pemalas...
Quote zorrro_03 4-8-2016 08:06 PM
batu_bergolek replied at 4-8-2016 12:40 AM
Isu dia, org yg tak bersalah yg kena hukum.

pandangan aku lah.  itu sistem mereka.  biarlah mereka teruskan utk kekalkan stabiliti wilayah mereka.  Sebab kalau luar ambil langkah utk ubah mereka, dikhuatiri akan gagal dan rosakkan budaya dan cara mereka.  dan byk juga kita lihat kejahatan pihak yang kononnya nak bantu perbetulkan masyarakat tempatan. atas alasan humanity katanya...


lagi pula rakyat mereka 'gembira'  

so biarkan. melainkan mereka melakukan perlanggaran yg sgt jelas. yg mematikan mass dan ketara sgt.  
Quote Bonda_Aniey 8-9-2016 10:46 AM
Penat sgt gayanya tu... Boleh jem otak ooooo kerja terlalu kuat

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057904 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top