CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ouch Sakit! Ini Dia Tips Elak Sakit Ketika Waxing

3-8-2016 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6172| Komen: 13

oleh Adib Za

Ouch! Masih terasa sakitnya ketika membuat waxing bulu roma yang lalu! Rasa seperti tak mahu lagi membuat waxing kerana sakit yang tak tertanggung.


Nanti dulu, sabar. Jangan cepat putus asa. Banyak cara yang anda boleh aplikasikan untuk mengurangkan kesakitan ketika waxing. 


1. Minum air dengan banyak

Badan dan kulit yang terhidrat menjadi rahsia dan kunci kepada masalah sakit ketika waxing. Ini kerana jika anda memiliki kulit yang lembap di luar, dan minum air dengan banyak untuk dalaman, ia memudahkan sesi mencantas bulu roma. 

Malah anda berasa lebih selesa dan 'enjoy' ketika proses tersebut. 


2. Skrub kulit

Memang penting dan unik tips ini. Sebelum melakukan waxing, anda skrup dahulu atau orang dahulu menyebutnya melulur badan untuk membuat sel kulit mati di sekeliling folikel bulu roma. 

Ia membantu sesi waxing berjalan lebih lancar, mudah dan kurang sakit. 




3. Elakkan waktu haid

Ladies, elakkan ya melakukan waxing dalam seminggu sebelum waktu anda period kerana waktu itu anda berada dalam keadaan ekstra sensitif, maka lebih sakit. 

Lakukan waxing hanya selepas seminggu atau dua minggu period.


4. Penahan sakit

Banyak laman web mencadangkan anda mengambil pil penahan sakit seperti Panadol dalam masa sejam sebelum waxing. 

Ia membantu mengawal kesakitan dan keradangan.




5. Lebih kerap melakukan waxing

Jika anda melakukan waxing dengan konsisten, iaitu sekali dalam masa 4 hingga enam minggu ia membantu mengurangkan rasa sakit untuk setiap sesi seterusnya. 

Ini kerana bulu tumbuh dengan lebih nipis dan lebih mudah dicantas! - CARI 
12

Bagus
18

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misscendol 4-8-2016 12:44 AM
tolong bg tips camne nk bulu lambat tumbuh. kalau xtahan sakit xyah la nk berangan wax
Quote nut.legacy 5-8-2016 04:18 PM
bikini wax yg paling seram sakitnye.. rasa telan panadol pn belum tentu kurang sakit...
Quote zoe1511 5-8-2016 05:02 PM
nut.legacy replied at 5-8-2016 04:18 PM
bikini wax yg paling seram sakitnye.. rasa telan panadol pn belum tentu kurang sakit...

sakit sangat ke chuols? iols berangan nak buat IPL. dah alang2 sakit tu, sakit terus biar lambat bulu tumbuh
Quote iloveyou 5-8-2016 05:16 PM
zoe1511 replied at 5-8-2016 05:02 PM
sakit sangat ke chuols? iols berangan nak buat IPL. dah alang2 sakit tu, sakit terus biar lambat b ...

bubblegumwax selau buat promo waxing.

erkkk teringin nak buat brazilian, tapi tapi serammmm
mampu eyebrow & misai je.

Quote Emperor95 5-8-2016 05:35 PM
Bukankah ada produk macam Veet.
Quote nut.legacy 5-8-2016 06:02 PM
zoe1511 replied at 5-8-2016 09:02 AM
sakit sangat ke chuols? iols berangan nak buat IPL. dah alang2 sakit tu, sakit terus biar lambat b ...

I mmg low pain tolerance.. Hahaha.. Maybe tmpt lain ada teknik yg x bg sakit sgt.. U try la maybe for u ok.. I ada tanam angan2 nk buat lg tp survey je dulu
Quote zoe1511 5-8-2016 06:34 PM
iloveyou replied at 5-8-2016 05:16 PM
bubblegumwax selau buat promo waxing.

erkkk teringin nak buat brazilian, tapi tapi serammmm:lol ...

haah, iols nak buat kat bubblegumwax tu lah. ni dah ada kat ampang memang makin nak buat lah
misai dgn eyebrow iols selalu threading jah
Quote zoe1511 5-8-2016 06:35 PM
nut.legacy replied at 5-8-2016 06:02 PM
I mmg low pain tolerance.. Hahaha.. Maybe tmpt lain ada teknik yg x bg sakit sgt.. U try la maybe  ...

iols penah wax kaki, memula je la sakit, lepas tu cam takde perasaan
Quote sharlenetexas 5-8-2016 07:38 PM
Sape tau brand apa yg ada ingrown hair cream? Rasanya Strip ada kot tapi nk banding dgn brand lain. Sothys tu mahal sgt.
Quote Elle_mujigae 6-8-2016 01:05 AM
waxing mula2 je sakit..lepas tu tak sakit dah...relaks je strip strip pastu dah settle....
nak wax, pastikan area tu betul2 kering....tegangkan sikit kulit area yg nak di wax pastu cabut wax strip berlawanan arah hair growth.....
Quote Elle_mujigae 6-8-2016 01:12 AM
sharlenetexas replied at 5-8-2016 07:38 PM
Sape tau brand apa yg ada ingrown hair cream? Rasanya Strip ada kot tapi nk banding dgn brand lain.  ...

selalu ada ingrown hair lepas wax ke? macam pernah nampak cream ni kat farmasi....tapi tak ingat brand apa...
tips kita baca kat magazine dulu, kena selalu scrub kat area yg di wax untuk elakkan ingrown hair..

kita takde scrub, tapi kita guna bath glove The Body Shop ni sbg ganti scrub..




so far okay bila guna, takde ingrown hair...



Quote iloveyou 7-8-2016 03:59 PM
zoe1511 replied at 5-8-2016 06:35 PM
iols penah wax kaki, memula je la sakit, lepas tu cam takde perasaan

Hahaha betul laaa. Dulu setiap 2 bulan skali wax eyebrow & misai, bila akak tu dh buat, i cm buat je laa, i nk pejam mata nk tido hahahh
Quote generallookp 10-8-2016 09:26 AM
hi boleh layari website ni http://www.lookp.com/malaysia/beauty-centre di sini ada beauty centre yang boleh buat waxing.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.187952 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top