CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara-Cara Membuat Keropok Lekor Sendiri Dirumah

3-8-2016 07:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 46904| Komen: 22


Oleh : Dean BZ


Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional yang berasal dari negeri Terengganu.

Keropok ini diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Untuk merasai keropok yang sedap dan ori, pengunjung perlulah berkunjung ke negeri Terengganu atau boleh cuba sendiri membuat keropok lekor dirumah dengan resepi yang lebih kurang sama seperti keropok lekor di negeri Terengganu.


Bahan-bahan:
- 1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi sahaja dan buang kulit nipis & tulangnya.

- 1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu
- 2 sudu makan tepung gandum 
- Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)


Cara-cara:
1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.

2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tp inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung. So, don't worry!

3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.

4. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dr sukatan td) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk doh yg panjang. .

5. Rebus doh yg sudah dibentuk tadi sehingga masak (timbul ke permukaan air rebusan). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.


Selamat mencuba! - CARI





Kredit Resepi - tipsihatselalu.blogspot.my
65

Bagus
28

Marah
29

Terkejut
13

Sedih
38

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (199 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikNano 3-8-2016 09:35 PM
Ikan tu kene rebus dulu ke??
Quote misscendol 4-8-2016 12:52 AM
sodap ni. love kopok losong
Quote certiorari 4-8-2016 12:30 PM
Sedapnya. TQ for the recipe!
Quote sonya21 4-8-2016 01:09 PM
ikan rebus dulu baru blend ke
Quote sonya21 4-8-2016 01:09 PM
sedapnya...senang je rupanya
Quote FeRRaLie 4-8-2016 01:46 PM
ikon tak yah rebus rasanya..
Quote CARI-HBZ 4-8-2016 03:14 PM
CikNano replied at 3-8-2016 09:35 PM
Ikan tu kene rebus dulu ke??



tak perlu. buang tulang saja dan ambil isi
Quote CARI-HBZ 4-8-2016 03:15 PM
sonya21 replied at 4-8-2016 01:09 PM
ikan rebus dulu baru blend ke



tak perlu rebus. ambil isi sahaja sebab nanti lepas dah siap baru rebus. kemudian sudah rebu rasa nak goreng, boleh goreng
Quote Chilliflakes 4-8-2016 06:20 PM
Penah buat ritu. Tp mcm lembik sgt. Aku tambah tepung. Lembik lg. Aku tambah lg tepung. Last2 jd kenyal plak kopok tu.
Quote 513172 6-8-2016 09:02 AM
kopok leko kat seberang takir tu the best..kalau jauh bole la nak buat , tapi rase mesti lari byk
Quote cikcikebom 9-8-2016 10:26 AM
sedapnya...
Quote Rorra 9-8-2016 02:31 PM
Nak cuba buatlah esok
Quote kotinpo 11-8-2016 08:32 AM
Sdap pulak tgk.. Ptg nant nak g cari lahh..
Quote @chik 26-8-2016 10:04 PM
Senang je buat...
Quote ana 30-8-2016 03:14 PM
sng je buat rupanya..kna try ni
Quote marymiller411 6-6-2018 04:52 PM
kopok leko kat seberang takir tu the best..kalau jauh bole la nak buat , tapi rase mesti lari byk
combat reloaded
Quote ibuq 6-2-2019 05:48 PM
Sedapnya...Terima kasih BG resepi
Quote leogirl8902 18-2-2019 03:26 PM
dah buat. keras.. kenapa ya?
Quote aurorayasmeen 20-2-2019 12:47 AM
Aku suke goreng terus lps gentel..xpyh rebus

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.137884 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top