Oleh Izzah Abbasy
Memakai bulu mata palsu pasti mengambil masa yang lama sehinggakan adakalanya mudah tercabut. Bagaimana ingin dapatkan bulu mata yang kelihatan asli tanpa menggunakan bulu mata palsu dan sebarang pembedahan? Hanya menggunakan teknik penyambungan bulu mata, mata anda tampak lebih ranggi dengan lentikan bulu mata menawan. Penjagaan Penjagaan bulu mata selepas membuat teknik penyambungan adalah mudah. Bebas untuk menggunakan pembayang mata dalam warna kegemaran. Bagi menanggalkannya, hanya perlu gunakan penanggal solekan berasaskan gel atau air supaya bulu mata yang disambung mampu bertahan lebih lama. Mengikut catatan sejarah menunjukkan laporan yang dibuat pada tahun 1882 oleh Henry Labouchère dalam jurnalnya yang bertajuk Henry Labouchère of Truth bahawa masyarakat Parsi dahulukala telah mula mengaplikasikan kaedah penyambungan bulu mata dengan cara menjahit bahagian rambut pada kelopak mata. Kemudian, pada tahun 1911, bulu mata palsu pertama telah dipatenkan di Amerika Syarikat oleh wanita Kanada bernama Anna Taylor. Praktikal Bulu mata tersebut diperbuat daripada bahan sintetik. Ia terdapat dalam pelbagai lengkungan, ketebalan, panjang dan jenis berbeza sama ada untuk penggayaan semula jadi, glamor atau dramatik. Antara ‘pantang’ yang harus dipatuhi supaya ia tahan lebih lama ialah tidak boleh menyelam terlalu lama, menggunakan maskara, penanggal solekan berasaskan minyak serta air yang terlalu panas. Salun The Hair Tric & Lashility menawarkan tiga pilihan penyambungan bulu mata iaitu Pandora 3D, Aurora 6D dan Novaria 9D. Bagi mereka yang inginkan kesan semula jadi seolah-olah tidak memakai mekap bolehlah mencuba Pandora 3D yang diinspirasikan daripada teknik solekan mata wanita Korea Selatan. Sementara itu, Aurora 6D pula diilhamkan daripada teknik solekan mata anak patung Barbie wanita Jepun yang bulat dan galak. Tidak terkecuali pilihan Novaria 9D terjemahan efek bulu mata galak wanita Rusia. Hasilnya, mata bukan sahaja lebih galak, hitam dan memukau, malah, bulu mata juga terlihat lebih lebat dan panjang. Teknik ini selalunya diaplikasikan oleh bakal pengantin atau mereka yang inginkan kesan lebih dramatik. Anda boleh memilih panjang bulu mata dan lengkungan yang diingini. Setiap satunya pula memiliki ketebalan 0.15 milimeter. Mudah kan? Boleh cuba untuk memiliki bulu mata yang menawan tanpa memakai bulu mata palsu. - CARI Infonet Sumber : Kosmo Online
|
24
![]() Bagus |
5
![]() Marah |
9
![]() Terkejut |
11
![]() Sedih |
11
![]() Lawak |
6
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT