Desas desus yang mengatakan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuka parti baru selepas dipecat dari Umno akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Dalam tulisan di Facebook, Muhyiddin berkata satu mesyuarat telah diadakan di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.
"Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan parti baru ini keada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dalam masa terdekat. "Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya. Muhyiddin turut berkongsi beberapa keping gambar di mesyuarat itu yang dihadiri oleh Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah dan bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin. Parti baharu yang bakal ditubuh ini akan diketuai oleh Muhyiddin sebagai presiden, Tun Dr Mahathir sebagai penasihat manakala 7 lagi akan menjadi kumpulan ahli pertama parti antaranya adalah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; aktivis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Ainina Saaduddin; Ketua Umno Cawangan Telok Kemang yang dipecat, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak lelaki kepada veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid Difahamkan dokumen pendaftaran akan dikemukakan esok. - CARI Sumber - Malaysiakini |
15
Bagus |
16
Marah |
15
Terkejut |
11
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.
chinta89 replied at 4-8-2016 03:06 PM
mohon komen dari bang jibby sepatah dua..
namirulmukminin replied at 4-8-2016 03:10 PM
Dah kalu lagu ni, kerusi mana lah agaknya Amanah nak betanding ye...
Stingerr replied at 4-8-2016 03:02 PM
Sapeek mempedal mana?
ADVERTISEMENT