CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ikut Cara Lelaki Ini Tempah Hotel 5 Bintang Secara 'Last Minute' Hanya RM5

4-8-2016 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 13350| Komen: 20

Oleh Izzah Abbasy

Ini mesti kes tipu! Mana ada orang tempah hotel semurah itu. Untuk menginap di motel atau bilik kecil semalaman pun sudah RM60 ke atas, inikan pula hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang hanya RM5 murah pada makan McD. Ha, jangan terkejut tau!  

Ramai yang selesa untuk menempah hotel melalui Online Travel Agency (OTA) atau Hotel Booking Online (HBO) seperti Booking.com dan Agoda. Betul tak?

Ikut Cara Lelaki Ini Tempah Hotel 5 Bintang Secara 'Last Minute' Hanya RM5


Hakikatnya, bukan dua OTA itu sahaja yang anda boleh guna. Mohamad Atif yang gemar melancong berkongsi rahsia bagaimana dia kerap mendapat bilik penginapan hotel pada kadar yang murah di laman Facebook miliknya. Bilik percuma untuk hotel 5 bintang pun ada.

Jom kita baca perkongsian daripada beliau.

Ikut Cara Lelaki Ini Tempah Hotel 5 Bintang Secara 'Last Minute' Hanya RM5


Sejak mengembara ke beberapa tempat selama beberapa tahun yang lalu, saya dikenalkan dengan satu aplikasi bernama 'Hotel Quickly' oleh seorang teman rapat. Dari situlah permulaan saya sebagai 'hotel reviewer.'

Banyak penginapan saya 'book' melalui aplikasi tersebut dan harga yang saya dapat amat memeranjatkan.

Bayangkan, saya cuma membayar RM5 untuk menginap di hotel 4 bintang di Kuala Lumpur. Saya juga pernah dapat harga RM30 untuk hotel 4 bintang dan RM80 untuk hotel bertaraf 5 bintang.

Saya ada bukti menunjukkan foto-foto hotel yang saya dapat pada harga tersebut.

Bagi saya, berapa bintang tak kisah yang penting harga murah, hotel bersih dan selesa. Bagaimana nak dapatkan harga-harga hotel di Asia macam tu? Anda ikut langkah-langkah di bawah:


Tempah Hotel 5 Bintang Secara 'Last Minute' Hanya RM5, Bagaimana?

Walaupun anda tak tetapkan tarikh perjalanan lagi, nilai RM40 boleh terus tebus kerana nanti bila anda benar-benar nak tempah bilik, anda boleh pilih berapa banyak nak tolak daripada nilai RM40 tadi.

Bagaimana nak dapat harga bilik super murah, bukan setakat baucar RM40?

Untuk dapat seperti saya pernah dapat satu bilik hotel 4 bintang pada RM5 itu, kena buat kerja sikit. Tapi mudah sahaja iaitu dengan sistem point collection.

Share KOD PROMOSI yang Hotel Quickly beri kepada anda itu kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara-mara anda apabila mereka menginap di hotel serata Asia (termasuk Australia). Apabila anda share kredit RM40 yang anda dapat pada awalnya tadi kepada seorang rakan contohnya, anda akan dapat pulangan RM5 apabila mereka tekan butang REDEEM dan RM40 jika mereka terus tempah hotel dengan kredit anda.

Jadi, bayangkan anda plan nak duduk hotel pada harga RM150. Sementara DUA kawan anda dah tempah hotel guna Promo Code anda. Maknanya, anda akan dapat kredit RM80 (RM40 X2). So, hotel yang anda nak stay tadi harganya sudah jadi (150-80) bersamaan RM70 sahaja.

Lebih daripada separuh harga diskaun yang anda dapat daripada apa yang orang lain bayar. Itu kalau hotel harga 150. Kalau harga 100, anda cuma bayar RM20 sahaja untuk satu malam!
Peringatan!


Perlu diingatkan, aplikasi ini untuk anda yang suka book hotel pada saat akhir. Itu fasal boleh dapat harga yang 'menggila murah' seperti itu. Pasti ada yang tanya, kalau hotel di luar negara macam mana? Takkan nak tunggu 7 hari sebelum tiba baru nak buat tempahan saat akhir? Buatnya habis bilik?

Mengikut cara Mohamad Atif, ada jalan yang mudah. Buat 'back up plan' dengan tempah bilik yang sama di Agoda atau Booking.com dengan memilih syarat "Tempahan Boleh Dibatalkan Sebelum Ketibaan Tanpa Sebarang Caj." Jadi, apabila anda berjaya dapat harga murah dengan Hotel Quickly pada saat akhir, anda boleh batalkan tempahan di dua laman yang dinyatakan sebelumnya dan kekal dengan Hotel Quickly.

Mudah kan?
8

Bagus
9

Marah
19

Terkejut
7

Sedih
22

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 4-8-2016 05:13 PM
laaa camtu rupanya
Quote pr3ttytw33ty 4-8-2016 05:16 PM
hamboi dik. makin ramai la remaja bbnu gune peluang ni tuk berdua bersatu dgn rege terlebih mampooo
Quote Chilliflakes 4-8-2016 05:56 PM
Ooo bijak2. Boleh cuba ni
Quote ejans 4-8-2016 07:04 PM
Kdg2 aku x suka beli hotel diskaun banyak murah  ni mcm kat agoda. Sbb x dapat bilikseperti yg nak.. kdg2bilik hampeh je dpt..nak2 kalo time peak season.. tp kalau nak gi weekday or low season okey je... berbaloii
Quote misscendol 4-8-2016 07:20 PM
i's the same when we want to book flight tix online. ade caranya....
Quote kiambang 4-8-2016 09:52 PM
Prnah terkena dgn agoda masa pergi cameron highland.. toilet kat luar.. sebelah lift utk ke kitchen.. kipas pun tadak.. nasib baik sejuk ..
Quote NadineNajmie 4-8-2016 11:47 PM
Iols selalu fikir yang terlajak diskaun ni bilik2 horror
Quote ally9970 5-8-2016 11:33 AM
aku sekarang malas dah guna booking.com, agoda dan seangkatannya...

few months back, tempah bilik kat ipoh melalui agoda, lepas 40% diskaun dptlah RM368++ sebilik semalam.... bila nak check-in, tengok walk-in rate RM238++ jer....
2nd day, hotel offer corporate rate, RM168++ jer... punyalah byk beza, ingatkan murah guna agoda rupanya lagi mahal....
Quote Artemesiaa 5-8-2016 12:10 PM
Ooo kesahnya
Quote noraidil_06 5-8-2016 01:04 PM
ally9970 replied at 5-8-2016 11:33 AM
aku sekarang malas dah guna booking.com, agoda dan seangkatannya...

few months back, tempah bilik ...

agoda mmg tipu kuat. dah ramai org kena rasenye. so far i prefer booking.com. tp x dan nk compare la dgn price hotel itself. sllnye x lari jauh mn la price. kalau murah pun takat rm20-30 je.
Quote 513172 5-8-2016 03:11 PM
sometimes bnda yg too good to be true ni takle pakai sgt..
Quote Redhead 6-8-2016 11:01 AM
misscendol replied at 4-8-2016 07:20 PM
i's the same when we want to book flight tix online. ade caranya....

Mcm mana cara book flight murah? Nak belajar gak ni..  
Quote misscendol 6-8-2016 11:17 AM
Redhead replied at 6-8-2016 11:01 AM
Mcm mana cara book flight murah? Nak belajar gak ni..

Tips paling senang is book awal2 misalnya date utk tahun depan. So ni kena plan betol2. Lepastu pilih date yg bukan weekend or cuti raya. Lepastu beli time tgh promotion. Kalau nk pegi oversea n xkisah which airlines boleh cuba tips kat sini: http://www.ohbulan.com/ini-tips- ... ak-rancang-holiday/
Quote Pingtoadrian 7-8-2016 11:38 AM
Nak some expert guidance? Learn anything here! http://d33pmatrix.com/levelup/
Quote velorina11 8-8-2016 10:48 AM

Thanks for sharing your information, its great and i appreciated about it!

http://sbobetpoker.com | http://heropoker.net
Quote velorina11 8-8-2016 10:48 AM
Iam really impressed with your writing abilities and also with
the structure in your weblog. Is that this a paid subject matter or
did you customize it yourself? Anyway stay up the excellent high quality writing, it
is uncommon to peer a nice weblog like this
one these days..

<a href="http://sbobetpoker.com">Poker Online</a>  | <a href="http://heropoker.net">Hero Poker</a>
Quote velorina11 8-8-2016 10:48 AM

Hello my friend! I wish to say that this post is amazing, nicely written along
with contain almost all significant information. I’d
like to see more posts such as this.

Agen Judi | Poker Online
Quote iznanaziz 8-8-2016 03:31 PM
kiambang replied at 4-8-2016 09:52 PM
Prnah terkena dgn agoda masa pergi cameron highland.. toilet kat luar.. sebelah lift utk ke kitchen. ...

hotel mana tu? toilet kat luar? tak selesanya.
Quote nuryakmal 8-8-2016 04:36 PM
ally9970 replied at 5-8-2016 11:33 AM
aku sekarang malas dah guna booking.com, agoda dan seangkatannya...

few months back, tempah bilik ...

u should call the hotel before clicking yes. i would always look at trivago or traveloka , bandingkan harga then call the hotel. tanya kalau ada promotion ke ada gomen/ company discount.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.181985 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top