CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tanda Gearbox Kereta Rosak Apabila Muncul Kerosakan Ini

5-8-2016 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 15888| Komen: 6

Oleh Izzah Abbasy

Gearbox? Kalau tanya para wanita pasti ada yang ternganga mulut. Bukan tak nak ambil tahu bab kereta. Tapi, ia sangat rumit dan bukan mudah untuk dikenalpasti. Sudahnya, boleh pandu dan isi minyak sajalah jawabnya.

Ramai yang berpendapat, jika kerosakan kereta yang melibatkan gearbox memang akan berhabis duit. Sekiranya gear sudah tak terkawal dan bertukar dengan sendiri itu tandanya gearbox anda bermasalah besar!  Bukan untuk kereta auto sahaja, perkara ini juga terjadi pada kereta manual. Buat pengguna kenderaan, sila ambil perhatian.




Foto : Bulletin Media

Untuk langkah keselamatan, kereta haruslah diselenggara dengan baik. Jangan ambil mudah, pandai guna, pandai jaga. Nak tahu bagaimana tanda-tanda awal gearbox kereta anda bermasalah? Baca info berikut terutama bagi sesiapa yang bawa kereta auto :

1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)

2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)

3.  Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear) yang agak lama sama ada dari 1 ke 2, 2 ke 3 dan 3 ke 4

4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku

5. RPM yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar

6. Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar

7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter


Kesemua tanda ini merupakan tanda-tanda awal, sekiranya anda biarkan dan tidak ambil tindakan, kerosakan akan lebih teruk dan kos untuk membaiki sangat tinggi. Nak tahu cara nak baiki dengan senang dan kos yang rendah?

Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter :

1. Tukar minyak auto

2. Tukar mounting gearbox

3. Tukar pin pada panel gear

4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox


Untuk pengguna kereta manual, anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear. Sekarang dah tahu, cepat cek gearbox anda sebelum terlambat!

Sumber : OMM

23

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
4

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misscendol 5-8-2016 05:47 PM
Good information....
Quote dusunmind 5-8-2016 07:20 PM
Baru je tukar lining clutch. Huhu... memula ingtkn mslh gearbox wokshop bgtau.
Quote Andyscenes 6-8-2016 09:59 AM
bagus info ni
Quote amirezu 7-8-2016 03:23 AM
Baru tukar minyak auto, auto filter dengan speed sensor. Dah rasa makin lancar dah. Sebelum ni asyik sangkut kat gear 2 atau 3 je. O/D selalu menyala.
Quote cikcikebom 8-8-2016 04:45 PM
bagus info ni
Quote kevinsteele09 10-9-2020 06:00 PM
Penyebab umum kegagalan kotak gear. Kegagalan kotak gear boleh menyebabkan kerosakan mesin sepenuhnya, mahal baik dalam pembaikan berikutnya dan kehilangan output. Menangkap tanda-tanda kerosakan bahagian awal dapat mengurangkan waktu henti, menjimatkan kos dan meningkatkan kesihatan mesin. Berikut adalah beberapa bentuk kegagalan kotak gear yang paling biasa.


https://domyessay.onl

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.031261 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top