Oleh : TS LOO Pemilik syarikat berlian di India, Hari Krishna Exports yang bernama Savji Dholakia menjadi terkenal berikutan sebelum ini pernah menghadiahkan 491 buah kereta, 200 buah rumah dan 525 set barang kemas termasuk berlian kepada kakitangan syarikatnya. Kali ini beliau sekali lagi bukan sahaja menjadi individu yang menghiasi di semua muka surat depan akhbar, malah muncul di rancangan TV untuk berkongsi "pengalaman mendidik anak". Media India melaporkan, Savji inginkan anak lelakinya menyamarkan diri sebagai orang biasa di sebuah bandar lain, iaitu Cochin dan menjalankan kehidupan selama sebulan dengan menggunakan keupayaan sendiri. Sebelum anaknya bertolak, Savij memberi 3 syarat buat anaknya: 1) Sendiri harus mencari kerja untuk mendapatkan duit harian. 2) Setiap minggu perlu menukar pekerjaan yang baru. 3) Dalam tempoh seminggu, tidak boleh mendedahkan identiti ayah, tidak boleh guna telefon bimbit dan juga tidak boleh mengguna wang kecemasan yang berjumlah 7000 Rupiah bersamaan nilai RM424. Selepas menerima cabaran ayahnya, Dravya seorang diri pergi ke Cochin dengan hanya membawa 3 set pakaian dan 7000 Rupee sahaja. Di Cochin, bahasa Hindi tidak popular diguna oleh masyarakat tempatan, manakala Dravya pula tidak hasih berbahasa Malayalam yang merupakan bahasa tempatan di Cochin. Ketika itu, dia memaklumkan kepada majikannya dia berasal dari keluarga miskin yang bertempat di Gujarat, sebuah kawasan yang terletak di bahagian timur India. "Pada lima hari pertama ketika mula mencari kerja, satu kerja pun saya tidak dapat dan tiada tempat yang sesuai untuk saya menduduki." "Saya rasa amat kecewa kerana setelah ditolak oleh 60 orang berhubung permohonan kerja, saya rasa amat kecewa, lebih malang lagi di sini tiada seorang pun yang kenal saya." "Sepanjang tempoh itu, saya benar-benar merasai tekanan permohonan kerja tidak diterima orang dan menghargai saat ketika mencari kerja." Akhirnya Dravya berjaya mendapat kerja yang pertamanya di sebuah kedai roti. Bagaimana pun, dia mematuhi syarat yang ditetapkan ayahnya iaitu setiap minggu menukar pekerjaannya. Antaranya kedai yang dia pernah bekerja seperti pusat khidmat langgan telefon, kedai kasut dan restoran McDonald's. Dalam sebulan itu dia jumlah pendapatan yang diperolehinya adalah sebanyak 4000 Rupee atau bersamaan dengan RM243. "Sebelum ini saya tiada masalah kewangan, tetapi dalam masa sebulan itu, saya benar-benar rasa bimbang terhadap perbelanjaan makanan harian yang bernilai 40 Rupee atau RM2 satu sajian dan perbelanjaan penginapan yang bernilai 250 Rupee atau RM15." Dravya rasa bersyukur dan gembira akhlirnya dapat pulang ke rumah sendiri setelah sebulan mengalami pengalaman pahit di luar. Membiarkan anak merasai keperitan hidup di luar, sama ada benar-benar mampu menjadi anak lebih matang dan berdikari, segalanya masih memerlukan masa untuk membuktikannya.- CARI sumber info: www.bemoneyaware.com
|
19
Bagus |
15
Marah |
31
Terkejut |
15
Sedih |
16
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
misscendol replied at 5-8-2016 04:53 PM
Mcm cerita drama je. Tp bagoslah anak nye sanggup buat cmtu. Kalau org kaya kat msia mesti xmo
ADVERTISEMENT