CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Taufik Batisah Terjun Ke Bidang Lakonan, Ingin Ikut Jejak Aaron Aziz

8-8-2016 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8240| Komen: 36


Oleh : Dean BZ

Taufik Batisah Dan Fasha Sandha, watak utama dalam Filem Dukun Dani



Penyanyi kelahiran Singapura yang popular dengan lagu "Awak Kat Mana", Taufik Batisah ingin mengikut jejak langkah rakan senegaranya seperti Aaron Aziz dan Hisyam Hamid mengembangkan karier lakonannya di Malaysia selepas muncul dengan filem pertama berjudul Dukun Doktor Dani.

Memetik Mstar Online, Taufik, 35, yang kini sudah bergelar pelakon berkata, dia sentiasa terbuka menerokai cabang seni itu dan menjadikan dua pelakon terkenal itu sebagai pemangkin semangat untuk berjaya dalam bidang lakonan.

"Saya cukup kagum dengan pencapaian rakan senegara saya seperti Aaron dan Hisyam yang kini antara nama terkenal dalam bidang lakonan di Malaysia.

"Alhamdulillah peluang diberikan untuk muncul dalam Dukun Doktor Dani adalah permulaan buat saya untuk terus mengembangkan karier di negara ini.

"Mereka adalah contoh yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencuba sekiranya diberi lebih banyak peluang selepas ini," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Taufik berkata, sebagai pelakon baharu dia tidak kisah sekiranya perlu bermula daripada asas kerana ia satu proses pembelajaran untuknya.

Taufik juga tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah atau menetap lebih lama di Malaysia sekiranya mendapat tawaran berlakon lebih banyak.

Dukun Doktor Dani merupakan sebuah filem komedi arahan Sabri Yunus yang menampilkan beberapa pelakon terkenal selain Taufik, antaranya Fasha Sandha, Khatijah Tan, Sabri Yunus, Yus Edoo, Raysha Rizrose, Amirul Affendi. Filem ini telah mula ditayangkan di pawagam sejak 28 Julai 2016.  - CARI



Taufik Batisah dalam filem Dukun Dani




16

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Glass_shoes 8-8-2016 10:58 AM
Edited by Glass_shoes at 8-8-2016 10:59 AM

Nk pindah malaysia la ni?
Straight to the point je lah
Quote rokarina 8-8-2016 11:04 AM
kenapa malaysia? kenapa bukan indonesia?
Quote chinta89 8-8-2016 11:08 AM
org sana senang2 je dapat tempat d hati rakyat mesia.. kalau g indon, senang ke tak?
Quote liza8209 8-8-2016 11:14 AM
saya suka la lagu tema cerita ni harus begitu....
Quote user2012 8-8-2016 11:16 AM
rokarina replied at 8-8-2016 11:04 AM
kenapa malaysia? kenapa bukan indonesia?

Beb kat indon kalau muka mix omputeh laku lah, kalau cam TB ni, seharusnya tak laku/dapat watak utama
Quote kucen_miang 8-8-2016 11:18 AM





Quote Glass_shoes 8-8-2016 11:20 AM
kucen_miang replied at 8-8-2016 11:18 AM

Sempat lagi menganjing
Quote kucen_miang 8-8-2016 11:41 AM

yg bawah tu sihamsap..citer hari2 suntik bini pun mau jaja kat public.
Quote Glass_shoes 8-8-2016 11:59 AM
kucen_miang replied at 8-8-2016 11:41 AM
yg bawah tu sihamsap..citer hari2 suntik bini pun mau jaja kat public.

Tengah lobi nk jd duta ubat kot   
Quote ira_229 8-8-2016 12:13 PM
taufik dgn hisyam hamid sepupu..
Quote minahmanja 8-8-2016 01:07 PM
ira_229 replied at 8-8-2016 12:13 PM
taufik dgn hisyam hamid sepupu..

ye ke... aku selalu tgk2 kat ig, ade terperasaan kat ig asilah rafar.. asben dia tu ayahnye hisham hamid ke..?
Quote ira_229 8-8-2016 01:16 PM
minahmanja replied at 8-8-2016 01:07 PM
ye ke... aku selalu tgk2 kat ig, ade terperasaan kat ig asilah rafar.. asben dia tu ayahnye hisham ...

tu kurang pasti...agaknya maybe bercerai dgn mak hisyam n kawin lagi kot..
dulu pernah nampak taufik ajak fan dia vote for hisyam dia kata hisyam sepupu dia...ada jugak gambar2 taufik gi rumah orang tua hisyam masa hariraya...mungkin hisyam saudara sebelah ibu dia....
ada lagi saudara taufik pun penyanyi .. suara dia lagi baik dari taufik..i suka dengar tapi sendu...try gi youtube kau segalanya hazrul nizam..
Quote minahmanja 8-8-2016 01:38 PM
ira_229 replied at 8-8-2016 01:16 PM
tu kurang pasti...agaknya maybe bercerai dgn mak hisyam n kawin lagi kot..
dulu pernah nampak tau ...

ooo.. hazrul ni yg nyanyi lagu kaulah segalanya  kan.. lagu ni alif nyanyi waktu wedding dia.. hehe
Quote barfi 8-8-2016 01:40 PM
Ko layak jadi hero tamil jah. Muka pun ala2 bangladeshi atau rohingyan
Quote pukimongo 8-8-2016 01:48 PM
kena banyak lagi workout ni n kasik putih sket lagi keke


#pokemon_go_madness
Quote Lina66 8-8-2016 01:53 PM

ramai na yg sentap..
Quote Esmiria 8-8-2016 02:14 PM
ingt suhaimi saad..hahah
Quote BuBuComey 8-8-2016 02:21 PM
Tiba2 iols nak nyanyi..

Laksa kat mana,
Laksa laksa kat mana?

Quote qiqi 8-8-2016 02:26 PM
gud luck lah..blom tgk lakonan ko, jgn control macho mcm sedara2 ko yg dtg sini sudah ler

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.071220 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top