CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

AC Mizal Saman Utusan RM25 Juta

9-8-2016 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 28714| Komen: 104

oleh Adib Za

Penyanyi dan pengacara Datuk AC Mizal bersama isterinya Datin Emylia Rosnaida dan dua lagi telah memfailkan saman fitnah kepada Utusan Melayu (M) Sdn Bhd dan tiga lain. 


Ac Mizal yang juga merupakan Presiden Peace Yall Sdn Bhd, sebuah radio internet swasta, melalui saman itu menuntut ganti rugi sebanyak RM25 juta.

Memetik laporan Astro Awani, plaintif saman itu ialah Ac Mizal, Emilia Rosnaida yang merupakan naib presiden syarikat itu dan Rashidi Ishak yang merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat itu serta Peace Yall Sdn Bhd. 

Mereka telah menamakan wartawan hiburan Utusan Melayu, Syed Musaddad Syed Mahdi, bekas Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussein, Ketia Pengarang Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama hingga keempat. 

Ini berikutan adanya laporan melalui sisipan Pancaindera membuat andaian fitnah terhadap syarikat itu dengan mendakwa 'Peace Yall FM Tak Bayar Gaji."


Justeru mereka berkata nama baik syarikat itu telah terjejas teruk dan menuntut ganti rugi memfitnah sebanyak RM15 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta. - CARI 


Sumber: Astro Awani

Foto: Astro Gempak

4

Bagus
1

Marah
12

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
50

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 8-8-2016 01:52 PM
berita terdahulu;

AC Mizal Sangkal 'Peace Yall FM' Tak Bayar Gaji Pekerja
Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 5:00 AM
Oleh: KEMALIA OTHMAN
[email protected]


AC nafi radio Peace Yall FM bermasalah.

PETALING JAYA: Pengacara Datuk AC Mizal menafikan spekulasi bahawa stesen radio bervisual baharu yang ditubuhkannya iaitu Peace Yall FM berhadapan dengan masalah kewangan sehingga gagal membayar gaji pekerja.

AC yang juga presiden saluran radio internet itu berkata, kesemua pekerja di bawah stesen radio itu tidak mempunyai sebarang masalah dan masih lagi bekerja dengan stesen radio tersebut

"Setakat ini stesen radio Peace Yall tiada masalah kewangan, tidak timbul isu saya tidak bayar gaji kerana semua deejay dan pekerja masih lagi bekerja dengan saya.

"Gaji semua pekerja yang saya ambil dahsyat-dahsyat, malah ada beberapa deejay yang sudah pun pakai kereta baru sejak bekerja dengan kami," ujarnya kepada mStar Online.



Siti Nurhaliza (empat dari kanan) diberi penghargaan melancarkan saluran radio internet baharu iaitu Peace Yall FM pada Mei lalu. Turut kelihatan presiden saluran radio itu, AC Mizal (tiga dari kiri) bersama barisan deejay terlibat.

AC Mizal berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan bahawa stesen radio yang dilancarkannya pada Mei lalu tidak membayar gaji pekerja sehingga beberapa pekerja terpaksa berhenti.

AC menambah, khabar angin tersebut merupakan spekulasi yang menjadi lumrah dalam industri hiburan dan tidak menjejaskan reputasi dia dan stesen radio baharu itu.

"Saya tidak terkesan dengan spekulasi ini, bagi saya ia bagus untuk bisnes kerana baik atau buruk gosip itu, ia tetap promosi kepada Peace Yall FM," ujarnya.

Sementara itu, AC berkata, dia kini dalam rancangan untuk meluaskan lagi empayar stesen radio tersebut ke Indonesia serta menambah bilangan pekerja.

Dia juga bakal menambah masa operasi siaran radio berkenaan kepada 24 jam.

"Sekarang Peace Yall FM ke udara 12 jam sahaja dengan 25 orang deejay dan saya dalam proses untuk menambah masa siaran kepada 24 jam," ujarnya.

Deejay Peace Yall FM dibarisi pelakon dan pelawak popular seperti Adlin Aman Ramlie, Joey Daud, Sobri Anuar, Emelda Rosmila, Syuk (Balas), Acong, Fad (Bocey), Vicha dan Bochil daripada kumpulan Saywho.

Quote de_ikea 8-8-2016 01:52 PM
Banyak nyaaa.

Kaya la datin tinted klo menang nihhh.
Quote mixed 8-8-2016 01:53 PM
cara nk kaya cepat saman je
Quote taksukapeanut 8-8-2016 01:57 PM
apa frekeunsi?? boleh la dengo nanti
Quote brown_pupil 8-8-2016 02:01 PM
Saman atas basis defamation kah? Tapi kalau memang betul ada bukti dia org x bayar gaji, selamat berjayalah nak menyaman tu yer..
Quote Syd 8-8-2016 02:08 PM
taksukapeanut replied at 8-8-2016 01:57 PM
apa frekeunsi?? boleh la dengo nanti

http://www.peaceyallfm.com/p/pyfm/aboutus


http://www.peaceyallfm.com/p/pyfm/djlist
Quote nurwa 8-8-2016 02:16 PM
macam boleh counter claim balik je dalam jawapan balas AC (artikel di atas dirujuk), AC kata dakwaan tersebut tidak memberi kesan kepada dia dan anggap macam promosi... so, apa yang terjejasnya AC yang nak sue jota-jota...jarak masa pun boleh diambil kira..
Quote taksukapeanut 8-8-2016 02:21 PM
nurwa replied at 8-8-2016 02:16 PM
macam boleh counter claim balik je dalam jawapan balas AC (artikel di atas dirujuk), AC kata dakwaan ...

mungkin duit dah tak banyak
Quote qiqi 8-8-2016 02:24 PM
ngerinya tgk datin tinted..dulu aku slalu nampak datin ni kat sg wang.
masuk kedai2 jual LV bergrade2 tu.
Quote rosasa 8-8-2016 02:43 PM
bila bini dia nak tukar kaler rambut?
Quote zoe1511 8-8-2016 02:49 PM
rosasa replied at 8-8-2016 02:43 PM
bila bini dia nak tukar kaler rambut?

mungkin lepas menang sama jota2
Quote nfaaa 8-8-2016 03:02 PM
model ke bini dia? model apa? tau belakon ja dlu..
Quote CrowneGlory 8-8-2016 03:15 PM
bertambah kayala LV lps ni kalau sakai2 ni menang kes...
Quote ALDRIN 8-8-2016 03:24 PM
waaaa senang ko buat duitttt????

bini tetap laa muka Mikel Jeksen kesurupan....
Quote jerukkedondong 8-8-2016 03:30 PM
Datin tinted sekali pandang mcm orang brazil... Tahniah.....
Quote Themilo 8-8-2016 03:38 PM
rosasa replied at 8-8-2016 06:43 AM
bila bini dia nak tukar kaler rambut?

bukan setakat kaler rambut, pesen rambut pun tak berubah since purbakala..

sebab apa tau tak? sebab telinga heshe capang kot? takde style lain yang bole cover telinga heshe, selain dari hijab
Quote Kak-Leen 8-8-2016 03:40 PM
rosasa replied at 8-8-2016 02:43 PM
bila bini dia nak tukar kaler rambut?

Kena cari peluntur karat..      
Quote Kak-Leen 8-8-2016 03:43 PM
Kalau x terkesan mcm article terdahulu, x yah saman pihak defendant tu. Bila saman, mcm terjilat ludah sendiri pulak...
Quote fifie_olin 8-8-2016 03:47 PM
x tau plk aku ac ade radio sundrik

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056473 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top