CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Perlu Guna Krim Untuk Hilangkan Parut, Tapi Amalkan Cara Ini

9-8-2016 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8702| Komen: 9

Oleh Izzah Abbasy

Masalah kesan parut yang ditinggalkan pasti membuatkan anda tertekan untuk menghilangkannya.

Sudahlah berhabisan ratusan ringgit untuk membeli krim hilang parut namun semuanya tidak juga menjadi.


Sebenarnya kesan parut dan masalah calar pada kulit boleh hilang dengan 12 cara efektif ini. Anda boleh cuba buat di rumah saja. Hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Bagaimana? Teliti satu persatu cara-caranya di bawah ini. Selamat mencuba!
 
1) Lemon
 
Ambil satu biji lemon dan potong kepada dua bahagian. Sapu lemon dekat parut dan picit hingga keluar jusnya.
 
Kenapa lemon? Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi dan sangat efektif sebagai bahan untuk hilangkan kesan parut. Kalau nak lagi bagus dan berkesan, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari.
 
2) Minyak Roseship Seed

 
Titis minyak pada jari dan urut di bahagian parut. Perlu lakukan 2 kali sehari.
 
3) Kiub Ais
 
Ya, ais memang banyak maanfat untuk mencantikkan kulit muka. Ambil satu kiub ais dan sapukan pada parut.
 
4) Daun Aloe Vera
 
Dalam erti kata lain iaitu lidah buaya. Potong daun lidah buaya dan picit hingga keluar cecair dan sapu pada parut.
 
5) Madu
 
Sapukan madu pada parut.
 
6) Serbuk Sandalwood
 
Pastikan campur sedikit air mawar atau susu pada serbuk sandalwood. Kemudian sapu pada parut. Biar selama 1 jam dan bilas.
 
7) Kentang
 
Hiris kentang yang belum dimasak dan sapu pada parut.
 
8) Minyak Kelapa
 
Minyak kelapa juga berkesan untuk hilangkan parut, sapu pada parut untuk hilang dengan cepat.
 
9) Minyak Zaitun
 
Ambil sedikit minyak zaitun dan sapu pada kesan parut setiap hari untuk lebih cepat hilang.
 
10) Timun
 
Hiris timun dan picitkan hingga keluar jus dan sapu pada parut.
 
11) Tomato
 
Hiris tomato dan letak di bahagian yang berparut.
 
12) Soda Bikarbonat
 
Beli soda bikarbonat dan ambil 5 sudu serbuk ini dan campur sedikit air. Hasilnya akan jadi pes dan sapu pada parut 3 kali seminggu.
 
Eh, itu saja ke? Ya, hanya guna bahan semula jadi sahaja, tanpa bahan kimia dan tidak berbahaya. Kos yang diperlukan juga murah dan tidak perlu sampai berhabis wang untuk pelbagai jenis produk hilangkan parut. Tapi, anda perlulah rajin dan sabar mengamalkannya. Barulah berkesan.


Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
11

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Yunho


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nut.legacy 9-8-2016 02:25 PM
utk scar lama berkesan x?
Quote 513172 9-8-2016 04:28 PM
baik..kita pegi kedai after keje ptg ni..beli belah
Quote kotinpo 9-8-2016 06:21 PM
Good info..
Quote Rorra 9-8-2016 09:50 PM
Yang aloe vera tu macam tak berkesan je. Walau apapun terjadi, nak juga cuba lemon tu. Memang tak confident bila muka ada kesan jerawat
Quote generallookp 10-8-2016 09:08 AM
hi cuba baca tips ni http://www.lookp.com/blog/kaedah ... -atau-bekas-jerawat
Quote cikcikebom 15-8-2016 10:21 AM
Good info..
Quote ihtisyam1 15-8-2016 05:21 PM
ai biasa guna soda bicarbonat tu

mungkin cara penggunaan silap kot atau ai kerap guna... kulit muke jadi kering, kalau senyum kan, lekat garis, muka jadi gelap skit sebab kulit keringsesangat tapi ade minyak

tak tau camne nak cakap... so sekarang tak guna dah... kulit muka dah back to normal
Quote sara_thrash 16-8-2016 11:45 AM
sara guna rosehip oil, mmg bkesan utk hilangkan parut..
Quote Aquarius9283 19-5-2017 11:01 PM
No.12 tu.xpyhla..kulit.sensetive

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037752 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top