CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Tiongha Kalah Debat Akhirnya Berkahwin Dengan Lawannya, Anak Ustaz Terkenal Umur 17 Tahun

10-8-2016 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 14386| Komen: 52

Oleh Izzah Abbasy

Bukan mudah untuk berbahas tentang agama jika tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan agama.

Namun, ia tidak mustahil bagi pasangan ini. Menjadi viral di Indonesia mengenai kisah seorang lelaki, Alvin Faiz, 17, yang menikahi seorang gadis, yang juga mualaf berketuranan Tiongha, Larissa Chou, 20, selepas berdebat menerusi internet.


Alvin, yang juga anak kepada seorang ustaz yang terkenal di negara itu, Ustaz Ariffin Ilham, berjaya membimbing Larissa masuk agama Islam selepas mereka berdua berdebat mengenai agama masing-masing menerusi satu forum di media sosial.

Di dalam debat itu, Larissa, yang menganut agama Kristian ketika itu, akhirnya mengaku kalah dan menzahirkan keinginannya untuk memeluk Islam pada Jun 2015.

Alvin kemudian melamar Larissa untuk menjadi isterinya.

Tanggal 6 Ogos lalu, Alvin dan Larissa akhirnya diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah dan kisah unik itu dikongsi oleh bapa Alvin, Ustaz Ariffin Ilham di laman Facebooknya,  K. H. Muhammad Arifin Ilham. Pernikahan Alvin dan Larissa disaksikan oleh ribuan jemaah.

Selain dari Larissa, ayah dan nenek Larissa juga memeluk Islam.

"Engkau nikahi seorang putri muallafah. Engkau bimbing papa dan omanya(nenek) pun masuk Islam. Tiga generasi sekaligus bersyahadat", tulis Ustaz Ariffin dalam penulisan yang ditujukan kepada anaknya.

Ustaz Ariffin juga dilihat bangga dengan anaknya itu yang berhasil mengIslamkan tiga genarasi sekaligus serta berani mengambil tanggungjawab untuk menjadi seorang suami di usia yang muda.

"Engkau melewati (terpaksa pergi ke) sidang di Pengadilan Agama Bogor untuk izin nikah karena usiamu belum 19 tahun.

"Nikah segera pilihanmu adalah takdirNya terindah.

"Nikah itu ridho (redha) Allah", tulis Ustaz Ariffin.

Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah SWT. Hidayah adalah sesuatu yang amat berharga dan tinggi nilainya dalam kehidupan manusia amnya dan Muslim khasnya. Seseorang yang dikurniakan hidayah di dunia ini bererti kebahagiaan hidupnya yang sejati telah hampir sempurna dan jika dikehendaki Allah akan disempurnakan di akhirat kelak.

Justeru, seseorang perlu berusaha gigih bagi mendapatkan hidayah agar tetap di dalam hati. Allah SWT telah berjanji kepada seseorang yang berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hidayah akan diberikannya. Dan tidak mustahil seseorang dikurniakan hidayah jika ia telah melepasi sebab-sebab yang telah dinyatakan dalam Al-Quran. Bertuah Larissa dan semoga beliau terus istiqamah dalam mendalami Islam.




















12

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 10-8-2016 10:15 AM
sepadan...
Quote gigahertz 10-8-2016 10:16 AM
Orang indonesia ni kalau time korup mmg korup habis. Rasa macam menyampah. Tapi kalau jenis yang bagus mmg bagus betul
Quote callance 10-8-2016 10:19 AM
Quote liyamariska 10-8-2016 10:27 AM
anak ustaz ni terlalu good looking sgt...  fishy sgt...
Quote seri_mawr 10-8-2016 10:30 AM
cute pulak anak pak ustaz ni..
Quote bolamata 10-8-2016 10:40 AM
pasangan yang good-looking.. semoga berkekalan
Quote Cyempaka 10-8-2016 10:54 AM
kat forum cari pun ramai gak dok berdebat...gaduh2.. kang tetiba berjodohan jgk mcm derang ni
Quote RatuDunia94 10-8-2016 11:04 AM
callance replied at 10-8-2016 10:19 AM

Dlm setandan pisang x semestinya semua elok kan..
Quote barfi 10-8-2016 11:23 AM
Lelaki ni muka jambu.
Quote manehnya 10-8-2016 11:31 AM
sama syantiek, sama padannnn...
Quote missspaQ 10-8-2016 11:44 AM
wahh macam akasia pulak kan...semoga kekal hingga jannah buat pasangan ini..takde ke orang nak bergaduh dgn iols..
Quote nuerulcayang 10-8-2016 11:45 AM
hensem n comel...tahniah....gaduh pn psl bnda brfaedah..psl agama...
Quote Artemesiaa 10-8-2016 12:01 PM
Dah dapat jodohnya dengan cara sebegitu semoga berjaya membimbing 3 generasi itu sebaik mungkin
Quote aTiKah_aYuNi 10-8-2016 12:14 PM
semoga berkekalan
Quote fishcracker 10-8-2016 01:17 PM
jambunye muka shuben..
Quote irsyad_arashf 10-8-2016 01:26 PM
Ternyata berita ini sudah sampai ke malaysia.Jangan saling menghina. Ambil saja faedahnya dari peristiwa ini. Salam damai dari Indonesia.
Quote whadda 10-8-2016 01:32 PM
Sama cantek.. sama padan
Quote whadda 10-8-2016 01:32 PM
Sama cantek.. sama padan
Quote huehue 10-8-2016 01:39 PM
Sepadan!

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.139518 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top