CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenapa Air Kolam Renang Olimpik Rio 2016 Tukar Warna Dari Biru Jadi Hijau?

11-8-2016 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9947| Komen: 22

Oleh : TS LOO


Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk pagi kelmarin. Sememangnya berita itu amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. 


Sementara itu, pingat emas menjadi milik peserta China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia dan gangsa dimenangi gandingan dari Kanada Meaghan Benfeito-Roseline Filion.

Tunggu dulu, selain keputusan yang membanggakan negara, berlakunya satu perihal yang menggemparkan di Pusat Akuatik Maria Lenk ketika itu.


sumber foto: Laman Twitter Tom Daley

Apa sebenarnya yang terjadi? Kan semua itu merupakan kolam renang? Tapi kenapa air kolam sebelah berwarna biru, dan sebelah satu lagi pula berwarna hijau?


Kejadian pelik itu turut menarik perhatian perenang hebat dari Britain, Tom Daley, beliau memberi komen yang sinis di akaun twitternya selepas berlangsungnya acara terjun 10 meter platform seirama wanita.


sumber foto: google images

Sebelum ini, air kolam masih berwarna biru, tetapi semalam tiba-tiba bertukar menjadi warna hijau. 

Kejadian itu membimbangkan ramai peserta, rata-rata rasa risau ada kemungkinan air kolam itu membahayakan. Lagipun masalah pencemaran air di Rio pernah terjadi sebelum bermulanya Olimpik, sekali gus menarik perhatian antarabangsa.


sumber foto: Getty Images

Selepas pertandingan, menurut jurucakap Persekutuan Renang Antarabangsa, Pedro Adrega, mungkin terdapat peserta yang memohon untuk mengubah warna air kolam di Pusat Akuatik ini, bagi mengurangkan pantulan cahaya matahari. Namun, kenyataan sedemikian dianggap tidak munasabah. 

Sehubungan itu, jurucakap penganjur turut tampil memberi penjelasan, dengan mengatakan berkemungkinan akibat cuaca panas dan tiada angin, menyebabkan rumpai laut membiak di dalam kolam, namun ianya tidak membahayakan kesihatan para atlet. 

Kenyataan tersebut disifatkan lebih munasabah, Tetapi jurucakap penganjur turut bergurau dan berkata, jika air kolam itu berubah dari hijau menjadi kuning, ianya akan menjadi warna rasmi bendera Brazil. 

Walau bagaimana pun, jawatankuasa Olimpik Rio 2016 mengeluarkan kenyataan bersama bahawa kualiti air di kolam itu telah pun diuji dan disahkan ianya selamat digunakan.

Manakala, persoalan kenapa kolam air berubah dari biru menjadi hijau, perkara tersebut masih dalam siasatan. 

Boleh dikatakan olimpik Rio 2016 kali ini banyak betul masalah yang berlaku.- CARI 
13

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
8

Sedih
12

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ejans 11-8-2016 11:59 AM
Takott akuu
Tp kazen aku penah cite. Kt overc ada teknologi cecair kolam kalau ada sape kencing dia tukar watna hijau
Quote Tapayana 11-8-2016 12:27 PM
dulu masa keja hotel, setiap kol 7 kena simbah clorin. baca pH air tu paling penting sekali baru tentukan berapa jumlah clorin yg perlu dipakai

Quote mamapea 11-8-2016 02:34 PM
kalau air biru ok jer...kalau hijau geli rasa nak mandi...
Quote Mary_jane 11-8-2016 02:55 PM
Ai pun perasan masa tengok ulangan team malaysia acara renang. Tapi cantik plak hijau gitu. So long tak bahayakan kesihatan atlet, aman aja kot.

Selain daripada ni, apa lagi masalah jadi kat rio tu bak kata penulis ni?


Quote binatang 11-8-2016 03:27 PM
Itu macam ka
Quote Artemesiaa 11-8-2016 03:35 PM
Warna tu nampak kan air nya macam tak bersih,  Sepatutnya pihak pengajur berusaha membersihkan sebaik mungkin sebelum bermulanya pertandingan seterusnya.  Baru le tak ada yang bersangka2 lagi
Quote CrowneGlory 11-8-2016 03:44 PM
kalau dah negera semekin masih sibuk nk buat olimpik....
Quote system_failure 11-8-2016 03:45 PM
Edited by system_failure at 11-8-2016 03:46 PM

aku pernah mandi kat air kaler cokelat... rilek jer....

tak sakit pon..
semakin sihat, segar dan hensem adelaa....    
Quote Emperor95 11-8-2016 03:55 PM
menarik juga warnanya
Quote innocentsangat 11-8-2016 04:20 PM
Hahaha. Mcm air klorin utk aquarium.
Quote RamboMandul 11-8-2016 04:46 PM
ejans replied at 11-8-2016 11:59 AM
Takott akuu
Tp kazen aku penah cite. Kt overc ada teknologi cecair kolam kalau ada sape kencing dia ...

Grown Ups .
Quote applemy 11-8-2016 05:01 PM
Eii.. sori la.. pengalaman kolam kat kondo jadi hijau.. jadi gatal2 badan sebab bebal sgt main terjun gitu.. kui3
Quote oppol 11-8-2016 07:01 PM
Nasib baik Tak warna kuning..
Quote fishcracker 11-8-2016 11:42 PM
cantik kaler...macam lengkong time kenduri dah
Quote munchkin 12-8-2016 02:39 AM
Scary nya
Quote MekArchana 12-8-2016 04:28 AM
Sirap pandan ke tu?
Quote MekArchana 12-8-2016 04:28 AM
Sirap pandan ke tu?
Quote RatuDunia94 12-8-2016 04:38 AM
bila underwater camera x nampak jelas la penerjun2 itew tarik spendar memasing... kecewa.. kalo biru clear jah! lg 1 nampak mcm ada buaya bila2 masa..
Quote cmf_jeangrey 14-8-2016 05:08 AM
Alasan tak masuk akal...kalau sebab panas x berangin kenapa pool sebelah masih biru....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.301931 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top