Oleh Izzah Abbasy
Pelakon dan pengarah filem Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriati Omar, 46, memberitahu, dia mengamalkan diet dengan tidak memakan nasi sejak lima bulan lalu selepas tertekan disapa mak cik oleh rakan-rakan lamanya.
Dengan panggilan makcik yang seolah-olah menggambarkan dia sudah terlalu tua.
"Dulu berat badan saya lebih 70 kilogram sekarang sudah nampak kurus tapi saya tidak timbang berat lagi, mungkin lebih kurang 45 kilogram berat saya sekarang dan saya boleh pakai baju saiz S." "Saya tertekan dipanggil makcik, itu yang saya rasa nak kurus dan nampak muda sedikit. Lagi pula kawan-kawan lama yang jumpa saya pasti akan tegur tentang berat badan sehingga saya bosan untuk menjawab," ujarnya.
Pengarah filem Penanggal ini ditemui pada majlis memperkenalkan pelajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) pada Selasa lalu. Ellie bertindak sebagai guru Seni Persembahan dalam rancangan itu. Ellie berkata, dia berasa lebih yakin untuk keluar dan berdepan orang ramai dengan penampilannya kini. Tambahnya, dia kini mencari baju-baju lamanya bersaiz S yang boleh dipakai semula. Sumber : mStar Online |
12
Bagus |
23
Marah |
4
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
abangbeca replied at 11-8-2016 11:46 AM
Sian.. Penat2 kuruskan badan nampak cam makcik kurus lak... Aritu cam makcik gemuk...
cutebaby5907 replied at 11-8-2016 11:49 AM
makcik2 tu bkn sbb gemuk @ kurus
ade org klu kurus lg npak makcik2..xde pipi..tulang pipi ja sembul ...
ADVERTISEMENT