Oleh : Dean BZ Kewujudan Uber telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan pemandu teksi kerana dianggap mengganggu periuk nasi mereka. Kes pemandu teksi menyerang pemandu Uber pula bukanlah pertama kali terjadi semenjak Uber memulakan perkhidmatan. Baru-baru ini, pemandu-pemandu teksi sekali lagi menyerang sebuah kereta Myvi seorang pelajar yang disangka pemandu Uber. Perbuatan yang dianggap keterlaluan itu diceritakan sendiri oleh mangsa yang dikenali sebagai Chan Sau Mun, 20, menerusi laman Facebooknya. “Saya mengambil rakan Alya Zulaikha dari stesen LRT Kelana Jaya pada satu pagi sebab ada perjumpaan dengan rakan-rakan sekolah menengah di Paradigm Mall. Sebaik sahaja dia sampai ke kereta saya, seorang lelaki tegap beruniform putih dan seluar slack hitam datang menjerit ke arah saya dan rakan saya itu tanpa sebarang sebab yang jelas. “Sebaik saja kawan saya menutup pintu kereta, ada bunyi datang dari arah belakang. Saya lihat seorang lelaki lain berpakaian uniform putih membaling telur ke arah kereta saya. “Pada masa itu baru saya sedar yang mereka ini merupakan pemandu teksi yang marah sebab ingat saya pemandu Uber,” tulis Sau Mun. Rakannya yang terkejut dengan tindakan itu keluar dari kenderaan dan bertanyakan punca tindakan penyerang. “Saya dengar perang mulut antara rakan saya dan pemandu teksi itu yang menuduh saya pemandu syarikat Uber. “Mereka mahu menyerang saya kerana menuduh saya mencuri penumpang. Walaupun rakan saya membuat penjelasan namun mereka berdegil sebelum beredar dari lokasi kejadian,” katanya. Bagaimanapun, tiada kerosakan dialami akibat insiden itu menyebabkan dia dan rakannya membuat keputusan tidak membuat laporan polis. “Bagi saya, tindakan ini tidak sepatutnya terjadi kerana mereka menyerang orang salah,” katanya. Tindakan ala samseng seperti ini sudah tentu akan menimbulkan tanggapan buruk pelanggan terhadap pemandu-pemandu teksi. Selain itu, orang ramai pasti akan beralih arah memilih Uber sebagai pengangkutan utama kerana selain harga yang jauh lebih murah dari perkhidmatan teksi, layanan yang diberikan juga memuaskan hati pelanggan. Mungkin sudah tiba masanya syarikat/pertubuhan perkhidmatan teksi duduk semeja berbincang mengenai rungutan pelanggan sebelum ini mengenai kadar harga yang terlalu mahal dan juga layanan sesetengah pemandu teksi yang dianggap "dingin". - CARI |
21
Bagus |
59
Marah |
35
Terkejut |
14
Sedih |
32
Lawak |
45
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 10:39 AM
so lepas ni kalu kita ambik kenalan kat station/airport, kita kena turun and menjerit kegembiraan an ...
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 10:39 AM
so lepas ni kalu kita ambik kenalan kat station/airport, kita kena turun and menjerit kegembiraan an ...
Lina66 replied at 8-8-2016 10:53 AM
Nasib baik driver taxi tu tak ape2kan si amoi ni..
sarahmirza replied at 8-8-2016 10:50 AM
Buruk betul perangai driver teksi.
Agaknya sebab itu dari muda sampai ke tua hidup tak pernah berub ...
Peterpan17 replied at 8-8-2016 12:57 PM
Taxi driver KL ni mmg dr golongan bangsat. Derang ni lah yg aku kategorikan pest to society
Lina66 replied at 8-8-2016 11:03 AM
ni yg buat aku takut nak naik teksi bila ade kat KL
Peterpan17 replied at 8-8-2016 10:58 AM
Yg tua pun dah nak mampos buat perangai lahanat. Patutlah golongan muda pun ikut
Peterpan17 replied at 8-8-2016 01:08 PM
Klu nak naik teksi di KL ni amik yg Grab Taxi. Ko download dlm phone. Bila nak pakai terus order ...
sarahmirza replied at 8-8-2016 11:08 AM
Kan. Kesian dengar perbualan mereka.
Yang muda beri macam2 alasan tak nak ke tempat yang di ajak. ...
ADVERTISEMENT