Oleh : TS LOO Menurut Jamie Andrew, seorang pendaki dari Amerika Syarikat bahawa dia merupakan orang pertama yang berjaya mendaki sehingga ke ke puncak Gunung Matterhorn yang terletak di Switzerland, setelah dipotong semua anggota badannya iaitu tangan dan kaki. Kenyataannya masih belum mendapat pengesahan, tetapi telah memperolehi sokongan daripada Kurt Lauber, warden di kem pangkalan Hoernli Hut yang menyatakan belum pernah kedengaran terdapat orang yang anggota badan telah 'dipotong' yang mampu melakukan pendakian yang sehebat macam itu.
17 tahun dahulu, ketika mendaki gunung di Perancis, Andrew mengalami ancaman ribut salji sehingga menyebabkan kehilangan kedua-dua tangan dan kaki. Selepas amputasi atau pemotongan, dia perlu belajar semula cara berjalan dengan bantuan kaki palsu, kemudian turut mula main ski dan menjalankan larian jarak jauh. Bagi membolehkan mendaki ke puncak Pergunungan Alps, dia menghabiskan masa selama 5 tahun untuk menjalani latihan. Khamis lalu, dia berjaya mendaki sehingga ke atas puncak gunung atas bantuan dua orang pemandu dalam pendakian gunung yang berpengalaman.- CARI sumber info: www.telegraph.co.uk |
16
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
15
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT